Pages

Wednesday, March 2, 2011

Saya masih disayangi: Gaddafi

JEDDAH: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, terus berdegil dan enggan mengalah kepada tekanan antarabangsa supaya berundur daripada kekuasaannya.
Semalam, Gaddafi mendakwa dia masih disayangi rakyat Libya dan menafikan ada demonstrasi menentangnya.

“Semua rakyat Libya menyayangi saya. Mereka rela mati demi saya,” katanya.

Mengenai protes di negara itu, Gaddafi berkata, keadaan itu sebenarnya bukan mengecam kerajaan, sebaliknya menyatakan sokongan ke atas rejimnya.

Ditanya tindakan penduduk Benghazi dan bandar lain yang menaikkan bendera lama Libya menggantikan yang sedia ada, Gaddafi berkata, mereka bukanlah rakyatnya.


“Mereka pengikut al-Qaeda yang mendalangi kekacauan di Libya,” katanya.

Sementara itu, laman sesawang stesen penyiaran BBC melaporkan, Gaddafi hanya ketawa apabila ditanya sama ada dia akan meninggalkan Libya jika krisis berterusan.

Kata Gaddafi, dia berasa dikhianati pemimpin dunia apabila mereka mendesaknya melepaskan jawatan.
“Bagaimana saya mahu berundur kerana saya tidak mempunyai jawatan rasmi, malah kuasa sebenarnya ada di tangan rakyat,” katanya. - ANmyMetro | Saya masih disayangi: Gaddafi

No comments: