Pages

Wednesday, April 6, 2011

Pemeriksaan radiasi di taman sekolah




gambar merakamkan seorang aktivis alam sekitar daripada kumpulan Greenpeace, Rianne Teule menggunakan alat bagi mengesan radiasi ke atas sayur-sayuran di sebuah ladang di Minamisoma, 25 kilometer dari loji nuklear Fukushima, kelmarin. - AFP


TOKYO 5 April - Jepun hari ini memeriksa kandungan radiasi di taman-taman permainan sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak di Fukushima berikutan kebimbangan ibu bapa terhadap kebocoran nuklear di loji jana kuasa Daiichi.
Menurut pegawai, lebih 1,400 sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak akan terlibat dalam pemeriksaan selama dua hari itu.
Pegawai dalam pada itu berkata, kanak-kanak tidak berhadapan risiko akibat pembebasan radiasi jika mereka berada di luar zon larangan yang ditetapkan pada jarak 30 kilometer radius dari loji jana kuasa Daiichi, Fukushima.
Operator loji tenaga nuklear, Tokyo Electric Power Co.(TEPCO), hari ini mula membayar 'pampasan' kepada mangsa-mangsa krisis nuklear Fukushima yang dianggap terburuk selepas bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.
Menurut TEPCO, bayaran tersebut akan disalurkan kepada kerajaan tempatan untuk membantu usaha memindahkan penduduk dan diberikan secara terus kepada mangsa-mangsa yang terdedah kepada radiasi.
Operator loji itu turut mengumumkan, pihaknya mengesan paras radiasi berjuta-juta kali lebih tinggi berbanding had dibenarkan di dalam air laut sejak beberapa hari lalu.
Menurut TEPCO, sampel air laut yang diambil berhampiran sebuah daripada reaktor tersebut mengandungi 7.5 juta paras radioaktif iodin berbanding yang dibenarkan pada Sabtu lalu dan ia menurun ke paras 5 juta, semalam.
Bacaan itu direkod sebelum operator loji melepaskan kira-kira melepaskan kira-kira 11,500 tan air mengandungi bahan radioaktif ke laut hari ini bagi mengosongkan tangki di loji jana kuasa itu.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan air yang mengandungi paras radiasi lebih tinggi disimpan di tangki tersebut.
Pakar berkata, radiasi boleh meresap dengan cepat di laut, tetapi masih belum jelas sejauh manakah ia boleh mengakibatkan pencemaran. - Agensi/Reuters/AP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: