Pages

Wednesday, April 6, 2011

Terus protes perbuatan bakar kitab

KABUL: Tunjuk perasaan baru tercetus bagi hari kelima di ibu negara Afghanistan, Kabul semalam berkaitan pembakaran senaskhah al-Quran oleh seorang paderi Amerika Syarikat.
Ratusan penduduk berkumpul di Universiti Kabul melaungkan ‘mati Amerika Syarikat’ dan ‘kami mahu pembakar al-Quran dibicarakan.’
Bantahan sudah menyebabkan 24 orang terbunuh termasuk tujuh kakitangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

“Tunjuk perasaan dimulakan pelajar Universiti Kabul. Ia diadakan secara aman dan terkawal pada masa ini,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashary.

Penunjuk perasaan dikepung dalam kampus universiti oleh pasukan polis dan semua jalan masuk dan keluar universiti turut disekat.
Presiden Afghanistan Hamid Karzai mengarahkan siasatan dibuat terhadap tunjuk perasaan itu. – AFP
Berita Harian Online | Terus protes perbuatan bakar kitab

No comments: