Pages

Saturday, February 6, 2010

Peristiwa 13 Mei 1969 Dalam Lipatan Sejarah



http://www.hamlau.com/rama/ilhampujangga.ram


Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.


http://www.rmp.gov.my/rmp03/mei13.htm


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969


Ringkasan Tragedi Yang Menyayatkah Hati


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.


Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.


Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.


Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.


Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.


Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.


Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.


4.00 petang dua pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.


Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina.


Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.


Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.


Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.


Khabar angin mengatakan tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan tentera selempang merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.


Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.


Namun rusuhan kaum tidak terjadi Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]


Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.


Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.


Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.


Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.


Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.


Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.


Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.


Kesimpulan Sebab berlakunya tragedi


1) Perjalanan dan kelonggaran kempen pilihanraya 1969


Kempen pilihanraya berjalan selama 6 minggu merupakan jangkamasa yang panjang, khususnya tiada batas atau sekatan bercakap bagi calon-calon yang bertanding. Mereka tidak memikirkan perasaan dan sensitiviti pelbagai kaum di malaysia. Perkara-perkara seperti hak istimewa orang melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan sebagainya telah ditimbulkan untuk memancing undi.


2) Kepentingan kaum Melayu dipersoalkan


Segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan dianggap oleh kaum bukan melayu sebagai usaha untuk kepentingan kaum melayu/bumiputera sahaja. Kaum bukan melayu digambarkan seperti golongan terbiar dan dianaktirikan oleh kerajaan.


3) Membangkitkan isu agama, kebudayaan, kerakyatan dan ketaatsetiaan


Perkara ini selalu dibangkitkan dalam kempen. Perkara yang dipersoalkan dan dibimbangkan ialah amalan demokrasi yang telah disalahgunakan oleh calon-calon. Kesilapan-kesilapan ini hendaklah dijadikan iktibar supaya sejarah hitan 13 mei tidak berulang.








PERISTIWA YANG HARUS JADI PEDOMAN




Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui peristiwa tersebut dan implikasi perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.


Peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu dan menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu. Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak . Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau Bumiputra Commercial and Industial Community (BCIC).


Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doktor, arkitek dan sebagainya. Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu.Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.


Harapan Dari Kejadian Tragedi Tersebut


Membangunkan Ekonomi Secara Seimbang dan Komprehensif


Peristiwa 13 Mei, 1969, memberi pengajaran kepada pemimpin negara agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan serta implementasi Dasar Ekonomi Baru (DEB).


DEB menjadi asas kepada program kemajuan ditambah dengan keujudan Wawasan 2020 yang diformulakan dalam tahun 1990 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara stabil ekonominya. Cabaran-cabaran yang muncul masih menggugat perlaksanaan kerangka DEB sebagai garis utama kepada tapak-tapak pembangunan dan kemajuan seterusnya.


Dalam meransangkan aktiviti pembangunan nilai murni ajaran Islam harus di terapkan dan dijadikan pegangan dan pedoman sebagai pemangkin yang bersifat membangunkan atau membawa kemajuan kepada negara.


Gabungan pemikiran intelek dan cendikiawan berasaskan ketulusan dan syariat budaya murni dan mulia mampu membangkit dan mencakupi segala aspek keseimbangan pembangunan bagi melahirkan ummah yang seimbang, ´ummatan wasata´. Walau pun maksud ´wasata´ yang ditujukan pada ummah ini hanya bermaksud seimbang dari segi emosi dan mental, fizikal dan kerohanian, intelek dan kemampuan, potensi dan keupayaan dan seterusnya.


Dasar keseimbangan yang menyeluruh amat penting dan diperlukan adalah kerana pengalaman pahit dan hitam 13 Mei mengajar bahawa pembahagian kek ekonomi yang adil mampu meredakan perbalahan atau perselisihan antara warga yang berbilang kaum. Ertinya, keseimbangan dalam pembahagian kek ekonomi negara dan secara komprehensif ini mampu menyatupadukan seluruh warga Malaysia.


Meski pun dapat diterima bahawa pembangunan ekonomi bukanlah semestinya menjadi satu-satunya cara untuk mencapai perpaduan pelbagai kaum, namun aspek ekonomi mampu melonjakkan keperluan untuk mengekalkan perpaduan.


Satu perkara yang perlu diingati di sini ialah apabila konsep keseimbangan ´wasata´ ini diterima pakkai, tersirat didalamnya ialah kejujuran dan keikhlasan. Ini adalah dua faktor ´ke dalam´ yang amat penting dan sering menjadi perhatian dan komentar pelbagai pihak.


Cabaran sebenar ialah persaingan; cepat merebut peluang yang terhidang; mempunyai kelebihan (edge) dalam bidang-bidang strategik dan utama; mampu menarik minat pelabur, rakan-kongsi; mempunyai teknologi yang sesuai (hands on) dan canggih (state of the art); dan sebagainya.


Penggabungan antara ilmu dan nilai ini pastinya menjadikan ´perkhidmatan´ kepada masyarakat bertambah berkualiti. Apa lagi bila ekonomi, sebagai ilmu, adalah juga bererti sebagai alat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan sasaran


Apa yang jelas, walau apa situasi dan kondisi sekali pun, nilai moral dan etika dalam kegiatan ekonomi perlu dipastikan tidak terhakis. Ini kerana nilai-nilai inilah yang bakal menjamin kesinambungan pembangunan yang berterusan, tanpa diganggu-gugat oleh unsur ketidakadilan, pengeksploitasian, diskriminasi dan sebagainya.


Malaysia perlu melakukannya perkongsian bestari, makmurkan jiran sebagai asas menuju kearah kesejahteraan. (As-Sunnah), ummah terjamin keselamatannya.


Buat Renuangan Bersama - Tragedi pemikiran Melayu
Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ


KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.


Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.


Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.


Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.


Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.
Itu pengaruh penjajah.


Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.


Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.


Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?


Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.


Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.


Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.


Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.


Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.
Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.


Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.


Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.


Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.


Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.


Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.


Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.
Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.


Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.


Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.


Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.
Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.


Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?


Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.


Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?


Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.


Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.


Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.


Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.


Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.


Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.


Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.


Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.
Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.


Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.


Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.


Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.


Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.


Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.


Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.


Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul.


Tesisnya silap.


Tetapi itulah minda Melayu sekarang.


Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
newruyle_ayynne85
May 31 2006, 03:50 PM
Perarakan kemenangan pihak pembangkang iaitu Gerakan dan DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. 

Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Sejarah Gerakan Mahasiswa sudah terhasil sejak awal 70an lagi. Kampus Universiti Malaya merupakan nadi kepada Gerakan Mahasiswa.
Rusuhan kaum Mei 1969, telah mengejutkan presiden MCA, Tan Siew Sin sehingga mengugut menarik partinya keluar daripada kerajaan. 

Akhirnya, MCA menarik diri dari kerajaan namun kekal dalam Perikatan

GAMBAR: Tan Siew Sin (kiri) ialah Presiden Ketiga MCA selepas Tun Tan Cheng Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu (kanan).
Kemusnahan Kuala Lumpur selepas tragedi 13 Mei.
Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Ketika itu, DAP berarak ke rumah Datuk Harun mendesak beliau meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei 1969 kerana DAP telah menang besar di dalam pilihanraya.
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, Kuala Lumpur. 

Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. 

Pemuda-pemuda Cina telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan berikutan dengan pengisytiharan darurat di seluruh negara yang berkuatkuasa pada 16hb Mei 1969. 

Dengan pengisyhtiharan darurat ini sistem Kerajaan Berparlimen termasuk Dewan-Dewan Perundangan Negeri telah dibubarkan. 

Pengisyhtiharan darurat ini dilakukan akibat berlakunya Tragedi 13 Mei yang hampir menghancurkan keutuhan negara. 

Tujuan penubuhan MAGERAN adalah untuk menghadapi keadaan darurat dan mengembalikan semula negara kepada keadaan sediakala. 

Timbalan Perdana Menteri kepada Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Pengarah MAGERAN yang anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai tadbir kanan kerajaan dan pihak perkhidmatan tentera dan polis.
Dasar Ekonomi Baru adalah satu dasar yang telah digubal pada tahun 1970 sejurus berlakunya peristiwa berdarah tragedi 13 Mei 1969.

Dasar pecah dan perintah yang sekian lama telah menjadi cara untuk penjajah sebelum ini menguruskan negara telah menjadi faktor paling dominan yang menyebabkan wujudnya jurang antara masyarakat berbilang kaum. Hal ini menjadi lebih ketara jika kita merujuk kepada perbezaan dari aspek sosial dan ekonomi. 

Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. 

GAMBAR: Perhatikan bendera negeri Selangor masih dipasang di Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum terwujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tugu Negara diletupkan komunis pada 26 Ogos 1975.
Tahun 70an adalah tahun-tahun kebangkitan semula komunis.

Komunis turun dari persembunyian mereka di sempadan Malaysia-Thailand dan melakukan hura hara di Raub-Jerantut, Ipoh-Tanjung Rambutan dan sampai ke Kuala Lumpur. 

Komunis berjaya membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur pada tahun 1974 semasa beliau dalam perjalanan ke pejabatnya. Tun Hanif Omar kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara termuda di dalam sejarah negara pada umur 34 tahun. 

PKM juga berjaya menembak mati Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Kong di Ipoh pada tahun 1975. 
Pada 15 Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. 

Tun Hussein Onn telah melantik Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

Jenazah beliau diterbangkan dari London ke Lapangan Terbang Subang.
Pilihanraya 1974.
Tun Razak melawat China dalam tahun 1974 dan disambut mesra oleh Pengerusi Mao Zedong dan Perdana Menteri Chou En-lai.

Pada tahun 1960, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Komunis termasuk Russia kecuali Republik Rakyat China. Hubungan itu diwujudkan adalah atas dasar keselamatan negara Malaysia. 

Dengan kata lain, semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah mengubah dasar diplomatik. Demi mewujudkan kekebalan dan keutuhan semula hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

Diantara dasar yang dipinda adalah soal keselamatan kerana usul ini mampu mempengaruhi China agar tidak menyokong Parti Komunis Malaya kerana China menginginkan keamanan sejagat yang bebas dari unsur ketidakselamatan dan ancaman terhadap negara itu.

Selain itu, pindaan dasar dilakukan kerana berlaku dwi warganegara di Malaysia. Yakni, rakyat negara China yang menetap di Malaysia mempunyai 2 kerakyatan iaitu China dan Malaysia. Ini menimbulkan masalah bagi negara Malaysia. 

Setelah perbincangan dijalankan diantara Malaysia dan Republik Rakyat China. Malaysia mengisytiharkan rakyat China yang menetap di Malaysia diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia tidak lagi mempunyai dua kerakyatan.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972.
Tun Dr Ismail dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1970.
Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. 

Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Zedong.
Tun Razak menghadiri mesyuarat kedua Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Ottawa, Kanada pada Ogos 1973.

Tun Razak mendapat tahu tentang kematian Timbalannya, Tun Dr Ismail ketika beliau berada di sana.

GAMBAR: Ottawa, Kanada.
Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr Ismail meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
Pada 1 Mei 1947, Malayan Airways Limited atau MAL telah memulakan perkhidmatannya. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan oleh Straits Steamship Company, the Ocean Steamship Company dan Imperial Airways. Ia dimulakan oleh sebuah kapal terbang jenis Airspeed Consul.

Syarikat penerbangan MAL ini dinamakan semula menjadi Malaysian Airways apabila Persekutuan Malaysia ditbuhkan pada tahun 1963 dan pada tahun 1967 ia bertukar nama lagi kepada Malaysia-Singapore Airline (MSA). Setelah Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia ia dinamakan pula Malaysian Airline System (MAS).
Banjir Besar 1971.

GAMBAR: Dataran Merdeka.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. 

Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Pada 22 September 1970, Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri secara rasmi apabila Tunku Abdul Rahman bersara. 

Di samping itu, Tun Razak juga memegang jawatan sebagai Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.
Barisan Nasional dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan.

Tujuan murni penubuhan Barisan Nasional adalah bagi menyatukan kesemua pihak-pihak yang menyokong serta pihak-pihak yang menentang kerajaan. 

Hasil daripada musyawarah yang bernas diterajui oleh Tun Abdul Razak, maka parti-parti yang dahulunya pembangkang telah menyertai Barisan Nasional. Gerakan di Pulau Pinang, SUPP di Sarawak, PPP di Perak malah PAS telah menyertai Barisan Nasional. Cuma DAP sahaja yang tetap dengan perjuangan mereka, tidak menyertai Barisan Nasional.

Sejarah Barisan Nasional merupakan sejarah usaha menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dipelopori oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Parti Perikatan perlu di “re-branding” bagi melupakan pihak-pihak yang bertelagah tentang masa silam yang hitam. Latihan memperbaharui Parti Perikatan adalah sebenarnya pencarian satu formula baru bagi menyatukan semua kaum-kaum di bawah satu naungan kerjasama yang baharu. 

Resipi kejayaan Barisan Nasional adalah berdasarkan formula perkongsian pintar antara kaum.
Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan isteri, Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Norashikin Mohd Seth.
Potret keluarga Allahyarham Tun Razak bersama isteri, Toh Puan Rahah dan anak-anak.
Dato' Seri Anwar Ibrahim memulakan Gerakan Mahasiswa era 70an.
Allahyarham Datuk Harun Idris (ber'bush jacket' hitam).
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.
Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pada 4 Mei 1969, tiga peronda polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. 

Mayatnya disimpan oleh pihak Parti Buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. 

Permohonan untuk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat, iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke Kuala Lumpur. 

Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur sambil mengibarkan bendera komunis dan gambar Mao Zedong serta menghina org Melayu dengan kata-kata 'Malai-Si' (Matilah Melayu).                                                            





1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas info, Tuan.

Sila Like page Tanda Putera di:
www.facebook.com/TandaPutera

Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

Terima kasih.