Pages

Wednesday, March 2, 2011

Penunjuk perasaan, pihak keselamatan bertempur

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

02/03/2011 1:56pm

TEHERAN 2 Mac – Pasukan keselamatan Iran di Teheran hari ini melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang menuntut pembebasan dua pemimpin pembangkang yang katakan ditahan.

Kaleme.com dan Sahamnews.org, laman web dua pemimpin pembangkang itu, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi, melaporkan, berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan berhampiran Universiti Teheran dan beberapa tempat lain di ibu negara Iran ini termasuk di Dataran Merdeka dan Dataran Revolusi.

Menurut laporan itu, pasukan keselamatan yang ramai ditempatkan di kawasan itu melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan itu. – AFP"

No comments: