Pages

Tuesday, March 22, 2011

Jepun dijangka ambil masa lima tahun untuk pulih







MERATAP PEMERGIAN: Cik Tayo Kitamura, 40 tahun, berlutut sambil mengusap-usap mayat ibunya, Cik Kuniko Kitamura, 69 tahun, selepas anggota bomba Jepun menemui mangsa wanita itu di celah-celah runtuhan rumahnya di Onagawa, di timur laut Jepun, semalam. - Foto AP


TOKYO: Selepas menghadapi bencana paling teruk yang pernah melanda Jepun dalam sejarahnya, negara 'matahari terbit' itu kini harus menumpukan perhatiannya kepada usaha pembinaan semula.
Bagaimanapun, usaha ke arah pembinaan semula itu menghadapi cabaran besar setakat ini.Baru-baru ini, firma kajian Goldman Sachs menganggarkan usaha pembinaan semula Jepun bakal memakan masa lima tahun, dan kosnya pula sekitar £pounds;125 bilion ($257 bilion).Kelmarin, Perdana Menteri Jepun, Encik Naoto Kan, menggesa rakyat Jepun supaya membantu untuk membina semula negara mereka, sedang pemerintah beliau mengakui bahawa ia begitu terharu dengan skala bencana alam yang dihadapi negara tersebut.Encik Kan cuba membangkitkan semangat yang pernah membantu Jepun pulih daripada kesan Perang Dunia Kedua, dan cuba menggerakkan 'kuasa rakyatnya' untuk terbabit dalam usaha raksasa membina semula Jepun pada masa depan.Dengan mengenakan pakaian seragam perkhidmatan kecemasan, pemimpin Jepun yang berusia 64 tahun itu berikrar bahawa pemerintahnya akan 'mengawal dengan kukuh' krisis yang sedang dihadapi di kompleks nuklear Fukushima.'Kita akan mengatasi tragedi ini dan pulih semula,' kata beliau semasa berucap kepada negaranya.'Kita akan sekali lagi membina semula Jepun,' tegasnya, sambil menyifatkan krisis yang dihadapi negaranya itu sebagai 'ujian besar bagi rakyat Jepun'.'Sedang kita pernah digelar sebagai sebuah negara pulau kecil, kita pernah dengan secara menakjubkan membina semula negara ini selepas perang. Dengan kuasa rakyat, kita akan membina semula negara ini.'Disebabkan gempa dan tsunami ini, kita tidak boleh goyah. Kita akan membina semula Jepun daripada mula. Kita akan menghadapi krisis ini dengan penuh keazaman,' kata perdana menteri itu.Para kakitangan agensi-agensi pembantu berusaha keras membaiki kerosakan pada jalan-jalan raya sejak kelmarin.Para sukarelawan pula bertungkus lumus menghantarkan bekalan makanan, air, selimut dan perubatan kepada mangsa-mangsa yang terselamat.Namun, keadaan pusat-pusat pemindahan di seluruh kawasan timur laut negara itu, di mana lebih 300,000 mangsa ditempatkan, kelihatan bertambah buruk.Laporan stesen televisyen NHK kelmarin mendedahkan bahawa 25 orang, sebahagian besarnya warga emas dan mereka yang terlantar sakit meninggal dunia di tempat-tempat perlindungan itu.Cik Mao Sato, yang bertugas bagi sebuah pertubuhan bantuan Jepun, Peace Winds, berkata jumlah kematian di pusat-pusat pemindahan semakin bertambah setiap hari sedang mangsa-mangsa bersabung nyawa untuk menahan cuaca sejuk.Cik Sato berkata beberapa kawasan yang musnah akibat dua bencana alam itu hampir 'kehabisan makanan'.Kekurangan bahan pembakar, kuasa elektrik dan cuaca sejuk turut menghalang usaha bantuan.Manakala Persatuan Palang Merah Jepun pula berkata hospital-hospital dan pusat-pusat pemindahan juga kekurangan bekalan perubatan.Kebanyakan kawasan di Jepun sedang mengalami gangguan bekalan elektrik kerana keadaan darurat yang dihadapi sekarang senantiasa menguji kemampuan bekalan kuasa negara itu.Pemerintah Jepun juga meminta pengendali perkhidmatan kereta api negara itu untuk mengurangkan perkhidmatannya bagi meredakan tekanan terhadap sistem elektriknya.Sementara itu, agensi polis Jepun berkata lebih 7,300 orang mati dan hampir 11,000 hilang selepas kejadian gempa bumi dan tsunami minggu lalu.Sesetengah daripada mereka yang hilang dipercayai mungkin berada di luar kawasan itu semasa bencana melanda.Tsunami besar yang melanda Jepun itu mungkin telah menarik mangsa-mangsa ke laut, dan jika peristiwa tsunami di Lautan Hindi pada 2004 menjadi ukurannya, kebanyakan mayat-mayat itu mungkin tidak ditemui.Bagaimanapun, Jepun tidak mampu patah semangat, kerana ia tidak sendirian dalam menghadapi musibah itu.Negara-negara lain - negara sekutu dan yang bertikai dengannya - telah berikrar menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. -- Agensi.

cyberita

No comments: