Tinjauan Khas 'Moonblood'
Sementara menunggu tugasan mengenai Chinese Secret Societies selesai,kami telah menerima kiriman dari seorang informer kami dari Amerika yang mempunyai link dengan hasil kerja Jan Van Helsing,Joe Vials,Fritz Springmeir dan hmm...David Icke.Ada kemungkinan para pengkaji teori konspirasi Amerika mengambil maklumat dari hasil pemerhatiannya.Beliau juga dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa kenalan yang merupakan ahli beberapa organisasi dalam 'inner circle'.Texe Marrs mungkin tidak mengenali 'Moonblood' tetapi informer kami ini merupakan kenalan 'rahsia' nya.
Prelude
Di bawah ini adalah satu tinjauan istimewa dari seorang penyelidik konspirasi yang bertahun-tahun memerhatikan senario yang berlaku di negaranya, Amerika Syarikat.Seorang ayah kepada dua orang anak,beliau merupakan pemerhati politik,pengulas dan pengkaji filem serta seorang pencinta haiwan.
Beliau menggunakan codename 'Moonblood'
Tinjauan ini didapati dari perbualan telefon internet yang terenkripsi untuk mengelakkan pintasan dari pihak-pihak tertentu.Sebahagian perbualan pula dihantar melalui fail audio,juga dari email sekuriti yang dienkripsi.Manakala perbualan dari audio ini pula didekod menggunakan teknik backward message yang dienkod dengan sistem kod tertentu.
Beliau mempunyai pengkhususan dalam subjek SRA (Satanic Ritual Abuse),Child Pornography Manipulation,Child Abused Psychology,Trauma-based Mindcontrol dan Filmography Conspiracies.
Pendedahan di bawah mengandungi unsur-unsur mengganggu,jika ia meyakitkan dan membuatkan anda tidak selesa,anda dinasihatkan jangan meneruskan pembacaan.
Apa dipaparkan di sini bukanlah mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.
-M.O
"Father! father! father! father!
Father into your hand I commend my spiritFather into your hand why have you forsaken me
in your eyes
Forsaken me
in your thoughtsForsaken me
in your heart
Forsaken me ohh"
("Chop Suey" - System of A Down)
Selamat bertemu.Sebelum kita pergi lebih jauh,izinkan saya memperkenalkan diri dahulu.Saya ialah seorang penyelidik.Untuk lebih spesifik saya ialah seorang penyelidik konspirasi.Apakah konspirasi?Konspirasi ialah seperti cahaya bulan.Kita fikir ia datang dari bulan di waktu malam,tetapi sebenarnya tidak.Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.Apa yang ingin saya paparkan di sini adalah realiti di Amerika yang makmur.Negara saya yang tercinta.Di mana semua orang hidup di dalam mimpi ngeri yang amat dasyat.Di mana semua fikiran telah dikawal dan diarahkan tanpa disedari.Realiti di Amerika seperti Theater of Tragedy.Sebahagian orang masih bermimpi di dalam mimpi yang dibuat untuk mereka.Sebahagian orang telah diambil dari 'kurungan' mereka dan dituai seperti tanam-tanaman dan dipergunakan seperti haiwan,atau seperti buah-buahan;semua kulit,isi dan jus mereka disedut habis.Dan jasad mereka dibuang seperti sampah yang tidak berguna.Anda pernah menonton filem The Matrix?.Welcome to The American Dream.Nama saya Moonblood.
Sebelum saya meneruskan perbincangan ini,eloklah saya menjelaskan sesuatu.Pendedahan seterusnya mungkin sensitif bagi sesetengah orang,ya terutamanya bagi bekas mangsa mindcontrol tajaan Amerika.Oleh itu kepada yang berkenaan,jika ini mengganggu dan menyakitkan anda,saya menasihatkan jangan meneruskannya.Ok,mari kita mulakan dengan sejarah Amerika.Siapakah Amerika?Mengapa Amerika wujud?Siapakah yang menemui Dunia Baru?Beratus tahun sebelum Columbus menemui Amerika,telah ada beberapa koloni misteri yang telah menjejakkan kaki mereka di Dunia Baru.Tiada siapa tahu dengan jelas siapakah mereka.Namun beberapa manuskrip rahsia yang terbongkar serta catatan puak Indian yang pernah melihat mereka dan berinteraksi dengan mereka telah membuktikan sesuatu. KONSPIRASI TELAH BERMULA SEBELUM COLUMBUS MENEMUI AMERIKA!.Atau mungkin saja mereka merupakan koloni-koloni Sepanyol yang belayar dari Amerika Tengah.Tetapi kebanyakan pengkaji sejarah tahu siapakah yang membiayai Columbus.Kapal-kapal mereka mempunyai lambang Rosicrusian pada layar-layar mereka.Rosicrusian adalah 'secret society' yang mempunyai hubungan dengan Freemasonry dan 'The Wise Man'.Apakah misi sebenar Columbus?
Lama sebelum koloni-koloni Eropah berduyun-duyun tiba ke Dunia Baru,dunia Eropah telah lama diselubungi oleh pelbagai kelompok rahsia (secret societies) yang menaungi kebanyakan raja-raja Eropah.Kelompok-kelompok rahsia ini amat berpengaruh dari segi politik dan harta kekayaan.Telah menjadi trend dan gaya hidup apabila setiap kerabat diraja dan para pemimpin politik Eropah memasuki kelompok-kelompok rahsia ini.Apakah yang ada di dalam kelompok-kelompok rahsia ini?
Anda pernah dengar tentang Merovingian?Ini adalah warisan kepada para penyembah berhala,penganut pagan dan kultus-kultus sihir.Merovingian diketahui sebagai dinasti agung Eropah yang mengamalkan sihir dan raja-raja mereka juga dipanggil sebagai rahib,adalah percaya kepada dunia gelap dan syaitan-syaitan.Dari manakah masyarakat Eropah belajar tentang sihir?Cuba anda baca tentang tradisi Greek dan Rom,adakah sebarang petikan tentang pentagram,baphomet atau 666 di di dalamnya?
TIDAK SAMA SEKALI.Orang-orang Yunani sekurang-kurangnya mempunyai Oracle dan para tilik nasib,tetapi pengetahuan mereka tidak sistematik dan secanggih pengetahuan tentang pentagram atau SACRED GEOMETRY.Dari manakah pengetahuan tentang sihir tiba kepada masyarakat pagan Eropah?SEBENARNYA DUNIA EROPAH BELAJAR TENTANG SIHIR DARI KAUM-KAUM SEMITIK YANG BERJIRAN DENGAN MEREKA.Orang-orang Semit (Arab,Yahudi dll) inilah para guru mereka yang mengajarkan ilmu-ilmu mistik yang lebih kompleks seperti ilmu zodiak,ramalan bintang,kehidupan makhluk lain seperti iblis,jin dan syaitan,azimat-azimat (termasuk Sacred Geometry iaitu pentagram dan Segienam Sihir) serta sedikit ajaran-ajaran bersifat agama.Dari manakah asalnya perkataan 'Genie' dan 'Satan'?Dari manakah asalnya Segienam Sihir yang menjadi ikon kultus-kultus sihir Eropah?Lihat pada bendera biru putih Israel.Itulah asalnya guru-guru mereka.Orang-orang Semit memang terkenal dengan pengetahuan mereka tentang bintang-bintang dan memang ada kaum yang menyembah bintang di sana.Teka bintang apakah yang disembah oleh kaum pagan Semit?SIRIUS,iaitu bintang yang paling terang dan menjadi suatu 'cult' dikalangan dunia sihir Illuminati-Freemasonry.Sirius adalah bintang yang dihormati dalam agama syaitan Illuminati.Jika anda menganggap orang-orang Greek dan Rom telah yang mengasaskan sistem buruj dan zodiak,anda amat silap sama sekali.Orang-orang Rom hanya mengenal Zeus dan Diana sahaja tetapi bukan bintang.Pengetahuan perbintangan telah pun diketahui oleh kaum-kaum misteri di Afrika,di mana piramid telah dibina lama sebelum Firaun Khufu memerintah.Siapakah yang menemui longitud bintang Orion sehingga membina piramid berdasarkan bintang-bintang Orion?
Anda mungkin dapat menjawab soalan ini jika mengetahui bagaimana kaum Dogon di Mali,Afrika mengetahui tentang Sirius B.Buat pengetahuan anda,sistem bintang Sirius mengandungi dua bintang;Sirius A dan Sirius B.Sirius A adalah bintang yang amat terang dan dapat dilihat oleh mata kasar namun Sirius B adalah halimunan dan hanya dapat dilihat melalui teleskop bintang yang khas.Bagaimana kaum asli bercawat dan daif ini mengetahui tentang bintang yang hanya dapat dikesan melalui teleskop bintang!Menurut salah seorang dari mereka,pengetahuan ini diajar oleh satu entiti yang istimewa kepada nenek moyang mereka beribu tahun dahulu.Siapakah yang mengajarkan tentang Sirius B kepada kaum Dogon?Terdapat satu bangsa misteri yang amat pakar tentang bintang di Afrika di mana merekalah juga yang mewariskan pengetahuan piramid kepada bangsa Mesir Purba.Pengetahuan ini diturunkan kepada bangsa Yahudi yang menjadi hamba kepada bangsa Mesir Purba.Sihir,juga adalah agama rasmi Firaun Mesir.Kebanyakan pemerintah Mesir Purba menaja aktiviti-aktiviti sihir,namun tidak semua pemerintah Mesir Purba percaya kepada sihir.Ayah kepada Ramses II bukanlah pengamal sihir malah diketahui menyembah satu agama misteri menyembah Tuhan yang Satu.Begitu juga dengan Firaun Akhenaten yang cuba mempopularkan agama menyembah satu Tuhan.
Namun di Mesir Purba sendiri terdapat 'secret societies' yang tersendiri di mana tujuannya untuk mempengaruhi Firaun-firaun Mesir supaya tetap mengamalkan agama sihir.Warisan dari dunia sihir ini dirakamkan dan diwarisi oleh satu kelompok rahsia dari kalangan Yahudi yang menjadi asas kepada Kabbalah.Mata Satu Horus adalah lambang kepada kelompok rahsia ini.Namun perkembangan yang amat pesat berlaku ketika bangsa Yahudi berada di bawah pemerintahan Babilon di mana dari sinilah muncullah pengetahuan tentang Sacred Geometry dan Sihir Tarot.Bagaimanakah warisan raja-raja Eropah ini mewarisi agama sihir dan penyembahan syaitan dari bangsa Mesir Purba?Ketika Mesir di bawah taklukan Rom.Sudah sekian lama orang-orang Rom yang beragama pagan ketika itu amat takjub dengan sistem sihir dan dewa-dewi Mesir yang lebih menarik dari kepercayaan pagan mereka.Kajian antropologi-budaya termoden telah mendedahkan kemungkinan besar dewa-dewi orang Rom dicedok dari sistem dewa-dewi Mesir Purba.Maka ketika Mesir di bawah jajahan Rom,makin seronoklah orang-orang Eropah mempelajari keajaiban mistik orang Mesir.Pernah dengar kisah epik Cleopatra dan Marc Anthony?Zaman itu adalah zaman-zaman terakhir Firaun Mesir sehingga para Kaisar Rom juga diberi gelaran Firaun.Apakah itu 'Pengetahuan Rahsia'?Pengetahuan rahsia yang diturunkan zaman-berzaman dari entiti misteri yang digelar 'The Watcher' kepada manusia zaman-berzaman.Bagaimana pengetahuan sihir para pendeta Mesir dipelihara?Perpustakaan Diraja Iskandariah Mesir.Perpustakaan agung ini memiliki manuskrip-manuskrip yang tidak ternilai harganya,sebahagiannya mengandungi rahsia bumi sebelum Banjir Besar,teknologi-teknologi misteri bangsa-bangsa musnah dan kisah bumi sebelum kedatangan Adam dan Hawa.Bagaimana Piri Reis membuat peta misterinya?Bagaimana Ptolemy menamakan tempat-tempat dalam petanya?'Pop culture' mengatakan perpustakaan ini telah terbakar bersama-sama manuskrip-manuskripnya,tetapi sebenarnya segala pengetahuan ini telah disimpan oleh satu kelompok rahsia 'The Hidden Hand'.Sebahagiannya terdapat di Perpustakaan Paus di Vatikan.Ketika pertembungan budaya Mesir-Rom inilah warisan sihir Mesir Purba terserap dalam budaya Rom sebagai mewakili kerajaan Eropah terhebat ketika itu.
Apabila Empayar Rom berpecah,pengetahuan sihir ini diturunkan generasi demi generasi oleh satu kelompok rahsia yang berasaskan Kabbalah.Mengapa Kabbalah?Kerana lebih baik berguru dengan guru yang mahir dari hanya berguru dengan buku-buku.Maka kelompok rahsia ini bergabung dengan Kabbalah-Yahudi yang sememangnya menyimpan rahsia tentang sihir Mesir Purba.Guru-guru Yahudi inilah yang memimpin masyarakat Eropah pagan ke arah sistem sihir dan penyembahan Iblis yang lebih sistematik.Namun kelahiran Jesus Christ (Nabi Isa a.s) telah sedikit sebanyak mengganggu proses 'penyihiran' seluruh Eropah ketika itu.Jesus mengajarkan agama suci,wahyu dari Tuhan yang Satu.Kenapa Jesus diturunkan?Kerana di zaman itu,moral manusia di Eropah dan wilayah-wilayah Semitik amat teruk dengan pelbagai penyembahan pagan dan totem.Jesus membawa agama yang sama dengan Abraham,Moses dan Ezekiel,juga Mohamed.Inilah kelompok yang berada di sebelah kebenaran,melawan 'The Watcher' dan tenteranya.
Bertahun-tahun para pengikut Jesus diburu,diseksa dan dibunuh oleh pemerintah Rom hasil dari provokasi Yahudi Kabbalah yang amat takutkan kebenaran ajaran Jesus,yang dapat memadam segala sihir syaitan mereka.Namun semakin ditekan semakin bertambah pengikut mereka dan semakin teguh keyakinan mereka kepada Tuhan yang Satu.Maka 'The Hidden Hand' memilih strategi baru.Agama Jesus mesti dirosakkan dari dalam.Ejennya ialah Paul,yang ditugaskan untuk membawa ajaran Triniti dan mengubah maksud Injil.Siapa Paul?Dia sebelum ini merupakan penentang keras agama Jesus dan bersama-sama penzalim Rom menyeksa dan membunuh orang-orang Kristian awal.Tetapi secara tiba-tiba dia tertarik dengan Kristian dan memeluk ajaran Jesus.Selepas itu adalah titik hitam kepada ajaran Unitarian Kristian.Jesus dipertuhankan bersama-sama Tuhan Bapa dan Roh Kudus.Di beberapa tempat di Eropah,Mary (Mariam) ibu Jesus juga dipuja-puja khasnya aliran Black Madonna.Agama Kristian dan ajaran Jesus telah dirosakkan.Siapa Paul ini?Dia ialah seorang Yahudi yang berpura-pura.Secara tiba-tiba selepas pembaharuan oleh Paul,Emperor Constatine telah memeluk Kristian dan peristiwa ini bukanlah membawa berita baik kepada ajaran suci Jesus malah Constatine telah mencampur-adukkan kepercayaan pagan dewa-dewi Rom ke dalam agama Kristian.Maka Jesus telah menjadi salah satu dewa kepada Constatine.Adakah anda menganggap begitu mudah Emperor Rom itu meninggalkan kepercayaan pagan mereka?Tidak.Kecuali agama Kristian disesuaikan mengikut selera mereka.Emperor Rom masih menyayangi Zeus dan Diana dan tidak mahu patung-patung mereka dikorbankan atas nama Satu Tuhan.Maka imej Jesus disesuaikan menjadi Dewa Matahari yang baru, anak Dewa Matahari.Apa yang boleh diperkatakan oleh kaum Unitarian?Sebenarnya orang Kristian tetap diburu dan dibunuh ketika itu walaupun Emperor Constatine dikatakan memeluk Kristian.Yang selamat ialah pengikut Kristian versi baru.Versi Paul-Constatine yang amat jauh menyimpang dari keyakinan kudus Jesus ketika disaat-saat dia berdoa di Taman Gethsemene.Kaum Unitarian ini dibunuh dan diburu oleh tentera 'Kristian' yang baru.Pernah dengar tentang Essenes dan The Dead Sea Scrolls?Persidangan Kristian yang pertama iaitu Persidangan Nicea,ajaran Jesus telah ditafsir sendiri secara menyeleweng dan sesuka hati oleh para pemabuk dan penjahat dalam sistem kepaderian 'Saint Paul'.Ketika itu konsep Trinity telah diterima,dan sesiapa yang menolaknya dianggap sesat dan digelar 'Unitarian' (percaya kepada Satu Tuhan dan menolak Jesus sebagai anak Tuhan).Segala manuskrip tentang ajaran-ajaran asal Jesus telah dimusnahkan;dibakar.Bible telah diubah di sana-sini bagi menyesuaikan dengan keyakinan baru itu.Kaum Unitarian telah diburu.Ada yang dibunuh dan diseksa.Walau bagaimanapun ada yang sempat menyelamatkan beberapa manuskrip purba tentang ajaran asal Jesus.Antaranya The Dead Sea Scrolls,Barnaba Bible dan Didache Bible.
Inilah 'The Dark History of Christianity'.Saya seorang Kristian tetapi saya tidak percayakan Jesus ialah anak Tuhan.Saya boleh memberitahu anda dari manakah tarikh Krismas diambil dan dari mana budaya Krismas serta siapakah Santa Claus.Semua ini adalah cedokan dari budaya pagan Eropah dan bukan dari ajaran suci Jesus.Tanyalah kepada Paus Benedict XVI,tarikh apakah 25 Disember itu?Itu adalah tarikh kelahiran dewa matahari kaum pagan.Pada zaman-zaman gelap Eropah di mana kepercayaan pagan dan animisme berleluasa,di mana di sesetengah tempat,air kencing sendiri dijadikan alat menyucikan diri,muncullah kultus-kultus misteri yang menyembah Dewa Saturnalia.
Dewa ini amat dihormati oleh pagan Eropah.Maka perayaan-perayaan untuknya disambut dengan meriah.Ianya jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya.Ketika ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup. Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan.Sekolah-sekolah bercuti.Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat membabitkan pencemaran.Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan. Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam perjamuan khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian mereka itu . Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan bersertakan pertukaran hadiah antara teman-teman.
Dian-dian diberikan oleh mereka yang lebih rendah diri kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan. Orang ramai membanjiri jalan-jalanan dan pelbagai sarjana Kristian mengatakan bahawa banyak daripada adat-adat tersebut mempunyai persamaan yang ketara dengan adat-adat Krismas dan karnival Itali.
Perjudian di khalayak ramai dibenarkan pihak berkuasa seperti juga permainan kad kemudiannya yang dimainkan semua termasuk mereka yang berperaturan ketat pada malam Krismas.Kesemua penduduk membuangkan toga,memakai gaun labuh yang dipanggil synthesis dan berjalan-jalan dengan pileus pada kepala mereka.Amalan ini mengingatkan pada domino, topi-topi meruncing dan samaran-samaran lain yang dipakai pada perayaan-perayaan Krismas kemudiannya oleh masques (penghibur) dan mummers (pelakon mimos). Cerei atau dian kecil atau lampu, mungkin sekali digunakan sepertimana moccoli digunakan pada malam terakhir karnival tersebut. Tradisi-tradisi lampu-lampu Krismas penganut Kristian mungkin sekali terbit daripada tradisi ini.25 Disember adalah tarikh Dewa Matahari disambut di seluruh pagan Eropah khasnya Rom dan sukukaum Latin Purba.Apabila dunia Kristian diterima oleh empayar Rom,Jesus dianggap oleh orang-orang Rom sebagai mewakili Dewa Matahari.Ini tidak jauh beza dengan penganut Buddha yang menganggap Gautama Buddha sebagai jelmaan dewa-dewa Hindu.Santa Claus adalah jelmaan Dewa Poseidon,terpaksa diserap ke dalam perayaan Krismas untuk menjaga hati kaum pagan Eropah yang masih sayangkan ritual-ritual gelap mereka.
Banyak lagi kenyataan tidak masuk akal bagi satu agama yang dianut berbilion orang ini.Kesimpulannya Kristian pada hari ini adalah agama pagan versi moden yang amat menjelekkan.Bagi para Elit dalam 'inner circle',Jesus tidak lebih dari seorang lelaki yang malang dan lemah;sakit dan menderita di tiang salib.Dia bukan Tuhan.Malah mereka sering mengolok-olokkan Tuhan orang-orang Kristian ini.Hari ini Jesus hanya salah satu dewa dari segenap dewa-dewi yang disembah oleh pelbagai aliran Kristian.Hermes,Pan dan Janus adalah dewa-dewa lain yang disembah oleh 'western culture' pada hari ini dan semua ini ditutup-tutup atas nama dunia Kristian;khasnya aliran Katolik.Setiap hari para Elit Illumination akan ketawa terbahak-bahak melihat kedunguan Trinitarian Kristian yang sebenarnya bagi mereka adalah 'orang-orang bodoh bersama lelaki Tuhan yang sakit dan hampir mati di tiang salib'.Siapakah Vatikan?Siapakah Paus?Paus bukanlah ketua agama Kristian seluruhnya.Dia cuma simbol kepada aliran Trinitarian Katolik,aliran paling dominan dalam dunia Kristian.Apakah Trinitarian Katolik?Ini adalah agama pagan yang di'rebranded' dan dihias cantik-cantik,direnovasi serta dikomersilkan sebaiknya di seluruh dunia.Lambang-lambang Vatikan penuh dengan penyembahan kepada dunia silam pagan yang penuh kekotoran,kedunguan dan tidak bertamadun.Apa perlunya diletakkan obelisk di depan St. Peter Basillica?Itu adalah lambang phallus iaitu lambang kultus-kultus syaitan purba dan Paus juga menggunakan Twisted Cross,iaitu salib kaum pagan yang asalnya digunakan untuk mengolok-olokkan Jesus.Mengapa Paus semakin berani menggunakan lambang 'Eye in the Capstone' atau 'All-Seeing Eye' di atas altar?Apa maksud semua ini?Paus Vatikan hanyalah boneka kepada satu 'secret societies' yang mengawal dunia Katolik.Apakah 'The Dark History of Vatican'?SEKS,RITUAL SYAITAN DAN PEMBUNUHAN.Kenyataan seterusnya amat pedih bagi seorang Kristian seperti saya yang mencintai Jesus dan para sahabatnya (apostles) di mana saya telah diajar tentang peribadi mulia Jesus sejak dari kecil lagi.Mengapa semua ini terjadi?Apa yang mereka buat terhadap ajaran-ajaran Jesus?Di manakah dia kebenaran?Di waktu malam yang sepi kadangkala saya menangis bercucuran airmata mengenang segala kedasyatan yang mereka lakukan ke atas orang-orang yang tidak bersalah,orang-orang Kristian yang naif dan 'innocent'.Di sebalik Vatikan dan gereja-gereja,adalah pusat pornografi dan pedofil,mereka mencari kanak-kanak kecil untuk dikorbankan kepada syaitan!
Dunia mindcontrol adalah 'urban legend' bagi Amerika.Mengapa Amerika diwujudkan adalah sejarah lain,yang memerlukan kita memahami untuk apa 'ladang ternakan besar-besaran' ini dibina dan kepada siapakah rakyat Amerika sebagai 'bahan mentah' dikorbankan.Salah satu simbol tidak boleh tidak, yang dikaitkan dengan dunia mindcontrol adalah manipulasi seks.Atau lebih tepatnya pencabulan seks.Pencabulan seks lebih cepat menimbulkan trauma,kerana setiap orang mempunyai emosi bahawa diri mereka harus dihormati dan bermaruah.Itu adalah psikologi lumrah dan asas bagi manusia normal.Setiap manusia sama sahaja,sama ada dunia Timur atau Barat.Jika anda dari pedalaman China,atau desa di Indonesia yang menganggap semua manusia di Amerika adalah biadap dan bermoral rendah,cuba anda tayangkan kemaluan anda pada seorang budak perempuan berumur 8 tahun dari Alabama.Sudah tentu dia berasa tidak selesa dan menangis.Ini adalah asas psikologi manusia,maksud saya di Amerika khasnya sebelum mereka di'brainwash' untuk menerima pornografi,pencabulan seks dan seks bebas sebagai budaya popular melalui media,muzik,TV,filem dan internet.Sudah tentu jika anda mengambil seorang budak perempuan dari New York dan membesarkannya secara baik mengikut budaya anda di sebuah kampung di Vietnam,saya jamin dia tidak sesekali akan menjadi seorang 'stripper'!Adakah semua budak perempuan Amerika bercita-cita untuk menjadi seorang 'stripper'?Apakah definisi kelucahan bagi seorang budak perempuan berumur 15 tahun dari Oregon?Tidak semua tetapi untuk mengatakan menjadi seorang 'stripper' mahupun 'hooker' adalah hak individu adalah majoriti jawapannya menunjukkan betapa berjayanya komersialisme yang dibungkuskan kepada cara hidup hippies dan pelik Amerika.American Idiot.Hanya inilah yang mampu dilabel kepada orang-orang Amerika pada hari ini.Saya orang Amerika dan ya... saya berbangga menjadi orang Amerika.Idola saya ialah presiden terhebat sepanjang zaman,Abraham Lincoln.
Bagi saya dari pemerhatian saya setakat ini,beliau adalah contoh orang Amerika yang bijak,yang berusaha untuk keluar dari 'kurungan' mindcontrol American Dream oleh 'Uncle Sam'.Setiap presiden Amerika pasti ditekan untuk mematuhi Freemason,dan tidak terkecuali beliau.Namun beliau secara bijak cuba untuk tidak mematuhi plan gila Yahudi-Freemason tetapi pada masa yang sama secara baik menolak pelawaan mereka.Kemahiran diplomasi beliau amat hebat merujuk kepada masa yang diambil dan cara yang digunakan oleh Freemason untuk menghapuskan beliau.Mengapa Abraham Lincoln dibunuh?Apabila beliau menentang kehendak Reserve Bank yang dikuasai si syaitan Yahudi Rothschild,maka inilah masa untuk menghapuskannya dari bumi Amerika.Saya sentiasa memandangnya sebagai 'Founding Fathers' yang sebenar,orang Amerika yang sebenar,yang tidak takut kepada Yahudi-Freemason yang mahu memperhambakan rakyat Amerika dan bumi Amerika.Setiap kali saya memandang potretnya yang tergantung di ruang tamu saya,air mata saya pasti jatuh mengenangkan perjuangannya di tengah-tengah 'inner circle' Illuminati-Freemason,dia memperjuangkan apa yang dipercayainya adalah kebebasan buat rakyat Amerika,kebebasan yang sebenar.Kebebasan yang hanya menjadi ilusi dan utopia di Penjara Besar Amerika ini.Kebebasan dari diperhambakan dan dipergunakan.Semangatnya membuatkan saya lebih kuat untuk menentang dunia mindcontrol Amerika.Dan mungkin ini sahaja yang membuatkan saya berbangga menjadi seorang Amerika.
Sejarah mindcontrol di Amerika mengambil waktu yang cukup panjang tetapi lebih terserlah ketika tahun-tahun 1950an hingga 1970an.Ini adalah zaman emas 'industri' mindcontrol di Amerika yang bertuah.Mangsa paling dominan dan popular untuk di'mindcontrol' ialah kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa selain menangis.Mengikut kajian,terdapat dua bentuk mindcontrol di Amerika,pertamanya ialah dalam skala besar iaitu dengan cara propaganda atau 'subliminal message' melalui TV,media,muzik dan internet.Rakyat Amerika yang dungu akan di'brainwash' melalui pelbagai gaya hidup songsang dan negatif.Semuanya akan mencabul perlembagaan (Constitution) Amerika secara perlahan-lahan.Seks songsang seperti gay,lesbian dan sadomasochism telah menjadi 'subculture' yang semakin lali dikalangan masyarakat Amerika.Malah setiap tahun pasti ada pesta terbuka berkaitan gaya hidup negatif ini.Bukan semua orang Amerika sukakan gaya hidup seperti ini.Masih ada orang Amerika yang mengikuti ajaran-ajaran Bible yang menentang dan membenci segala sampah dan kekotoran ini.Tetapi siapa peduli?Rakyat Amerika telah dipaksa untuk menerima dan menelan kebusukan dan najis (this shit) ini secara sedar atau tidak.Keduanya ialah dengan cara 'intensif',iaitu satu cara yang kejam dan mencabul hak asasi individu.Saya sukar untuk menerangkan secara ringkas tetapi cara yang kedua ini seperti mengambil seekor ayam dari dalam sangkar di mana terdapat beratus ekor ayam lain.Ayam yang diambil ini adalah yang terpilih,kemudian akan dihantar ke rumah sembelihan.Seterusnya?Anda boleh fikirkan sendiri.Biar saya ceritakan bagaimana mereka mempergunakan rakyat Amerika untuk tujuan mindcontrol.'Stripper' pada hari ini adalah sebahagian dari program mindcontrol Amerika.
Budak perempuan yang mengalami pencabulan seksual ketika kecil adalah cenderung untuk menjadi seorang 'stripper' atau pelacur apabila dewasa.Sebahagian besar 'stripper' pada zaman-zaman awalnya adalah produk pencabulan seksual ketika mereka masih kecil sama ada melalui ritual seks ataupun incest.Siapakah legenda mindcontrol Amerika sepanjang zaman?Ia adalah Marilyn Monroe.Anda ingin bertanya tentang profesionnya?Ya,sudah pasti dia pernah bekerja sebagai seorang 'stripper' sebelum menjadi aktress Hollywood.Secara psikologi,budak perempuan yang dicabul sama ada oleh ayahnya sendiri atau orang lain,merasakan trauma yang teramat sangat,bermula dari pengalaman yang amat tidak selesa dan menyakitkan (sudah tentu anda dapat membayangkan betapa sakitnya anak-anak kecil ini diperlakukan sebegitu).Apabila meningkat dewasa,psikologi mereka yang dicemari trauma ketika kecil ini cenderung untuk merasakan diri mereka adalah kotor,penuh dosa,jahat atau perempuan kotor,jalang dan tidak suci.Ini akan terus menghantui hidup mereka walaupun semua yang terjadi bukan atas kehendak mereka.
Inilah yang dinamakan TRAUMA-BASED MINDCONTROL.Ia digunakan hampir semua operasi CIA dan 'Shadow Government' Amerika.Kisah anak gadis yang tinggal sebumbung dengan ayahnya setelah kematian ibu adalah satu daripada 'urban legend' yang mencapai tahap klasik dalam sejarah mindcontrol Amerika.CIA dan 'Shadow Government' telah memilih keluarga-keluarga di Amerika untuk menjalankan program mindcontrol ke atas anak-anak mereka.Keluarga ini sama ada dari dalam 'inner circle' sendiri mahupun dari keluarga yang kesempitan atau mempunyai hutang dan mereka dipaksa untuk menerima program ini sebagai ugutan.Anak-anak mindcontrol biasanya datang dari keluarga yang musnah atau anak-anak yatim.Semakin besar trauma dicipta di dalam fikiran anak-anak kecil ini,makin mudahlah mereka dikawal dan makin sukar mereka untuk keluar dari dunia kejam ini.
Anda akan dapat memahami kehidupan anak-anak mindcontrol ini jika memahami karakter Jenny Curran dalam filem Forrest Gump.Kehidupannya adalah skrip yang tipikal bagi seorang mangsa 'trauma-based mindcontrol'.Menyertai kelab 'stripper',menjadi bintang Playboy atau pornstar,dadah,muzik,budaya hippies dan seks...seks...seks.Adakah Jenny telah mencapai 'nirvana'nya setelah menghisap hashish dan ganja?TIDAK SAMA SEKALI.Sebab itu ada adegan dia ingin membunuh diri.Sudah tentu mangsa mindcontrol ini akan merasakan diri mereka kosong tidak bererti.Siapa yang mengambil Jenny di suatu pagi setelah bermalam dengan Forrest?Dia bukan rakan hippies Jenny,tetapi seorang lelaki tua yang aneh.Cuba teliti apakah dialog antara lelaki berumur itu dengan Jenny,di sini ada suatu rahsia penting.Mengapa Jenny seolah-olah tidak mencintai Forrest sedangkan hanya Jenny sahaja yang memahami kehidupan Forrest?Walaupun Forrest bersikap seolah-olah menjaga dan membela Jenny ketika di dalam kesusahan terutama diperlakukan sesuka hati oleh lelaki lain namun Jenny hanya menghadiahkan ciuman dan senyuman sahaja,meskipun kita tahu Forrest mengharapkan Jenny menjadi teman hidupnya.Mengapa Jenny berasa marah apabila melihat rumah bapanya dan membaling batu berkali-kali ke arah rumah tersebut dengan emosi yang amat gelap dan tertekan?
Sebenarnya Jenny adalah mangsa pencabulan seksual bapanya di rumah usang itu.Dia adalah produk keluaran dari sistem keluarga yang rosak dan mangsa incest yang kejam.Dan lihat apa yang terjadi selepas itu.Jenny cenderung untuk menjual harga dirinya,berbogel dan menjadi pelacur untuk sesuatu yang dikatakannya kepada Forrest 'untuk menjadi terkenal'.Marilyn Monroe pernah menjadi 'stripper',model Playboy isu yang pertama dan dia adalah produk mindcontrol CIA yang paling sempurna.Sungguh mudah untuk merosakkan hidup seseorang.Bagaimana Marilyn mengakhiri hayatnya?Mengapa Jenny ingin membunuh diri?
Mungkin ada yang berfikir saya terlalu konservatif berbanding orang Amerika yang lain tetapi adakah keinginan untuk menyelamatkan kehidupan kanak-kanak Amerika yang tidak berdosa adalah terlampau konservatif?Bagaimana kehidupan Britney Spears sekarang?Si 'Dumb Blonde' ini adalah Marilyn Monroe baru hari ini.Dia bintang terkenal tapi pada masa yang sama pernah menghidap sakit mental dan pernah dihantar ke hospital mental.Marilyn Monroe juga kerap kali pergi ke hospital sakit mental.Apakah maksud 'hospital mental' bagi mangsa-mangsa mindcontrol?Ia bermaksud 'masa untuk di'brainwash'.Oh,Tuhanku...ia amat menyakitkan.Kasihan mereka.Kasihan kanak-kanak Amerika yang malang itu.Jadi apabila saya membaca penderitaan kanak-kanak Iraq atau dimana-mana sahaja terutamanya akibat perang,saya seperti membaca kembali pengalaman kanak-kanak Amerika yang terselamat dari program mindcontrol CIA.Trauma.Segalanya trauma.Saya mempunyai pelbagai pengalaman sadis dan kejam tentang testimoni kanak-kanak mangsa SRA (Satanic Ritual Abuse),incest dan pencabulan seks kanak-kanak.Biar saya beritahu beberapa darinya.
Kanak-kanak kecil itu diikat di'basement' dalam keadaan ketakutan dan tidak berpakaian.Kanak-kanak itu diikat kaki dan tangannya dalam keadaan meregang.Seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang memegang batang-batang jarum mula mencucukkan jarum-jarum itu ke seluruh tubuhnya.Lelaki syaitan itu terus menyeksa kanak-kanak yang berlumuran darah itu walaupun kanak-kanak itu menangis meronta-ronta.Kanak-kanak mangsa pencabulan ritual juga kerapkali dikurung dalam sangkar seperti haiwan atau peti yang tidak membenarkan cahaya memasukinya.Ada yang dibiarkan kelaparan dan tidak dibenarkan tidur dalam jangkamasa yang panjang.Yang lainnya menjadi hamba seks,dan mula dipaksa melakukan seks oral pada usia yang tidak masuk akal.
Oh Tuhan...yang paling memilukan ialah situasi dimana kanak-kanak tadi dirogol dan dipukul oleh orang-orang yang tidak dikenali di hadapan ayah,ibu atau orang yang dikenalinya namun mereka tidak membantu malah semakin meninggalkan kanak-kanak tadi merintih-rintih keseorangan.Ini semua adalah untuk membangunkan trauma yang hebat di dalam diri kanak-kanak tadi.Dan seterusnya satu kecelaruan psikologi yang teruk.Ini dinamakan MPD (Multiple Personality Disorder).Dan semua ini adalah program mindcontrol tajaan CIA,Illuminati,Freemasonry dan senarai ini berterusan sehingga saya rasa yang menguasai Amerika sebenarnya adalah para Iblis yang laparkan daging manusia dan hauskan darah.Di sebalik dunia rock n roll dan happy go lucky gaya Amerika,tersembunyi sejarah hitam yang menghantui setiap mangsanya.Yang tidak mengalaminya terus tenggelam dengan kehidupan sehari-hari.'Yang terpilih' hidup dalam trauma dan kesedihan yang teruk.
Di sana-sini muncul ritual-ritual pelik yang menghendaki korban kanak-kanak.Dalam ritual seperti Church of Satan,wanita yang berbogel diperlukan untuk melengkapkan ritual dan kuasa ajaib.Shit!Orang-orang menyertai ritual-ritual jahanam seperti ini adalah 'sex maniac',pemabuk dan penghisap candu.Semuanya alasan untuk memuaskan nafsu syaitan mereka.
Amerika penuh dengan mimpi indah.Ini benar jika anda membesar bersama segala propagandanya,filem-filemnya,hiburannya dan 'pop culture'nya.Tetapi bagi mangsa-mangsanya,Amerika adalah 'the big dungeon' gelap yang penuh penyeksaan.
your sincerely,
No comments:
Post a Comment