Pages

Friday, December 3, 2010

BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI FACEBOOK! BACALAH!


Bismillahirrahmanirrohim.

Laman sosial seperti facebook mempertemukan saya dengan ramai manusia, maka banyaklah ragamnya, pelbagai pula pendapat dan kecenderungannya.. Ada yang sependapat, tak kurang yang berbeza pemikirannya.. 

Setiap hari ada sahaja ilmu baru yang diberi walaupun hanya sepotong hadith yang sudah pun lazim di pendengaran. Hati berbunga dengan ukhuwwah yang dititipkan Allah. Subhanallah. Indah sungguh berukhuwwah kerana-Nya. Kadang-kadang timbul juga geram dihati kecil tatkala pandangan kita berbeza dengan mereka. Pernah juga mata sakit melihat kerenah mereka. 

Seolah, semua yang terlintas di otak wajib untuk dikongsikan. Tanpa memikir sisi pandangan sahabat pada friend list mereka. Biarlah ia bakal mengecilkan hati mahupun merimaskan orang lain, yang penting semuanya terluah pada 'open diary' ini (facebook). Itu sikap sesetengah dari mereka (Mungkin juga diri saya).

Tapi itulah manusia. Setiapnya dicipta berbeza dengan yang lain. Ada satu sudut perkara yang terdapat keserasian, tetapi mungkin beratus-ratus perkara lain yang tidak serasi. Ada benda yang dirasakan betul pada kotak pemikiran kita, tapi salah pada pemikiran orang lain.

Firman Allah: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain)…. (al-Hujuraat: 13).

Tapi, apa yang penting...? Ops, bukan 'kerjasama'.. Yang penting lapangkanlah dada dan jiwa kita untuk menghadam segala yang diperolehi.. Setting semula otak supaya dapat menerima segala bentuk pendirian dari sahabat-sahabat. Tidak bermaksud kita perlu menelan bulat-bulat dan menerima dengan senang hati jika ia ternyata salah. Yang haram tetap haram. Yang bathil tetap batil. Cuma, kita raikan. Jika ia hanyalah sekadar perselisihan biasa, perbezaan kefahaman mungkin, dan lain-lain yang tidak akan menyebabkan perpecahan boleh dibincangkan dengan penuh berhikmah. 

Bukan sahaja kita manusia biasa-biasa yang berbeza pendapat, malah dari zaman Nabi lagi sudah ada. Tapi ia bukanlah bermaksud perlu bergaduh, caci-maki, bermasam-muka, menjauhkan diri dari individu atau kelompok yang berbeza dengan kita. Tetapi berilah pencerahan buat mereka. Tegurlah jika terdapat kesalahan padanya. Cuba fahami dengan teliti kenapa pandangannya begitu begini. Kefahaman dan ilmu yang sampai pada kita kan tak sama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

Bingkisan ini sebenarnya peringatan buat diri saya sendiri. Diri ini yang sering terbawa nafsu dalam menilai sesuatu perkara. Kemudian, saya coretkan buat tatapan sahabat seakidah sekalian. Semoga ianya terselit manfaat walaupun sedikit.

Jika terdapat goresan di hati atau kesalahan yang saya lakukan sepanjang perkenalan kita, mohon dimaafkan. Tegurlah jika terdapat kekurangan pada diri ini. Jangan di peram dalam hati, takut berkulat. :)

Saya akan menerimanya dengan berbesar hati, insyaAllah. Syukran sahabat.. ^___^

Satu akidah, satu pegangan, satu agama! ALLAHUAKBAR!

No comments: