Pages

Thursday, December 9, 2010

Pesawat Russia pantau latihan Jepun-AS

VLADIVOSTOK: Seorang jurucakap tentera laut Russia semalam mengaku pesawat pejuang negara itu melakukan penerbangan di kawasan latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Jepun, sekali gus meningkatkan ketegangan dalam perebutan wilayah antara Tokyo dengan Moscow.
“Kawasan itu adalah zon tanggung jawab kami. Pesawat kami melakukan penerbangan yang sudah dirancang,” kata Roman Markov, jurucakap Armada Pasifik Russia..
Akhbar Jepun, Sankei, sebelum ini melapr pesawat Russia mengganggu latihan ketenteraan bersama Jepun-Amerika Syarikat di kawasan itu baru-baru ini. - Reuters

No comments: