Pages

Wednesday, April 28, 2010

Suhu makin meningkat di Malaysia



KUALA LUMPUR - Analisis rekod suhu di Malaysia menunjukkan trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan pemerhatian terkini mendapati suhu purata negara meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun lepas.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pemerhatian terkini juga mendapati paras laut pula meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.
"Berdasarkan climate modelling yang dilakukan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah Celsius hingga +2.6 darjah Celsius," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Negara semalam.

No comments: