Pages

Friday, December 3, 2010

WikiLeaks dakwa tidak tahu siapa sumbernya



LONDON - Seorang kakitangan laman web WikiLeaks mendakwa dia tidak tahu bahawa seorang bekas penganalisis perisikan tentera Amerika Syarikat (AS) ditahan pihak berkuasa AS kerana menyalurkan lebih 250,000 maklumat mengenai hubungan diplomatik AS yang didedahkan laman itu pada Ahad lalu.
Menurut kakitangan itu, Kristinn Hrafnsson, WikiLeaks telah memberi sumbangan untuk membiayai kos guaman bekas penganalisis perisikan tentera itu, Bradley Manning, 23 yang kini ditahan di sebuah pusat marin dekat Washington.
Namun, para pegawai AS enggan mengesahkan sama ada maklumat yang didedahkan oleh Manning adalah sama dengan maklumat yang dibocorkan WikiLeaks.
"Saya tidak tahu dia (Manning) adalah sumbernya. Jika benar, saya fikir dia ialah seorang hero," kata Hrafnsson yang merupakan bekas wartawan televisyen di Iceland.
Pendedahan lebih 250,000 maklumat oleh WikiLeaks menerusi kerjasama dengan lima buah akhbar di Barat seperti The New York Times dan The Guardian di Britain telah menggugat dunia diplomatik AS dengan negara luar. - Reuters

1 comment:

Anonymous said...

hahahha bravooooo.......