Pages

Monday, August 2, 2010

Larangan penggunaan bom berangkai dikuat kuasa

LONDON: Perjanjian antarabangsa melarang penggunaan bom berangkai dikuat kuasakan, semalam.
Perjanjian itu melarang pengeluaran, penggunaan dan pemindahan bom berangkai selepas dimeterai di Ireland pada 2008. Perjanjian itu dipersetujui 108 negara dan disahkan oleh 38 negara termasuk Britain, Jerman dan Perancis.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat, Israel, China dan Russia yang dikatakan mempunyai simpanan satu bilion bom berangkai menolak perjanjian itu.

Penggunaan bom berangkai oleh Israel dalam perang 33 hari terhadap Lubnan pada 2006 mendorong kepada perbincangan untuk memeterai perjanjian larangan berkenaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) menganggarkan kira-kira empat juta bom berangkai digugurkan ke atas orang awam di selatan Lubnan dalam perang itu.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, larangan sedunia terhadap penggunaan bom berangkai adalah satu keputusan bijak pernah dilakukan sejak sedekad lalu. - Agensi

No comments: