Pages

Monday, October 11, 2010

Pengasas Facebook sokong guna ganja




LOS ANGELES - Pengasas bersama rangkaian sosial Facebook, Sean Parker (gambar) menyumbangkan AS$100,000 (RM311,299) untuk menyokong cadangan supaya undang-undang membenarkan penggunaan ganja di California, lapor sebuah akhbar semalam.
Sumbangan Parker yang pernah menjadi Presiden Facebook itu telah diumumkan dalam kempen untuk membenarkan penggunaan ganja di negeri California, Amerika Syarikat.
Usul undang-undang penggunaan ganja itu akan diundi pada 2 November depan.
Sebelum ini pengasas bersama Facebook, Dustin Moskovitz telah membuat dua sumbangan berjumlah AS$70,000 (RM217,909) untuk kempen ganja itu.
Parker dan Moskovitz tidak lagi bersama dengan Facebook tetapi mereka masih mempunyai saham.
Anggaran terbaru menunjukkan nilai syarikat itu setinggi AS$33.7 bilion (RM104.90 bilion). - Agensi

No comments: