Pages

Monday, August 2, 2010

Belanda kerah askar di Afghanistan pulang

KABUL: Pasukan tentera Belanda dilaporkan akan berundur dari Afghanistan selepas empat tahun terbabit dalam perang dipelopori Amerika Syarikat (AS) di negara itu.
Belanda memutuskan untuk mengarahkan semua tenteranya pulang walaupun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meminta supaya kehadiran angkatan tentera bersekutu dilanjut hingga Ogos tahun depan. Ketua Turus Angkatan Tentera Belanda, General Peter Van Uhm berkata, negaranya mahu menamatkan pembabitan di selatan wilayah Urugzan berikutan keamanan semakin pulih di situ.
Kumpulan terakhir dengan 250 tentera daripada 2,000 yang dikerah ke Afghanistan dijangka pulang minggu hadapan.

Tugasan tentera Belanda di wilayah terbabit akan diserahkan kepada tentera AS dan Australia.

Dilaporkan 24 askar Belanda terkorban dalam misi perang di Afghanistan sejak 2006. Walaupun kehilangan 24 anggota tentera, Van Uhm berkata, Belanda bangga kerana dapat membantu menegakkan keamanan di Afghanistan dan sudah melatih 3,000 tentera Afghan yang berupaya menjaga keselamatan negara mereka. - Agensi

No comments: