Mason-Mason Melayu Bahagian VII
Orang-orang Melayu masih mampu lagi memegang politik Malaysia walaupun terpecah-pecah ideologinya.Walaupun separuh dari pelan pertama mereka berjaya iaitu meletakkan politik Malaysia di tangan para Sekularis Melayu berjaya,namun itu tidak cukup,kerana para Sekularis Melayu ini masih 'bersimpati' dengan agama mereka.Pemimpin politik Malaysia yang baru perlu dicari,jika boleh tiada kaitan langsung dengan agama Islam,dan punya kelebihan jika calon ini punya rasa benci dengan agama itu.Jika tiada,seorang Melayu perlu dilatih,supaya mampu 'bertaqiyyah' di masa-masa yang perlu,menghapuskan 'priority' agama Islam perlahan-lahan dan mendoktrinkan semua orang-orang Melayu menjadi sepertinya,punya rasa benci terhadap agama sendiri.
Ketika dua parti terbesar orang-orang Melayu bercakaran dan berpolitikus sesama sendiri,berkeliaranlah para Oportunis,Racist dan Chauvinist menunggu-nunggu peluang yang tiba.Golongan Ultrakiasu juga masih belum kebah dari demam 'kiasu' mereka.Misionaris-misionaris agama lain pula giat memurtadkan bangsa Jawi,mencari jalan dan helah untuk menjauhkan bangsa ini dari hidayah Ilahi seterusnya memadamkan laluan ramalan-ramalan akhir zaman dalam Holy Scriptures.
Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika mencari-cari masa yang sesuai untuk mencucukkan jarumnya.Namun ini amat sukar.Mereka perlukan satu situasi yang sesuai bagi menjadikan seolah-olah kehadiran mereka 'disambut' secara sah dan terhormat.
"Summon The Kraken"
Jika anda ingin bertanya
apakah maksud Kontrak Sosial
tanyakan pada Lim Kit Siang
mungkin dia lebih mengerti dari
seekor beruk yang mendapat bunga
Jika ingin tahu apakah maksud
'Penghapusan Etnik'
tanyakan pada P. Uthayakumar
Kamus Oxford pun tidak termampu lagi
menceritakan definisinya
sebaik dirinya
Tanyakan makna Sensitiviti Kaum
dan Keistimewaan Bumiputra
pada Teresa Kok
anda mungkin terkesima jawapannya
lebih bijak dari seekor anjing
dari dua biji telur dan sedikit kuah
Mintalah nasihat Dr. Mashitah
tentang Qisas dan Hudud
rujuklah tentang Negara Islam Madinah
pada DS Najib Tun Razak
mereka lebih faham dari
Tuan Guru Hadi Awang
Jangan tanya maksud 'Allah'
pada Ustaz Haron Din
tapi rujuklah ia pada
Khalid Samad,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Umno
kerana merekalah pejuang 'Tuhan'
merekalah yang 'mensucikan' nama-Nya
di muka bumi ini
bukan para ulama
bukan para mufti
mereka banyak berpolitik
mereka banyak membodek
mari kita suburkan Pluralisme
kita jadikan Hukum Tuhan
sebagai tisu tandas paling mahal
di hotel yang bernama 'Malaysia' ini
jika mahu menangis
tanyakan pada Faisal Tehrani
"ayuh,menangislah!...menangislah....!"
Politik Malaysia unik kerana keadaannya yang bercampur-maur.Atau kita namakannya sebagai 'Rojak Politik Malaysia'.Malaysia secara istilah teknikalnya mengamalkan sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan.Demokrasi adalah 'kain kanvas' yang menutupi sistem politik Malaysia,namun warisan turun-temurun raja-raja Melayu dikekalkan.Ketua negara Malaysia adalah Yang DiPertuan Agong,bukannya Perdana Menteri.Namun,sepertimana negara-negara demokrasi lain,yang 'buat kerja' adalah Perdana Menteri.Secara jujurnya,ramai yang beranggapan semua sultan-sultan Melayu ini ibarat lambang dan perhiasan negara sahaja.Mereka diberi upah dari jerih perih nelayan,petani,buruh kasar,pekerja kilang,penoreh getah dan sebagainya semata-mata untuk bermegah dengan pangkat,simbol dan gelaran dan hidup bermewah-mewahan.Namun ini tidak semestinya betul.Ada orang bukan Melayu sendiri yang amat faham kepentingan kedudukan raja-raja Melayu ini dalam percaturan politik Malaysia.
Raja-raja Melayu ibarat pertahanan terakhir orang-orang Melayu dalam sistem politik Malaysia.Tidak diketahui siapakah 'mastermind' dalam seluruh sejarah Melayu di sebalik idea bijak ini.Orang yang menjadi 'mastermind' ini tahu fungsi raja-raja Melayu.Dan dia berkeras mahu takhta raja-raja Melayu ini dipertahankan walaupun ada sesetengah raja-raja Melayu ini bersifat dungu dan tidak tahu diuntung.Kita boleh baca kisah mereka yang berebutkan tanah,wilayah atau perdagangan (melombong bijih misalnya) sesama sendiri dan ada yang sanggup bersekongkol dengan penjajah demi mencapai maksud mereka.Raja-raja Melayu ini jika bergaduh atau bertaruh,cagarannya adalah tanah dan negeri rakyat Melayu.Contoh yang paling baik ialah Singapura.Dahulu Singapura digadaikan kepada Stamford Raffles oleh raja dan bangsawan Johor akibat perselisihan faham.Kemudian selepas merdeka,sekali lagi Singapura digadaikan atas sebab-sebab yang pelik.Siapa yang membawa British ke mari?Raja-raja Melayu!
Namun 'mastermind' ini faham,jika institusi raja-raja Melayu ini hancur,maka perlahan-lahan bangsa Melayu juga akan hancur.Ini kerana segala lambang,kebesaran,dokumen,sifat,tabiat,ciri dan sejarah Kemelayuan adalah ditangan raja-raja Melayu ini.Orang-orang Melayu moden hari ini tidaklah 'seMelayu' raja-raja mereka.Raja-raja mereka masih sanggup bertengkolok,bersampin dan berkeris di zaman Internet dan koridor maklumat ini.Raja-raja Melayu masih setia ber'beta',berpatik-patik,mencemar duli,bersiram dan bernobat dikala anak-anak Melayu lebih mengenal 'chatting','ym','Facebook','twitter','indie','gig' dan sebagainya.Warisan kemelayuan seperti keris purba,istana,kitab-kitab dan protokol istana yang dijaga sejak zaman-berzaman masih dijaga rapi oleh kerabat diraja ini.Kita mungkin hairan tentang bangsa Melayu (terutama di Malaysia) yang tiada punya kesan-kesan fizikal agung seperti istana purba,kota yang megah-megah,bangunan seperti Angkor Wat atau Piramid dan sebagainya namun sebenarnya kunci kepada teka-teki ini berada pada warisan yang masih tertinggal pada raja-raja Melayu ini.JIka tiada yang sanggup bertengkolok di era Nuklear ini,siapa lagi??
Cuba tanya kepada Harold MacMichael,siapa yang suruh dia meminta tandatangan raja-raja Melayu perihal Malayan Union.Mengapa British sebagai empayar penjajah paling hebat dan terbesar di dunia tidak mampu menyepak takhta raja-raja Melayu ini;biar raja-raja Melayu ini tersepuk tersungkur tertiarap membisu.Sepanyol mampu menenggelamkan sultan-sultan Manila dan Sulu di dalam Laut Sulu,Belanda mampu membenamkan raja-raja Jawa di Tangkuban Perahu namun apakah masalahnya dengan British dengan raja-raja Melayu yang degil ini?What's wrong with you hah?
Ada sebab mengapa British mengirim Harold MacMichael kepada raja-raja Melayu dengan pena dan kertas,bukannya dengan meriam atau pistol.Sama aneh seperti idea 'penghapusan identiti dan sastera' Melayu ketika beratus tahun menjajah Tanah Melayu,bukannya penghapusan etnik.Bagaimana identiti Melayu di Filipina boleh dihapuskan,bahkan agama sekali sehingga orang Filipina hilang budaya dan menghadapi kecelaruan identiti namun perkara ini tidak berlaku di sini.Adakah Sepanyol penjajah paling hebat dan berkuasa daripada Empayar British?Tidak sama sekali.Bahkan Britishlah penjajah paling jahat dan kejam dalam sejarah.Sepanyol tidak mampu menjajah seluas British.Perhatikan bagaimana Kerajaan British mengupah privateer di Lautan Atlantik bagi mengacau kapal-kapal Sepanyol.Inilah permulaan kepada cerita Pirates of Caribbean.Lanun-lanun Inggeris mendapat sokongan secara senyap bagi menghapuskan dominasi laut oleh Belanda dan Sepanyol di Benua Amerika.Siapakah Sir Francis Drake?Seorang privateer dan juga seorang lanun bagi pihak Inggeris dan dia ialah seorang bangsawan Inggeris.
Di dalam catur,Tembok (castle) bukanlah serangan utama ketika menyerang namun masih tetap berbahaya dalam keadaan tertentu.Tembok juga mampu memasang perangkap.Begitu juga dengan raja-raja Melayu.Contoh yang paling terbaik adalah kes yang berlaku di Perak dahulu selepas pilihanraya yang lalu.Di atas kertas,sepatutnya DAP boleh melantik Menteri Besar dari kalangan mereka,namun ini tidak berlaku.Undang-undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan jawatan itu hanya boleh di sandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.Ini yang membuatkan darah DAP mendidih kepanasan.Jika boleh bukan gambar ADUN yang melompat parti itu yang dijadikan alas kaki tempohari,tetapi gambar Sultan Perak.Kita boleh lihat banyak pengajaran dari sini.Negeri Perak majoritinya ialah orang-orang Melayu.Ia bukan seperti Pulau Pinang.Namun DAP hampir-hampir menabalkan rajanya di sana kerana hasil perpecahan orang-orang Melayu.Di atas kertas,ya...DAP sudah menang dan Perak berada di bawah mereka sebenarnya.Namun realiti 'mimpi ngeri' ini telah diselamatkan oleh peranan yang dimainkan oleh Sultan Perak.Sultan Perak ibarat Tembok buah catur tadi.Namun imej Sultan Perak yang asalnya menjadi hero orang-orang Melayu ini dipolitikkan secukup rasanya oleh para Sekularis Melayu dungu yang mengambil kesempatan.Undang-undang negara bagi mereka adalah karpet kecil 'welcome' buat penyambut tamu sahaja.Sultan Perak memanglah bekas hakim namun menjadi hakim tidak semestinya tahu selok-belok konspirasi politik.Sultan Perak akhirnya menjadi bola sepak di antara UMNO dan PAS dengan DAP sebagai penontonnya.Sultan Perak yang di pagi harinya menjadi hero orang-orang Melayu menyelamatkan negeri Perak dari jatuh ke tangan Chauvinist Malaysia bertukar di petang harinya menjadi sasaran kemarahan orang-orang Melayu yang berarak dan ada yang sanggup menghalang kereta Raja Muda dengan berbaring di atas jalan.Orang yang berarak ini adalah mangsa eksperimen 'childs politic' UMNO yang terburu-buru memburu kuasa yang jatuh di Perak.Bagaimana mahkamah mengesahkan keputusannya kemudian bertukar iklim apabila dirayu sehingga hakim yang memutuskan Menteri Besar yang asal sebagai sah dituduh membuat kesilapan.Itulah UMNO,para Sekularis yang memijak undang-undang sebagai karpet merah ke Perhimpunan Agungnya.
Moralnya,kes ini memberitahu kita beberapa perkara.Demokrasi tidak mampu menyelamatkan orang-orang Melayu dan Islam WALAUPUN MEREKA MEMPUNYAI SEBAB YANG KUAT UNTUK MENANG SECARA DEMOKRASI,IAITU KUASA MAJORITI.Jadi cara untuk menghapuskan kelebihan ini ialah pecahkan majoriti ini.Jadi undi Melayu akan terpisah-pisah kepada parti-parti politik berbeza,pada masa yang sama pengundi kaum lain bersatu dalam satu parti politik.Keduanya,DAP sepatutnya mampu melantik 'raja' mereka untuk mentadbir Perak melalui prosedur biasa namun tertahan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Pelan pertama berjaya,namun pelan kedua gagal akibat masalah ini.Pada masa yang sama,rupa-rupanya raja-raja Melayu ini adalah benteng terakhir kepada survival politik Melayu.Ini ditampilkan dari peranan yang dimainkan oleh Sultan Perak.Seterusnya,kecelaruan yang berlaku di Negeri Perak berlaku akibat kebodohan orang-orang Melayu sendiri dan ini ditampilkan dalam dua senario.Pertamanya perpecahan undi Melayu menyebabkan 'priority' Menteri Besar Perak mampu dicabar oleh DAP di atas kertas.Dengan kata lain,jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa yang juga pernah membicarakan kes Pulau Batu Putih,orang-orang Melayu akan berputih mata,kerana DAP berhak menang.Keduanya,kerakusan UMNO mewakili para Sekularis Melayu memburukkan keadaan,dan kerana kegelojohan para Sekularis Melayu ini,Sultan Perak dihina oleh orang Melayu yang menjadi zombie-zombie 'childs politic' dan ini seolah-olah melunaskan dendam DAP pada raja orang-orang Melayu Perak ini.
Kebingungan raja dan bangsawan Melayu sehingga menggadai negeri kepada penjajah nampaknya diulangi atau diwarisi oleh 'mereka-mereka' yang terlebih berpolitik ini,terutamanya para 'bangsawan' UMNO.Mereka tidak serik-serik dan tidak mahu belajar dari sejarah.Setiap hari difikirkan bagaimana mahu menambah binaan rumah atau merenovasinya.Setiap kali renovasi rumah-rumah bangsawan UMNO ini boleh mencecah angka 3 juta.Alangkah baiknya jika jumlah ini disumbangkan kepada para marhaen yang miskin papa kedana seperti yang ditonton dalam rancangan Bersamamu di TV3.Jika ditanya-tanya,mereka melenting,ini hasil usaha kami,mengapa perlu sibuk-sibuk.Akhirnya rakyat marhaen disalahkan kerana suka meminta-minta,pemalas dan ketagih subsidi.Padahal para tauke,konglomerat dan korporat yang ketagihkan rasuah tidak pula dituduh peminta subsidi kerajaan.Ahli korporat yang keparat inilah yang mencuri wang subsidi rakyat.Namun bagi mereka istilah subsidi diganti dengan 'suntikan dana'.Sudahlah berniaga pun tidak pandai,bila gagal minta 'subsidi' kerajaan.
Rumah-rumah bangsawan UMNO ini seperti mahligai atau resort.Mereka bangga menjadi kaya padahal kekayaan itu disokong oleh rakyat.Bangsawan UMNO tidak pedulikan hal-hal agama.JAKIM adalah produk melepaskan batuk di tangga mereka.Dakwah?Ya,bangsawan UMNO juga berdakwah,caranya ialah melalui Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia atau YADIM.Inilah 'badan dakwah' paling lawak antarabenua.Tenggelam timbul.Hidup segan mati tak mahu.Sempat juga timbulkan kontroversi dengan bekas mufti kontroversi seMalaya,siapa lagi kalau bukan Dr. MAZA.Sila bandingkan YADIM dengan pergerakan mubaligh Kristian seluruh Sabah.Bagai langit dengan bumi.Sikap bangsawan UMNO yang materialistik+dungu+sombong+mengabaikan agama sendiri ini berpotensi sebagai pemangkin mempercepatkan lagi kepupusan orang Melayu di Malaysia.Ini belum lagi ditambah dengan masalah orang yang sepatutnya menegur mereka namun semakin cacamarba sikapnya,iaitu PAS.
PAS memang sempurna dari segi konsep dan ideologi namun cacat dari segi teknikal dan pelaksanaan.PAS masih degil dengan pendekatan dakwah yang keras dan berbentuk menghukum.PAS masih kurang matang dalam pendekatan dakwah yang berhikmah.Bagaimana tu?Belajarlah dari usaha dakwah nabi s.a.w.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memberi makan setiap hari kepada seorang Yahudi buta yang memakihamunnya akibat terlalu benci dengan baginda.Itulah rutin baginda sehingga kewafatannya sehingga disambung oleh Abu Bakar As-Siddiq.Aneh bukan?Ini Yahudi Harbi yang nyata dan memang benci dengan Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.Tetapi bagaimana dengan ahli-ahli UMNO dan bangsawan mereka?Adakah mereka tidak layak kembali ke pangkal jalan?Lainlah kalau segelintir pemimpin PAS menganggap orang UMNO lebih teruk dari Yahudi.
Ordo Ab Chao
Masing-masing ada masalah.UMNO sudah maklum dengan para Sekularis,Liberalis dan manusia-manusia materialistik pemuja harta,takhta dan wanita yang berkeliaran di dalamnya.Di dalam PAS,menyorok pencandu-pencandu Islam Liberal,Wahabi tahap berat dan Syiah-syiah Melayu yang tak tahu malu.Di dalamnya juga berdiam para oportunis dan profesor-profesor kangkung yang bencikan 'Kepimpinan Ulama'.PKR?
Semua di atas dengan tambahan satu bonus;ejen-ejen Dajal.
Selamat Datang Ke Dunia Politik Melayu Yang Unik.
Keunikannya memanggil-manggil para oportunis dari kalangan Chauvinist,Racist,Ultrakiasu serta para misionari agama lain supaya memanipulasikan 'keunikan' ini.Ini samalah seperti semut-semut yang menghurung gula.Orang-orang Melayu dijamah dan disantap seperti hidangan yang amat lazat.Mereka dijamah dan disantap bukanlah dalam keadaan zaman Pak Kaduk dan Pak Pandir.Sedihnya,mereka dijamah dan disantap di dalam era Internet dan teknologi Nuklear.Orang-orang Melayu ini bukanlah dijadikan hidangan di tepi koridor-koridor sekolah tetapi di ambang koridor ekonomi dan koridor raya multimedia.Inilah nasib malang yang menimpa orang-orang Melayu di bumi sendiri.
Bagaimana tuntutan kalimah 'Allah' oleh para misionari Kristian boleh lepas ke mahkamah dan menang pula padahal sudah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan sudah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Bukankah agama Islam adalah agama rasmi negara?Ini termaktub dalam perlembagaan.Apakah makna 'agama rasmi' ini?Adakah sekadar wayang atau sebaliknya?Inilah kepelikannya jika undang-undang dibawah kaki bangsawan UMNO.Pihak-pihak yang dungu cenderung menyalahkan pihak yang satu lagi terutamanya Khalid Samad kerana menyokong penggunaan kalimah 'Allah' ini.Khalid Samad adalah ahli politik yang bijak dan terpelajar,namun beliau lebih bijak dan terpelajar jika mampu mengurangkan ketagihan kepada fahaman Islam Liberal di dalam pemikirannya dan berhati-hati dalam tindakannya kerana beliau adalah ahli politik PAS.Masalahnya PAS adalah parti berteraskan agama.Lebih baik semua ahli politik PAS ini dididik supaya menghormati Dewan Ulama PAS.Di sinilah pentingnya peranan yang dimainkan oleh Dewan Ulama PAS.Dan inilah yang membezakan PAS dengan lain-lain parti yang tujuan hidupnya hanya berhenti di dunia fana ini.Dalam hal ini PAS perlu mencantas semua 'profesor-profesor kangkung' yang bersikap seperti duri dalam daging yang membawa agenda untuk menghapuskan Kepimpinan Ulama.
Khalid Samad hanyalah ikan bilis,bagaimana pula dengan 'jerung besar' yang sepatutnya mampu mengawal undang-undang negara?Kes Altantuya dan video Lingam boleh 'disejukkan' dalam jangkamasa yang lama.Kes Menteri Besar Perak boleh dimain-mainkan keputusan mahkamah laksana bermain batu seremban lagaknya sehingga ada orang yang pernah jadi Menteri Besar tidak sampai 24 jam.Kasihan dia.Ini boleh dimasukkan dalam The Malaysian Guinness Book of Records.
JIka 'orang itu' boleh memain-mainkan undang-undang negara,kenapa tidak menggunakannya dalam masalah ini?Ini masalah berat.Boleh mencetuskan rusuhan agama.Sudahlah yang menjadi hakim pun bukan Islam,keputusan pun melanggar fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan.Jadi,adakah mahkamah sivil lebih tinggi dari Majlis Fatwa Kebangsaan?Jadi apa gunanya ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA itu?Majlis Fatwa Kebangsaan yang punya autoriti kuat pun rebah ditangan mahkamah sivil,apa yang hendak diharapkan lagi untuk melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia?Kalau begitu bolehlah disarankan semua remaja Melayu yang ketagihan arak,bersatu beramai-ramai menghantar tuntutan kepada mahkamah supaya 'dihalalkan' arak kepada remaja Melayu.Kepada pasangan-pasangan yang gemar berzina bolehlah mengajukan kes di mahkamah supaya dihalang segala bentuk 'penindasan hak asasi' mereka untuk bercengkerama berasmaradana.Majlis Agama Islam pasti kalah kerana 'majlis' segagah Majlis Fatwa Kebangsaan pun boleh terduduk di kaki mahkamah sivil apatah lagi jabatan-jabatan agama seperti JAIS ini.
Mengapa tidak bertindak 'secergas' kes Altantuya dan Video Lingam?Sebab enjin hilangkah?Atau ada sebab lain?
Apa yang para Elit ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu,para konspirator sedang merancang sesuatu.PEMERINTAHAN DARI KEKACAUAN.Mungkin saja mereka tahu emosi umat Islam akan cepat terbakar bila diusik-usik begini.Kemudian mereka sendiri yang membakar gereja-gereja.Biar keadaan menjadi lebih panas.Kemudian zombie-zombie yang bersepah di luar akan menyambung 'kerja sebenar' mereka.Ada yang membakar gereja lagi dan ada yang membalas membakar surau dan masjid.Keadaan menjadi lebih panas dan semakin tidak terkawal.Mungkin terjadi rusuhan agama.Kemudian NGO-NGO mereka membuat rayuan bantuan antarabangsa supaya mencampuri hal ehwal negara yang meruncing.
"Summon the Kraken!"
dan selepas itu Syaitan Besar pun datang dengan lagaknya berserta polis-polis dunia yang lain.
Ketika ini mungkin para Melayu-Islam yang kehabisan daya menurut sahaja saranan Faisal Tehrani,
Ayuh!menangislah....ayuh!menangislah...
menangis!.......menangis!.....
menangis!
1 comment:
faisal tehrani adalah syiah melayu.
blog ini pro syiah kot
Post a Comment