Berita Harian Online
2011/03/02
RAMALLAH, Tebing Barat: Gelombang kebangkitan popular di kalangan dunia Arab turut memberi ilham kepada rakyat Palestin untuk mengadakan protes aman menentang pendudukan Israel sejak 43 tahun lalu, kata pemimpin Palestin.
Mustafa Barghouthi, yang mendapat kedudukan kedua di belakang Mahmood Abbas dalam pilihan raya presiden pada 2005 berkata kegagalan rundingan damai sejak dua dekad lalu menaikkan semangat rakyat Palestin untuk mengadakan perarakan besar-besaran menentang pemerintah Israel.
Barghouthi berkata kekacauan di Asia Barat menunjukkan bagaimana cepatnya ia berlaku dan menghasilkan keputusan lebih cepat berbanding pergerakan tanpa keganasan di India menentang pemerintahan British pada kurun ke-20 dan Martin Luther King di Amerika Syarikat. – Reuters"

No comments:
Post a Comment