Pages

Monday, October 11, 2010

Bimbang anak jadi pelacur



ZAITON menunjukkan gambar anak perempuannya, Nur Farlihin yang hilang lebih tujuh bulan lalu di Taman Tasik Mutiara, Seberang Perai Selatan semalam.


PERAI – Seorang ibu bimbang anak perempuannya diperalatkan oleh sindiket pelacuran dan dadah antarabangsa selepas keluar dari rumah di Taman Tasik Mutiara, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan dekat sini pada 14 Februari lalu.
Zaiton Din, 53, berkata, ini berikutan anak bongsunya Nur Farlihin Yahya, 20, menelefonnya menggunakan nombor antarabangsa iaitu 66883878343 baru-baru ini selepas lebih tujuh bulan menghilangkan diri.
Katanya, dia dan keluarga cuba menghubungi nombor itu dan diberitahu oleh operator panggilan tersebut dibuat dari Thailand.
“Nur Farlihin ada menghubungi saya termasuk pada hari raya pertama dan kali terakhir tiga hari yang lepas.
“Dia meminta kami jangan bimbang selain minta maaf di atas segala kesalahannya. Saya bimbang dia terlibat jadi pelacuran dan dadah di negara jiran kerana suaranya kedengaran ketakutan,” katanya.

No comments: