bminggu@bharian.com.my
2010/10/10
HANI RUNSING
JAWAPAN
Saudari, apabila baligh berlaku seseorang wanita akan mengalami beberapa perubahan hormon. Paling ketara sekali ialah perubahan pada payu dara.
Perubahan ini bermula dalam jangkaan umur 11 hingga 12 tahun dan menjadi lengkap pada usia 18 tahun. Pertumbuhan payu dara sememangnya amat dikhuatiri remaja kerana membuatkan mereka tertanya-tanya apakah mereka normal.
Hakikatnya, ada beberapa peringkat pertumbuhan payu dara:
1) Peringkat pertama - pra-baligh yang mana tiada tisu-tisu payu dara dan dada mereka kelihatan leper.
2) Peringkat kedua - menyerupai payu dara wanita dewasa yang mana payu dara berbentuk bulat penuh dan puting.
3) Peringkat ketiga - bentuk payu dara menyerupai wanita dewasa tetapi saiznya kecil. Ada remaja mengalami proses pertumbuhan payu dara daripada peringkat ketiga yang melangkau terus ke peringkat akhir.
4) Peringkat keempat - berlaku pada akhir baligh, puting dan areola (kawasan kulit berbentuk bulat yang mengelilingi puting selalunya hitam sedikit) mula menonjol keluar dari bahagian tisu payu dara yang lain. Ada remaja dan juga wanita dewasa yang berada pada peringkat ini sehinggalah mereka berkahwin, bersalin dan menyusukan anak dengan susu badan. Selepas bersalin barulah payudara mereka membentuk seperti mana tipikalnya wanita dewasa. Jadi perkara itu adalah normal.
Namun, tidak dinafikan, ada juga remaja mendapati saiz payu dara mereka tidak sama atau posisinya satu rendah dan satu lagi tinggi. Ini adalah variasi yang normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ia berpunca dari ketidakseimbangan pertumbuhan payudara. Sebelah mungkin tumbuh lebih cepat dari yang sebelah lagi. Perkara ini adalah biasa dan segala bentuk dan saiz payu dara adalah normal dan sihat.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi saiz payu dara antara lain adalah genetik, hormon dan berat badan. Saudari berada di bahagian ‘underweight’ jadi cubalah naikkan berat badan saudari. Saudari mungkin kurang prihatin, berat badan seseorang juga mempunyai peranan dalam menentukan saiz payu dara.
Pada pendapat saya saudari tidak perlu mengambil apa-apa hormon ataupun menjalani pembedahan bagi ‘memulihkan’ masalah saudari. Saudari adalah normal dari segi proses baligh kerana haid saudari teratur setiap bulan. Selain pertumbuhan payu dara dan haid, pertumbuhan rambut pada ketiak dan juga ari-ari cukup membuktikan tiada masalah mengenai pertumbuhan saudari sebagai wanita.
Jawapan disediakan: Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.
Info
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada Doktor di Berita Minggu melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
No comments:
Post a Comment