Pages

Wednesday, March 2, 2011

Kereta jimat minyak berharga RM4.9j

myMetro


GENEVA: Khusus untuk golongan kaya, Rolls-Royce semalam memperkenalkan limosin paling mewah menggunakan kuasa elektrik.

Rolls Royce Phantom berwarna hijau berkilat itu tidak mengeluarkan sebarang asap dan hanya menggunakan minyak sebanyak 10 sen untuk perjalanan sejauh 1.6 kilometer, berbanding RM2 bagi Phantom biasa.


Orang ramai boleh menikmati penjimatan itu hanya jika mereka mampu membeli kereta berkenaan yang harganya hampir RM4.9 juta.

Model berkenaan yang diberi nama Phantom EX102 dipamerkan buat kali pertama di Pertunjukan Motor Geneva.


Limosin berkenaan juga menjadi kereta penumpang yang mempunyai bateri kereta paling besar di dunia dan boleh mencapai kelajuan 96 kilometer sejam dalam masa lapan saat meskipun kelajuan maksimumnya ialah 200 kilometer sejam, Kelajuan maksimum model Phantom biasa ialah 245 kilometer sejam. Bateri Phantom EX102 mempunyai jangka hayat tiga tahun jika digunakan dan dicas semula setiap hari. - DM"

No comments: