Pages

Wednesday, April 6, 2011

Pemberontak Libya selar NATO gagal pertahan Misrata

BENGHAZI, Libya: Pemberontak Libya menyelar NATO yang menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu kerana gagal melaksanakan mandat PBB bagi melindungi orang awam di bandar Misrata yang dikepung.


Tuduhan itu dilontarkan selepas pasukan pemberontak kehilangan wilayah yang dikuasai kepada pasukan tentera Muammar Gaddafi dan terpaksa melarikan diri ke bandar minyak Brega selepas diserang hebat.


Pemerintah pasukan pemberontak, Abdelfatah Yunis, menuduh pesawat NATO tidak berbuat apa-apa ketika tentera Libya meneruskan tembakan artileri ke atas penduduk di Misrata.
'NATO membiarkan penduduk Misrata mati setiap hari. Jika NATO menunggu lagi, tiada ada apa yang tinggal di Misrata,” katanya kepada pemberita di kubu kuat pemberontak di Benghazi.


Sementara itu, kerajaan Libya menamakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Eropah, Abdelati Obeidi, sebagai pengganti bekas Menteri Luar, Mussa Kussa, yang belot ke Britain minggu lalu. - AFP

No comments: