Pages

Saturday, February 6, 2010

Hikayat 11 (Freemasonry)

Hikayat 11 (Freemasonry)

Sasaran penyesatan Iblis Laknatullah (Azazel, The Fallen Angel, Watcher, Lucifer) melalui agennya Dajjal Laknatullah (AntiChrist) tidak kira sama ada dia seorang Muslim atau tidak.

Di dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam telah disebutkan tentang Iblis yang menyimpan dendam ke atas bangsa manusia. Ini adalah dendam dua makhluk Tuhan yang berbeza. Di dalam hadis nabi pula (percakapan lisan dari Nabi Muhammad S.A.W) ada menyebutkan tentang Dajal, iaitu seorang manusia berwatak syaitan yang bercita-cita menguasai dunia dan akhirnya menjadi Tuhan memerintah dunia ini. Banyak penafsiran tentang Dajal ini, tidak seperti Iblis yang memang diketahui akan sifat-sifatnya. Terdapat dua kategori utama, Dajal sebagai satu anasir kejahatan yang menyerang dunia dan yang kedua, berbentuk manusia yang merancang pelbagai strategi kejahatan.

Kedua-duanya adalah benar. Dajal adalah seorang manusia. Dan dia telah merancang pelbagai strategi untuk menguasai dunia. Hasilnya timbul satu anasir kejahatan berbentuk besar-besaran yang sistematik, tersusun dan mantap. Dajal telah hidup beribu-ribu tahun. Dia adalah termasuk dalam makhluk yang dilengahkan ajalnya (al-Muntazhor) sebagaimana Iblis. Dengan usianya panjang,dia mampu mencapai teknologi yang berusia beratus tahun kehadapan. Di dalam hadis nabi, Dajal digambarkan sebagai manusia yang mempunyai mata satu, iaitu mata sebelahnya mengalami jangkitan penyakit ketika kecil. 'Mata Satu' adalah simbol kebanggaan Dajal (AntiChrist) ini.

Jika anda mempunyai wang satu dolar Amerika (1 US Dollar) sila lihat sisi belakangnya (yang tidak mempunyai wajah orang) terdapat dua mohor (seal) di situ.


Belakang wang satu dolar Amerika (1 US Dollar)

Lihat disebelah kirinya. Di mohor itu terdapat gambar piramid dengan segitiga kecil di atasnya. Lihatlah apa yang ada di dalam segitiga itu.

"The Watcher" atau "All Seeing Eye"

Mata satu apakah ini? Mengapa tidak dua, tiga belas atau lima billion?

Cuba fikir apa kaitan bangsa Amerika dengan Piramid Mesir?? Mengapa piramid dijadikan cap mohor (seal) Amerika Syarikat??? Mengapa tidak objek lain? Bison misalnya, atau orang Indian Cheeroke. Kalaupun piramid hendak dijadikan modal, mengapa tidak piramid kaum-kaum asli Amerika seperti Aztek dan Maya? Lokasi piramid itu lebih dekat di Amerika berbanding Piramid Agung. Apa kaitan budaya Amerika dengan Piramid Agung Mesir?? Mengapa menyanjungi Piramid Mesir padahal bangsa Mesir dan bangsa Amerika bukanlah seketurunan dari segi sosio-budaya mahupun bahasa. Lebih baik mereka meletakkan Stonehenge, istana-istana kuno Jerman ataupun lambang Viking sebagai cap mohor kerana ia lebih dekat dengan budaya Amerika yang berasal dari koloni-koloni Eropah yang berhijrah dari Eropah ke 'Dunia Baru' Amerika.

Cuba fikir jika anda dari Malaysia contohnya mengambil lambang Roda Asoka (yang menjadi simbol di bendera India) sebagai cop mohor di belakang wang satu ringgit anda, atau negara Indonesia mengambil Tembok Besar China sebagai lambang negaranya menggantikan garuda. Tidakkah ini sesuatu yang menarik dan pelik untuk difikirkan? Memang hebat 'integrasi budaya' di Amerika sehingga menyanjungi keajaiban Piramid Mesir lebih dari pencapaian sains dan teknologi mereka sendiri.

Siapa yang terlampau obses dengan piramid agung mesir? Apa rahsia di sebalik piramid agung mesir sehingga begitu penting ia? Apa kaitan amerika dengan piramid?

A.S.M.O.N dalam heksagram

Heksagram terdiri atas dua segitiga yang posisi saling berlawanan sehingga membentuk enam sudut. Jika heksagram kita tempatkan di atas lambang Great Seal, ada 5 sudut yang mengarah pada kata-kata bahasa latin di dalamnya. Di sisi atas tertulis kata “Annuit Coeptis” yang dalam bahasa Inggeris bererti “Announcing the Beginning of”, sedangkan pada sisi bawah Great Seal tertulis “Novus Ordo Seclorum” yang berarti “New World Order”.

Hexagram yang ditempatkan di atas Great Seal, akan mengarah pada objek masing-masing, jika menggunakan pemerhatian berdasarkan arah jarum jam (kiri-kanan), maka akan diperolehi:
• Sudut 1 menunjukkan huruf A dari kata Annuit
• Sudut 2 akan menunjukkan “The all-seeing eye”
• Sudut 3 akan menunjukkan huruf S dari kata Coeptis
• Sudut 4 akan menunjukkan huruf M dari kata Seclorum
• Sudut 5 akan menunjukkan huruf O dari kata Order
• Sudut 6 akan menunjukkan huruf N dari kata Novus

A.S.M.O.N anagram

Dengan demikian, huruf-huruf yang terkumpul adalah ASMON. Tentu sahaja ini merupakan sebuah anagram. Dan untuk mencari kemungkinan urutan katanya, dengan menggunakan software Anagram Genius V.1. akan menemukan ASMON sebagai anagram dari MASON dengan tingkat ketepatan 87%. Seperti yang kita tahu, Mason adalah ungkapan pendek dari organisasi Freemason, yang dikatakan terlibat berbagai konspirasi peringkat tinggi dan telah berhasil mengubah “wajah dunia” kita seperti sekarang ini.

Lambang dari organisasi ini adalah jangkasudut dan sesiku, tambahan pula jika lambang tersebut kita letakkan di atas Great Seal, maka akan menunjuk pada objek-objek yang sama dengan apa yang telah disebutkan di atas. Organisasi selalu menyamarkan kewujudannya di dalam pelbagai lambang yang biasanya terungkap di dalam pelbagai bentuk-bentuk geometri.

“The Great Seal” ditetapkan menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782. Gambar disebaliknya tidak pernah diketahui sampai akhirnya lambang tersebut dijadikan sebagai sebagian dari mata wang dolar ketika masa pemerintahan seorang Mason, Roosevelt. Mata yang terdapat di atas piramid Mason pada “The Great Seal” adalah “Mata Tuhan”. Mata Tuhan yang sedang mengawasi dan penglihatannya mampu menembus hati. Siapakah tuhan bermata satu??

The Great Seal

The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi berkenaan misteri yang meliputinya. Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antara lain:

• Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13
• Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13
• Pada kalimat, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13
• Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13
• Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam darjat Freemason
• Pada gambar Piramid, jumlah lapisan batu granit adalah 13 yang mewakili 13 keturunan Illuminati
• Pada kalimat Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13

Yang perlu diperhatikan adalah pada helang The Great Seal, jumlah bulu pada sayap kanan ada 32, sedangkan sayap kiri berjumlah 33. Angka 32 pada sayap kanan mewakili jumlah tingkatan pada Scottish Rite, dan 33 mewakili 33 tingkatan Freemasonry. Jumlah bulu ekor ada 9, ini melambangkan 9 tingkatan Mason yang ada di York Rite. Helang itu sendiri merupakan ikon Masonry yang telah digunakan secara luas oleh Scottish Rite.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan menemukan 13 pentagram pada sisi atas kepala helang. Pentagram-pentagram itu disusun dengan membentuk formasi heksagram atau Seal of Solomon yang lebih besar lagi. Heksagram adalah azimat yang digunakan kaum pagan untuk membangkitkan syaitan. Ini juga merupakan mewakili lucifer (666) yang terbentuk dari 6 titik, 6 sudut, dan 6 permukaan.

Lambang burung helang yang digunakan Mason menggantikan burung Phoenix sebagai simbol kenegaraan pada tahun 1841. Phoenix adalah simbol persaudaraan sejak zaman Mesir kuno. Phoenix dipakai oleh para pendiri (Founding Fathers) negara Amerika setelah rekabentuknya dibuat dan diusulkan oleh Charles Thompson, setiausaha Continental Congress.

Burung hantu Bohemian Grove

Gambar burung hantu yang berukuran sangat kecil juga muncul di sebelah kiri angka “1”, yang ada di sudut kanan atas mata wang dolar.

Lambang Freemasonry

Ini adalah lambang "Freemasonry". "Freemasonry" (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggeris pada tahun 1717. Sebahagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud (masih ingat apa itu Qabala?).

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan. Kabbalahlah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia serta lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal dan kebajikan. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki level, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajjal Laknatullah.

Jeneral Agung Jesuit (Society of Jesus) mengawal semua tahap tertinggi Freemasonry, termasuk kedua-dua Scottish Rite (Protestant) dan York Rite (Roman Catholic). Huruf G di tengah-tengah lambang Freemasonry 'Jangka dan Sesiku' merujuk kepada bukan sahaja 'Generation' dan 'Gnosticism' tetapi juga bermaksud 'Gesu'. Gesu adalah nama kepada aliran Jesuit yang terbesar dan terkuat di gereja Rom. Oleh itu, aliran ini mengawal segala perancangan ke atas Islam, Protestant (Majlis Gereja Sedunia dan Majlis Gereja Kebangsaan), Yahudi, kebanyakan organisasi Baptis dan Majlis Paus dengan satu pihak yang dipanggil The Egyptian-Luciferian Craft of Freemasonry.

Di bawah ini adalah lambang, jata atau pingat-pingat yang ditempuhi di dalam organisasi Jesuit-Freemasonry.

Level² Freemasonry

Di kalangan gereja sendiri, Freemason telah dikecam kewujudannya oleh 8 paus: Tahun 1738 oleh Clement XII dalam “In Eminenti”. Pius IX mengeluarkan 6 kecaman yang memburukkan Masonry. Leo XIII tahun 1884, dalam “Humanum Genus”, mengungkapkan bahwa tujuan utama Freemason adalah menyiksa Kristian dengan penuh kebencian, dan tidak akan pernah beristirehat sampai mereka berjaya menghancurkan institusi-institusi keagamaan yang didirikan oleh Paus. John Paul II tahun 1983 mengatakan “Anda tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Mason secara bersamaan!”

Cardinal Ratzinger juga pernah menyatakan, “Jika anda ingin menjadi seorang Mason, maka secara automatik anda akan dikeluarkan dan dikecam oleh gereja Katholik”, pernyataan ini disetujui oleh John Paul II bulan November 1983 dengan mengatakan: “Penilaian negatif gereja terhadap Mason tetap tidak berubah oleh kerana prinsip-prinsip Mason tidak dapat ditoleransi oleh doktrin gereja. Dengan demikian menjadi anggota Mason adalah suatu hal yang terlarang”

(Sumber Utama : MO)

P/s : "Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya. Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar" (At-Thaariq, 86:15-17)

No comments: