2010/12/03
CARACAS: Presiden Hugo Chavez berkata pendedahan WikiLeaks menunjukkan "perang kotor" yang dilancarkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia dan bagaimana AS mencerca "rakan baik" Venezuela, Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin.” “Sudahkah anda melihat pendedahan WikiLeaks?” soal Chavez kepada sekumpulan mangsa banjir di bandaraya Caracas.
“Ia memaparkan laporan dan perang kotor yang dilancarkan kedutaan Yankee di seluruh dunia. Lihat bagaimana mereka mencerca pemimpin negara berkuasa; bagaimana mereka mencerca rakan baik kita, Vladimir Putin. Mereka tidak menghormati beliau!"Chavez berkata, laporan komunikasi diplomatik AS itu juga mencerca pemimpin dunia lain.
“Mereka juga tidak menghormati Presiden Russia, Dmitri Medvedev dan China... Bayangkan kedudukan kita. Tiada apa yang mereka tidak akan kata mengenai kita, bahawa kita lebih hina dari tanah," kata Chavez.
Beberapa komunikasi diplomat AS merujuk Russia sebagai "negara mafia" dan memanggil Putin sebagai “anjing alpha” dan berkata Medvedev hanya “Robin” kepada “Batman” (Putin). - AFP
No comments:
Post a Comment