MENERUSI lensa visi-malam kelihatan misil yang dilepaskan dari kapal dan submarin US serta British di sepanjang pantai Libya. Foto: AFP (19/03/2011)-metro |
SEORANG lelaki berdiri di hadapan kain rentang, menentang pengeboman Libya di Belgrade, Serbia. Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Libya yang mengakibatkan kematian orang awam. Foto: AP (20/03/2011) |
KAKITANGAN darat tentera udara Sepanyol menyiapkan sebuah pesawat F-18 di lapangan terbang Nato di Decimomannu, Pulau Sardinia di selatan Itali. Foto: Reuters (20/03/2011)-metro |
MAYAT remaja Afrika yang menjadi tentera kerajaan, dibunuh di al-Wayfiyah, 35 kilometer di barat Benghazi. Foto: AFP (20/03/2011)-metro |
ANGGOTA tentera wanita yang menjadi pengikut Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra |
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizya, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra |
PENYOKONG Muammar Gaddafi menunjukkan isyarat "Aman" ketika tunjuk perasaan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra |
SEORANG lelaki bersenjata berikrar taat setia pada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ketika tunjuk perasaan di Bab Al-Azizyah, Tripoli, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra |
PENYOKONG Muammar Gaddafi melaungkan slogan memprotes serangan tentera bersekutu di Bab Al-Azizyah, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Zohra Bensemra |
PESAWAT Pengawasan AWACS Tentera Udara Amerika Syarikat bersedia untuk mendarat di Lapangan Tentera Udara Diraja, Akrotiri, Cyprus, baru-baru ini. Tentera bersekutu melancarkan serangan ke arah tentera Muammar Gaddafi melalui udara dan darat di sepanjang persisiran pantai Libya bagi memberi tekanan agar pihak berkenaan berhenti menyerang orang awam. - Foto REUTERS/Andrew Winning |
BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis. - Foto REUTERS |
KAPAL perang Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu Tomahawk dari Laut Mediterranean. - Foto AP |
WARGA Libya membawa selimut untuk menutup mayat anggota tentera Muammar Gaddafi yang terbunuh dalam serangan udara di Benghazi, timur laut Libya, semalam. - Foto REUTERS/Finbarr O'Reilly |
PENDUDUK melihat mayat tentera Gaddafi yang terbunuh di bawah selimut di Benghazi, semalam. - Foto REUTERS |
KERETA KEBAL tentera Gaddafi terbakar selepas kena serangan udara tentera bersekutu Barat di sempadan Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. - REUTERS |
ANTARA Kereta kebal tentera Muammar Gaddafi yang musnah selepas diserang pihak bersekutu di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic |
TENTERA pemberontak puas selepas berjaya memusnahkan kereta kebal milik tentera Muammar Gaddafi di Benghazi, baru-baru ini. - Foto REUTERS/Goran Tomasevic |
PENYOKONG Muammar Gaddafi berang sambil menunjukkan serpihan peluru yang dijumpai pada bangunan Bab Al-Aziziyah, kubu kuat Gaddafi selepas tentera bersekutu menyerang bangunan berkenaan, malam tadi. - Foto REUTERS |
ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan yang terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Muammar Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam. Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin itu ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. - Foto REUTERS Bharian |
1 comment:
saya ada kawan dari libya yang datang malaysia untuk pengajian, rata2 rakyat libya di malaysia amat berpuashati dengan pemerintahan muammar ghadaffi kerana utk setiap rakyat libya yang belajar diluar negara akan diberi elaun sebanyak rm18,000 sebulan dan pengajian mereka ditanggung oleh pihak kerajaan libya,. saya suka blog ni,.
selalu la singgah2 blog saya http://macamnilahkita.blogspot.com
Post a Comment