Pages

Tuesday, February 14, 2012

Ratusan tahanan Palestin sertai mogok lapar di penjara Israel

Ratusan tahanan Palestin sertai mogok lapar di penjara Israel
TEL AVIV - Ratusan tahanan Palestin menyertai Khader Adnan yang nekad mogok lapar selama 56 hari sebagai membantah tindakan Israel menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atasnya tanpa melalui perbicaraan adil sehari selepas dia ditahan 17 Disember lalu.

Khamis lalu, ketua kumpulan Jihad Islam itu mengemukakan rayuan kepada hakim berhubung penahanannya yang dianggap satu penganiayaan pihak berkuasa Israel.

Kumpulan hak asasi manusia turut menggesa Adnan dibebaskan dan menamatkan segera penahanan pentadbiran yang dilihat menyalahi undang-undang.

Sementara itu, ratusan penduduk Palestin turut mengadakan protes di luar penjara Ofer, Tebing Barat pada Sabtu lalu sebagai tanda sokongan kepada Adnan tetapi disuraikan oleh tentera Israel yang bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Dalam satu kenyataan, isteri Adnan mendakwa suaminya telah menerima layanan buruk daripada pihak hospital. Ratusan tahanan Palestin sertai mogok lapar di penjara Israel - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: