Pages

Friday, December 3, 2010

Penduduk bandar Meoqui berkabung




MAYAT Ketua Polis Meoqui, Hermila Garcia ditutupi dengan kain selepas dia ditembak mati seorang lelaki dipercayai geng dadah di Meoqui, utara Mexico pada Isnin lalu


MEOQUI - Penduduk bandar kecil di sini, utara Mexico, berkabung bagi memperingati seorang ketua polis wanita, Hermila Garcia satu-satunya penduduk yang sanggup memegang jawatan ketua polis akhirnya mati ditembak anggota kartel dadah negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Garcia, 38, menjadi ketua polis Meoqui, negeri Chihuahua dua bulan lalu sebelum dia ditembak pada Isnin lepas.
Dia diserang ketika memandu bersendirian ke tempat kerjanya.
HERMILA GARCIA


Garcia yang merupakan bekas peguam dan masih bujang, merupakan segelintir wanita yang berani memikul tanggungjawab sebagai ketua polis di beberapa buah bandar di Mexico selepas kaum lelaki mengelak untuk memegangnya kerana takut.
Dikenali dengan gelaran La Jefa Garcia, dia tidak membawa senjata atau pengawal peribadi semasa kejadian.
Keganasan dadah telah meragut nyawa hampir 30,000 orang di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon memegang jawatan itu pada 2006.
Dia menghantar kira-kira 45,000 askar bagi memerangi kartel-kartel dadah. - Agensi

No comments: