Pages

Wednesday, April 6, 2011

Macam-macam: Cabut kaki palsu

Middleton (Massachusetts): Seorang lelaki bertindak nekad menanggalkan kaki palsunya untuk memukul perompak yang memecah masuk kedai piza di bandar raya ini.


Stephen Cornell, 55, dan pemilik kedai, Edson Andrade, berjaya menangkap perompak itu dan mengikatnya sebelum memanggil polis. Selepas diperiksa, mereka mendapati perompak itu menggunakan senjata palsu iaitu senapang mainan.


“Saya tiada masa untuk berfikir ketika itu hanya terfikirkan kaki palsu saya sebagai senjata,” katanya yang kehilangan sebelah kaki ketika berusia 12 tahun. – AP

No comments: