Pages

Saturday, February 6, 2010

Dajjal: Raja Konspirasi Dunia

Adakah Dajjal Penghidap Sindrom Hunter?


Oleh Ibnuyaacob
Sebelum ini saya ada menerangkan tentang kajian saya mengenai berkemungkinan Dajjal itu berasal dari suku Ashkenazi. Kali ini saya cuba menjangkau teori saya itu ke arah lebih spesifik iaitu rupa bentuknya.
AMARAN : Teori ini hanya sekadar teori, jangan terlalu berpegang kepadanya. Saya memohon agar para pembaca membacanya sekadar pengetahuan sahaja.
Adakah Dajjal Penghidap Penyakit Hunter?
Teori ini agak keterlaluan jika didengar kerana Rasulullah SAW tidak pernah langsung menyatakan Dajjal mengidap sebarang penyakit. Namun kita harus ingat, baginda meninggalkan satu klu (kata kunci) untuk menjelaskan bahawa Dajjal itu mempunyai penyakit yang kronik (pada pengkajian saya).
 Apakah klu tersebut? Klu tersebut boleh dilihat pada hadith di bawah:
Sabda Rasulullah SAW;
 ”Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
Huraian klu :
Hadith di atas menjelaskan setelah 30 tahun berkahwin barulah ibu bapanya beroleh anak. Dari segi ilmu perubatan, anak yang dikandung oleh wanita yang sudah berusia berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit genetik.
 Risiko Hamil Di Lewat Usia
 Jika merujuk kepada hadith di atas, Rasulullah SAW mengkhabarkan ibu Dajjal melahirkannya pada usia yang lewat. Untuk menyimpulkan teori rupa bentuk Dajjal ini, kita buat andaian ibu bapanya berkahwin pada usia 20 tahun.
 Hadith mengatakan setelah 30 tahun berkahwin barulah mereka beroleh anak. Jadi andaian yang boleh dibuat ialah ibu Dajjal mengandungkannya pada usia 50-an.
 
Ilmu perubatan moden mengatakan bahawa wanita yang hamil pada usia melebihi 35 tahun berisiko mendapat kandungan bermasalah. Kandungan berisiko mendapat masalah Down Sindrome.
Apakah Down Sindrome?
Simpton pesakit Down Sindrome hampir sama dengan Sindrom Hunter cuma pesakit Down Sindrome lebih lanjut usia dan ‘rupa fizikal’ mereka lebih baik daripada rupa fizikal penghidap Sindrom Hunter.
Permasalahan Down Sindrome tidak dapat saya kaitkan dengan Dajjal kerana masalah Down Sindrome dihadapi oleh semua masyarakat dunia. Manakala Sindrom Hunter pula lebih menarik untuk dikaji kerana ia hanya menyerang masyarakat Yahudi Ashkenazi.
Apakah Sindrom Hunter?
Nama asal sindorm ini ialah Mucolipidosis IV, ia digelar Sindrom Hunter kerana penyakit genetik ini mula-mula dikenalpasti oleh seorang doktor terkenal iaitu Charles A. Hunter (1873-1955), beliau mula mengkaji secara terperinci pada 1917.
Charles A. Hunter mulanya seorang ahli Fizik, dilahirkan di Scotland. Selepas menjadi doktor, Hunter berhijrah ke Kanada dan mula bekerja sebagai pengamal perubatan di Winnipeg, Manitoba.
Sindrom ini dikenalpasti Hunter sebagai dibawa oleh majoriti wanita-wanita Yahudi dari suku Ashkenazi. Disebabkan itu, penyakit genetik ini lebih cenderung atau majoritinya menyerang kebanyakan golongan lelaki Ashkenazi.
(lihat dalam laman web Albert Enstein Healthcare Network)
Ciri-Ciri Fizikal Dajjal Menurut Hadith
Berikut ialah ciric-ciri fizikal Dajjal seperti yang diterangkan dalam hadith;
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Penyakit Genetik Bangsa Yahudi Ashkenazi
Berikut di bawah adalah senarai penyakit genetik yang diturunkan Allah SWT ke atas bangsa Yahudi Ashkenazi.





  1. Bloom’s Syndrome





  2. Canavan Disease





  3. Cystic Fibrosis





  4. Factor XI Deficiency





  5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)





  6. Fanconi Anemia





  7. Gaucher Disease





  8. Mucolipidosis IV





  9. Niemann-Pick Disease





  10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia





  11. Nonsyndromic Hearing Loss





  12. Tay-Sachs Disease





  13. Torsion Dystonia
Amat menghairankan mengapa simptom-simptom dari Sindrom Hunter ini hampir bersamaan dengan tanda-tanda yang diberitahu dalam hadith. Mungkinkah sindrom ini telah lama wujud tetapi tiada pengkajian yang teliti untuk mentafsirkannya.
Adakah Ibu Dajjal Pembawa Sindrom Hunter?
Sabda Rasulullah SAW;
“Ayahnya seorang lelaki bertubuh tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang seolah-olah hidungnya adalah paruh burung. Ibunya adalah seorang wanita berbadan besar, bertangan panjang dan berpayu dara besar.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Bakar dari Tarmizi dari Hammand Bin Salamah)
Jika berhujah berasaskan teori rambang ini, saya akan berkatakan YA. Berdasarkan hadith yang disebutkan di atas, ibu Dajjal mempunyai tiga (3) ciri-ciri jelas fizikal.
Gambar di bawah menunjukkan 2 orang perempuan dewasa penghidap Sindrom Hunter.

Kesimpulan
Adakah suku Yahudi lain juga mendapat bala penyakit daripada Allah? Ya, suku Yahudi yang lain juga mendapat penyakit genetik. Namun, penyakit-penyakit yang dihidapi tidak ketara dalam bentuk fizikal seperti suku Ashkenazi.
Teori sama ada Dajjal itu menghidap Sindrom Hunter atau tidak mungkin terlalu spesifik. Dan saya mengharapkan para pembaca tidak berpegang pada teori yang masih samar-samar ini. Kajian ini hanyalah sekadar mencari bukti-bukti berbentuk fakta untuk melihat kebenaran hadith-hadith Rasulullah SAW.
Wallahu’alam…
Gambar-Gambar Pesakit Sindrom Hunter
 

Asal Usul Keturunan Dajjal

May 4, 2008 · 4 Comments



oleh Ibnuyaacob
Hipotesis
                    “Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”
Di atas adalah pernyataan teori saya tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini saya ingin menjelaskan mengapa saya beranggapan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.
Apa itu Ashkenazi?
Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.
Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi  yang digelar Bani Israel.
Populasi Suku Ashkenazi?
Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.
Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?
Pandangan peribadi saya ialah YA.
Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:
 # 1 (Pertama)Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.
“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”
=>> Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.
=>> Yahudi Isfahan mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka.
# 2 (Kedua)Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.
Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:
  • Politik Antarabangsa
  • Ekonomi Dunia
  • Hiburan dan Perfileman
Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.
# 3 (Ketiga)Berdasarkan pendapat Janet Moser 
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.
Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:
“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”
P/S: Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atay tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Nair dan Muhammad Isa Dawud. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi.
Permasalahan Suku Bangsa Asal Dajjal
Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:
  • Mizrahi
  • Khazar
  • Sephardi
  • Askhenazi
  • Samaritan 
Tetapi dalam suku-suku di atas saya berkeyakinan (InsyaAllah) Dajjal itu adalah dari suku Ashkenazi di atas beberapa fakta.
 # Fakta 1: Tokoh-Tokoh Suku Ashkenazi
Ada beberapa sebab tertentu mengapa saya cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…
  • Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.
  • Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi
  • Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi
  • Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi
Beberapa Latar Belakang Tokoh Ashkenazi yang perlu diketahui
(Gambar) Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx dan Albert Einstein.





  1.  Albert Eistein,merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.





  2. Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).





  3. Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.





  4. Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.





  5. Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal)
Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.
“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya”

# Fakta 2 : Misteri Angka 13
Terdapat fakta lain yang lebih menyakinakn saya tentang suku Ashkenazi ini. Fakta itu ialah tentang malapetaka penyakit yang ditimpakan Allah ke atas suku ini.
Angka tiga belas (13) amat menarik untuk dikaji dan dijadikan hujah kukuh. Allah telah menimpakan 13 jenis penyakit “wajib” atas suku ini. Maksud perkataan wajib itu ialah setiap 25 hingga 40 orang dari suku Ashkenazi akan terkena salah satu penyakit genetik ini. Sumber adalah berdasarkan statistik dari Jewish Genetics Centre.
Sesungguhnya penyakit genetik Ashekanazi ini mempunyai 13 jenis:
1. Bloom’s Syndrome
2. Canavan Disease
3. Cystic Fibrosis
4. Factor XI Deficiency
5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
6. Fanconi Anemia
7. Gaucher Disease
8. Mucolipidosis IV
9. Niemann-Pick Disease
10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
11. Nonsyndromic Hearing Loss
12. Tay-Sachs Disease
13. Torsion Dystonia
(Sumber : www.jewishgeneticscentre.org)
Penyakit ini sebanyak 90% melanda masyarakat Yahudi Ashkenazi di Israel. Kadang kala ia dihidapi juga oleh orang-orang Yahudi di Amerika dan Eropah. Namun ia tetap menyerang golongan Yahudi suku Ashkenazi walau di mana mereka berada.
Dan saya percaya ibu bapa Dajjal mengidap salah satu penyakit di atas dan saya juga percaya Dajjal salah satu penyakit di atas.
Fritz Springmeier (pengkaji konspirasi Yahudi) menyatakan Dajjal berasal dari salah satu 13 keturunan pilihan.13 keturunan itu ialah:
1. Keluarga Astor
2. Keluarga Bundy
3. Keluarga Collins
4. Keluarga DuPont
5. Keluarga Freeman
6. Keluarga Kennedy
7. Keluarga Lee
8. Keluarga Onassis
9. Keluarga Reynolds
10. Keluarga Rockefeller
11. Keluarga Rothschild
12. Keluarga Russell
13. Keluarga Van Duyn
# Fakta 4 : Ujian Kecerdasan IQ
Walaupun suku Ashkenazi dimudharatkan dengan 13 jenis penyakit mutasi, namun Allah berkehendak ke atas mereka untuk menjadi suku bangsa paling bijak dari suku-suku lain.
Muhamad Isa Dawud pula sering menggunakan perkataan-perkataan ini untuk membahaskan tentang Dajjal, iaitu
“anak genius itu….” atau “….yang genius itu”
Pada mulanya saya hanya beranggapan Muhammad Isa Dawud sengaja menggunakan perkataan “genius” untuk membezakan Dajjal dan manusia biasa. Tetapi gelaran yang diberikan Muhammad Isa Dawud memang benar.
Menurut Danial A. Segal, seorang pakar antropologi, kajian ke atas tahap IQ bangsa Yahudi Ashkenazi mendapati mereka mengatasi suku-suku bangsa lain di dunia. Mereka mencatat 7 – 12 mata dan ke atas bagi setiap kajian.
Berikut adalah Ujian IQ ke atas sampel Yahudi Ashkenazi berdasarkan dari 6 sumber.
Source
Sample sizes. Number of Ashkenazi Jews tested.
Average IQ Ashkenazi Jews in USA and/or UK
Backman 1972
1236
107.8 verbal IQ
Backman in present study
150
107.5 crystallized IQ
Lynn
Estimated
103.5 Ashkenazi Jews in Israel
Storfer
Suggested IQ
112
Bachman 1970
Lesser than 100
112.8
Herrnstein/Murray 1994
59
112.6
Atau lihat buku-buku berikut:
Daniel A. Segal ‘The European’: Allegories of Racial Purity, Anthropology Today, Vol. 7, No. 5 (1991), muka surat. 7-9
Barnett, Susan M. and Williams, Wendy (2004). “National Intelligence and the Emperor’s New Clothes”. Contemporary Psychology: APA Review of Books 49 (4): muka surat 389-396.
Saya juga sarankan anda baca kajian oleh Gregory Cochran, Jason Hardy dan Henry Harpending dalam jurnal mereka yang bertajuk ‘Natural History of Ashkenazi Intelligance’.
Klik link ini untuk download (format .pdf)
Kaitan Ashkenazi dan Dajjal : persoalan-persoalan yang timbul
  • Sekiranya Dajjal bukan perancang bagi segala kemusnahan dunia mengapa semua kekayaan dunia dan pemerintahan dimiliki oleh golongan elit Yahudi Ashkenazi?
  • Mengapa suku Ashkenazi amat berpengaruh dan sedang meluaskan pengaruhnya dari tahun 1800 hingga sekarang?
  • Mengapa Dajjal memilih suku ini dari suku-suku lain untuk memimpin kumpulan-kumpulan sulit Yahudi seperti Bilderberg, Skull and Bones, Illuminati, Trilateral Commission, Freemason dan Council on Foreign Relationship?
  • Mengapa hanya keturunan keluarga Rothschild dan Rockefeller sahaja yang dipilih untuk menguasai ekonomi dunia sejak 300 tahun dahulu?
  • Mengapa konspirator-konspirator Yahudi dari suku lain (misalnya Mizrahi dan Sephardi) tidak membantah penguasaan Rothschild dan Rockefeller?
  • Adakah mereka semua telah ketahui bahawa Rothschild dan Rockefeleer adalah keluarga terpilih oleh Raja mereka?
  • Ataupun adakah suku-suku Yahudi lain telah pun mengetahui bahawa Dajjal berasal dari suku ini?
Oleh kerana persoalan-persoalan inilah yang membuatkan penulis amat yakin suku Ashkenazi adalah suku asal Dajjal. Dan Dajjal sudah tentu mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memilih sukunya sendiri.
Kesimpulan
Umum mengetahui bahawa dunia hari ini dikuasai oleh bangsa Yahudi dari segala aspek bermula dari politik hinggalah ke dunia hiburan serta pendidikan.
Tetapi masyarakat dunia (khususnya umat Islam), tidak mengetahui bahawa kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Ashkenazi. Dan ramai juga yang tidak tahu, mengapa.
Wallahu’alam…

Bukti Dajjal Adalah Manusia (Bahagian 2)



oleh Ibnuyaacob
Sebelum ini saya telah membentangkan hujah pada bahagian 1 tentang mengapa tanggapan (Hipotesis) bahawa Dajjal sebagai suatu ‘konsep’ tidak boleh diterima. Kali ini saya akan membentangkan hujah ke-2 berkenaan Mengapa kita perlu percaya bahawa Dajjal itu manusia.
Saya juga meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Dajjal itu manusia bukan sahaja atas faktor hadith, tetapi melalui pembuktian perkembangan yang berlaku dalam sejarah dunia khususnya benua Eropah. Perkembangan yang berlaku ini sejak ratusan tahun dahulu didapati selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu juga.
Berikut adalah sebab kedua mengapa saya katakan Dajjal itu manusia:
  • Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis
  • Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi (Paderi Yahudi)
  • Pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam Protokol Pemimpin Zionis
Bukti 1 : Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis

Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang Profesor Undang-Undang di universiti Ingoldstald, Perancis. Sepanjang penubuhan Illuminati ini, Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 Mei 1776 yang merangkumi perancangan-perancangan Illuminati untuk menguasai dunia bermula dengan negara-negara Eropah.
Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa Yahudi dapat menguasai dunia dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja perancangan ini telah diedarkan oleh untuk semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada 1784 semasa membawanya di Perancis.
Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen rahsia ini dan mengedarkannya ke seluruh Perancis dan beberapa negara Eropah sebagai tanda amaran akan bahayanya pertubuhan Illuminati. Dokumen tersebut dikeluarkan semula dengan tajuk “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.

Pada 1789, salah seorang pemimpin Freemason iaitu Robinson yang kurang sefahaman dengan Weishaupt telah menerbitkan suatu buku bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions”. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada golongan Diraja Perancis tentang perancangan Weishaupt untuk mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu 1789.
Dimana kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Dajjal?
Hujah yang akan saya kemukakan untuk mengukuhkan pendapat bahawa Dajjal itu adalah manusia ialah dengan membawa pembaca merujuk kepada dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions” dan “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.  Kedua-dua dokumen ini adalah pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada 1780-an.
Persoalannya, dokumen tersebut mengandungi perancangan rahsia yang menyebut tempoh 300 tahun. Dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, mampukah kita merancang sesuatu perkara dengan mengambil tempoh yang begitu panjang ?
Di dalam dokumen tersebut menyebut bagaimana melaksanakan revolusi-revolusi di seluruh Eropah. Kemudian dokumen itu juga menyebut bagaimana menjatuhkan pemerintahan beraja negara-negara Eropah. Dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan perancangan seluruh Eropah, ia memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Eropah.
Persoalannya, benarkah dokumen tersebut  dari idea asal Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Ingoldstadlt? Selain itu dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan pembinaan Kuil Syaitan (Synagogue of Satan) di Gereja Katholik. Di manakah masa yang ia gunakan untuk mengkaji seluruh pentabdiran di semua negara-negara Eropah.?
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah perancangan DAJJAL.
Bukti 2 : Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi Yahudi.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk membuat perjumpaan ialah ia mengambil tempoh yang begitu lama. Perjumpaan ini ialah perjumpaan 100 tahun sekali yang dihadiri oleh para Rabbi Yahudi yang menyokong Zionis dan idea One World Goverment yang diperkenalkan oleh Illuminati.
Perjumpaan 100 tahun sekali ini merupakan suatu perjumpaan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa berucap pada majlis pengkebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan ini dilakukan pada 1869.
Dalam ucapan tersebut, Reichhorn menyatakan dengan jelas iaitu:
“Pada setiap 100 tahun kami Pendeta-Pendeta Israel, pada kebiasaannya akan berjumpa di Sanhedrin untuk meneliti kemajuan kita ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan penaklukan kita ke atas musuh kita iaitu Kristian.”
Ucapan Reichhorn telah didedahkan oleh sebuah  penerbitan Rusia bernama La Vieilla France pada 21 Oktober 1920 (no. 195).
Dimana kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan kewujudan Dajjal?

Kaitannya boleh dilihat pada tempoh perjumpaan yang ditetapkan dan pada beberapa prkataan yang terkandung dalam ucapan beliau. Tempoh 100 tahun adalah terlalu lama, sekiranya seseorang itu menghadiri perjumpaan pada hari ini, kemungkinan besar dia tidak mungkin lagi dapat menghadiri perjumpaan seterusnya. Ini kerana tempoh perumpan seterusnya adalah 100 tahun lagi.
Apakah rasionalnya perjumpaan itu ditetapkan tempoh selang masa 100 tahun. Seperti yang diketahui, 100 tahun bersamaan 1 abad. Setiap perjumpaan akan disertakan suatu laporan tentang perkembangan 100 tahun lepas. Mampukah kita membaca, menilai dan meneliti perkembangan 10 tahun lepas untuk dibuat perbincangan?
Dajjal tahu dia mampu hidup lama, malah dia tahu dia adalah manusia akhir zaman. Jadi apalah gunanya tergesa-gesa menetapkan sesebuah mesyuarat 10 tahun sekali atau 2 tahun sekali. Penetapan tarikh mesyuarat 100 tahun sekali sememangnya adalah untuk kemudahan Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan manusia.
Bukti 3 : Pernyataan jelas kewujudan Dajjal dalam Protokol-Protokol Rahsia Zionis

Bukti ketiga adalah bukti paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith nabi, bukti pertama dan kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpin Zionis telah mengeluaran kenyatan yang mengaku bahawa mereka sedang melakukan persiapan untuk menanti ketibaan Raja Yahudi mereka.
Para pemimpin Zionis tahu bahawa Raja mereka wujud dan akan muncul. Cara mereka (zionist) bekerja juga telah dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka menantikan seseorang yang hebat yang bakal memerintah dunia kelak.
Pernyataan ini jelas apabila kita merujuk pada
Protokol No. 15  iaitu :

“Bila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci, mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, beliau akan menjadi penjaga dunia. Mangsa-mangsa yang diperlukan olehnya mengikut kesesuaian mereka…”
Protokol No. 17 iaitu :
“….Melalui penyamaran ini, kita akan menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini, dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita telah menghancurkan seluruh kekuatan yang tinggal di dalam institusi ini. Raja orang Yahudilah akan menjadi Pope Sejagat yang sebenarnya, ketua bagi sebuah Gereja Antarabangsa.”
Kesimpulan
Maka benarlah apa yang dikatakan Rasulullah SAW dalam hadithnya iaitu:
“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud, kitab Taqrijul Misykat)


Bukti Dajjal Adalah Manusia!





oleh Ibnuyaacob
Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah. Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.
Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.
Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.
Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1
(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang  yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,
“Apakah tasik itu masih berair?”
(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.
Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.
Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.
Pertama : Hadith-hadith Rasulullah
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.
(bersambung…)

Kesesatan Pendakwah Wahabi


oleh Ibnuyaacob
Wajah-wajah Pendakwah Wahabi di Malaysia

(Kiri) Dr. Asri Abdul Talib, Mufti Perlis (kanan) Fathul Bahri Mat Jahya.
Di sini ingin saya tegaskan semula berkenaan hal kesesatan Wahabi yang pernah saya paparkan dahulu di blog ini. Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa maklumat penting yang membuktikan bahawa semua penganut fahaman Wahabi itu sesat dan kufur aqidah.
Seperti yang diketahui bahawa fahaman Wahabi itu berasal dari ajaran Syeikh Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah. Kedua-dua mereka pengasas kepada fahaman ekstrim ini yang mana menolak sebahagian besar bab-bab fekah dan sunnah, malah yang lebih mengaibkan adalah mereka terang-terangan menghina sahabat nabi. Namun begitu, kedua-duanya hanya muncul sebagai pendokong fahaman tersebut dan tidak mempunyai ramai anak murid.
Tetapi kekuasaan Wahabi lebih menonjol dengan lahirnya Syeikh Abdul Wahab yang amat tergila-gilakan fahaman ekstrim itu. Menurut sejarah, Syeikh Abdul Wahab seorang yang malas belajar dan sukakan kepopularan, beliau berangan-angan ingin menjadi sehebat Imam Hambali, Maliki dan Syafie. Dan beliau amat membencinya juga dan dalam masa yang sama beliau rasakan dirinya mempunyai ilmu setanding dengan mereka.

Dalam kitab yang berjudul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah karangan Mufti Mekah (ms 275), Kitab tersebut menyatakan bapa kepada pengasas ajaran Wahhabi merupakan seorang ulama Islam bermazhab Hambali. Dan bapanya marah kepada anaknya yang bernama Muhammad ( Pengasas ajaran Wahhabi ) dek kerana tidak mahu belajar dengan ulama hanya fanatik terhadap kata-kata Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Jauziyyah bulat-bulat serta penyebar keburukan di alam ini. (lihat http://abu-syafiq.blogspot.com)
Ibnu Taimiah Telah Bertaubat
Saudara Abu Syafiq (dari blognya) mendedahkan suatu perkara yang patut dibaca oleh semua pendokong fahaman Wahabi. Pendedahan itu ialah “Ibnu Taimiah yang merupakan pencetus kepada fahaman salah itu telah bertaubat”.
Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang siqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi ‘ayan Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di Malaysia
Lihat dalam http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/ibnu-taimiah-bertaubat-dari-akidah.html

Persamaan Sifat Syeikh Abdul Wahab dengan Mufti Perlis
Sifat Syeikh Abdul Wahab yang keji ialah beliau sanggup untuk berbaik dan bersepakatan dengan perisik British ke Timur Tengah iaitu Hempher untuk mendapat jawatan ketua agama di Arab Saudi. Hempher yang merupakan perisik berbangsa Yahudi itu juga telah membantu Syeikh Abdul Wahab dan Ibnu Saud melepaskan ArabSaudi dari kekuasaan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah. Jatuhnya Turki Uthmaniyah bermakna terbukanya takhta jawatan ketua agama untuk Syeikh Abdul Wahab seperti yang disepakati bersama Ibnu Saud. Ibnu Saud pula dianugerahkan jawatan Raja Arab Saudi oleh British Freemason.
Sama seperti di Malaysia, Dr. Asri terpaksa menjilat tangan Menteri Besar Perlis untuk mendapat jawatan Mufti di Perlis sedangkan semua Mufti di seluruh Malaysia tidak menyenanginya. Malah beliau tidak layak pun menjadi Mufti walaupun mempunyai PhD. Ini kerana syarat untuk dilantik sebagai Mufti ialah mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Ijazah bidang Syariah Islamiyah bukannya Hadith.
Menurut sahabat saya yang juga salah seorang ahli jawatankuasa fatwa di  Pulau Pinang, Dr. Asri seringkali bertingkahlaku tidak sopan apabila bermesyaurat bersama mufti-mufti negeri lain. Beliau kerap kali tidak mahu menerima pendapat mufti-mufti lain. Tentang tingkahlaku tidak sopannya itu tidak pula diberitahu bagaimana.
Maka, inilah persamaan antara Syeikh Abdul Wahab dan Mufti Perlis sekarang.

Nano Robot Dan Projek L.U.C.I.D

February 15, 2008 · 6 Comments


oleh Ibnuyaacob

Dajjalvideo Conspiracy
Bagi menguasai pemikiran manusia pada jarak jauh, Dajjal melalui agen-agennya telah memperkenalkan sejenis robot paling kecil di dunia yang diberi nama Nano Robot. Saiz robot ini bukanlah sebesar kotak rokok tetapi lebih kecil daripada bakteria. Anda kurang percaya?
Teknologi ini telah pun dikenalpasti dibangunkan oleh jurutera-jurutera Hitachi Corp. Namun begitu, perkembangannya tidak dapat dihalang dan sekarang ini boleh dikatakan hampir semua syarikat sama ada kecil atau besar meneroka teknologi baru ini. Cuma apa yang membimbangkan ialah ada beberapa syarikat gergasi antarabangsa meneroka teknologi ini untuk kegunaan pihak Illuminati bagi mencapai matlamat New World Order.

(Gambar) Editor majalah Popular Science mengatakan nanorobot sebagai “Incredible shrinking doctors”.
Sebelum membangunnya teknologi nano robot, suatu pra-teknologi untuk nano robot telah pun dihasilkan iaitu Nano Transistor. Teknologi nano transistor mula dibangunkan oleh pakar-pakar saintis dari Korea yang mana telah berjaya menukar mitos sains fiksyen ke dalam dunia sains teknologi sebenarnya. Tidak lama kemudian, saiz robot telah berjaya dikecilkan lagi dari bentuk transistor kepada bentuk sel nano.
Menurut Dr. Eric Drexton, “… nanomachines, or biological robots, injected in human bodies, can be programmed to recognize and kill cells,” . Ini bermakna secara tidak langsung ia boleh mengikut saliran darah ke otak dan membentuk suatu arahan dalaman kepada otak seseorang mengikut fail-fail yang di muat naik (upload) ke dalam robot tersebut.

Kenyataan Dr. Eric disokong oleh pakar elektronik dari Hewlett Packard Corp. iaitu Phil Kuekes. Beliau mengatakan, “Intelligent nano-scale devices will, in a few years, be injected into the human body,”. Sekarang nyatalah kawalan ke atas masyarakat tidak hanya melalui dasar-dasar kerajaan dan undang-undang tetapi juga melalui kawalan pemikiran yang siap dirancang.
Ciri-Ciri Nano Robot
  • Saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut
  • Lebih kecil dari bakteria
  • Mempunyai ingatan terbina dalam (built-in memory 126kb)
  • Pergerakannya berasaskan frekuansi ELF
  • Central Processing Unit (CPU) dikeluarkan oleh Hitachi Corp.
Kelebihan Nano Robot
Robot ini berupaya membunuh sel-sel darah putih melalui operasi cengakamannya. Misi robot nano ini ialah memastikan individu yang telah disuntik mengikut arahan yang diberikan. Jika sekiranya gagal, maka robot nano ini akan diarahkan oleh pusat kawalan untuk menyerang bahagian jantung atau paru-paru. Akibatnya, individu yang menjadi mangsa tersebut akan mati seolah-olah terkena serangan jantung atau sesak nafas.
Proses Penyebaran Nano Robot
Oleh kerana terlalu kecil, maka keupayaannya amat tinggi. Nano robot boleh diletakkan di merata-rata tempat sama ada di atas wang kertas, badan manusia atau apa-apa sahaja. Projek yang dibangunkan oleh pihak  Illuminati ini membuat suatu ujikaji dengan memasukkannya ke dalam botol vaksin. Tujuannya adalah untuk memastikan vaksin yang disuntik akan turut serta memasukkan Nano Robot ke dalam saluran darah seseorang.
Untuk melaksanakan matlamat ini, jurutera-jurutera komputer Illuminati akan memasukkan fail-fail berkaitan tingkahlaku yang dirancang, misalnya ‘Operasi bunuh diri’ ke dalam memori nano robot yang beribu-ribu bilangannya. Selepas itu, robot-robot dimasukkan pula bersama ubat-ubat vaksin pencegah penyakit yang biasa diambil masyarakat, contohnya vaksin cacar atau demam campak.
Apa Yang Perlu Kita Bimbang?
Kita bimbang, kejadian bom berani mati yang berlaku di Iraq adalah berpunca dari suntikan-suntikan yang diberikan oleh pihak palang merah PBB. Kita juga bimbang, bahawa semua botol-botol vaksin yang mengandungi nano robot yang telah diprogramkan itu sampai kepada masyarakat kita di Asia melalui pengimport-pengimport ubat tempatan.
Kita juga bimbang robot-robot tersebut dimasukkan ke dalam rokok-rokok yang terjual dalam negara kita. Ini kerana, 90 peratus penjenayah yang ditahan polis di seluruh dunia adalah dikalangan mereka yang merokok. Dan yang paling membimbangkan adalah CEO Syarikat Rokok Antarabangsa iaitu Benson & Hedges sendiri tidak menghisap rokok, seolah-olah beliau tahu apa yang terkandung di dalamnya.
Dan yang paling kita bimbang ialah kemungkinan pemimpin-pemimpin Islam yang dijemput menghadiri makan malam (dinner) di White House telah diberikan nano robot melalui makanan hidangan mereka. Ini kerana, ketua tukang masak untuk keluarga presiden di White House ialah seorang Rabbi Yahudi.

(Gambar) Laura Bush bergambar bersama tukang-tukang masak White House. Disebelah kiri Laura ialah Rabbi Rabbi Binyomin Taub, Rabbi Hillel Baron dan sebelah kanannya ialah Rabbi Mendy Minkowitz.
Perancangan Dajjal untuk menguasai manusia melalu penggunaan nano robot ini dipanggil Project L.U.C.I.D atau The Beast 666 Universal Human Control System.
Wallahu’alam.



Siapa Yang Paling Jahat?


oleh Ibnuyaacob
 
(kiri) David Rockefeller Sr. (Kanan) Airel Sharon
 
(Kiri) George Bush Jr. (Kanan) Lord Jacob Rothschild
 
(Kanan) Arnold Schwarzenegger (Kanan) Sharon Stone
Antara antara 6 wajah di atas
Siapakah paling anda benci?
Siapakah paling anda suka baca beritanya?
Siapa yang paling anda kenali?
Bagi yang tidak mendalami ilmu konspirasi Yahudi, jawapan yang paling majoriti diperoleh untuk soalan Siapa Paling Anda Benci? Ialah George Bush dan Airul Sharon. Manakala soalan “Siapa paling anda suka baca beritanya? Arnold Swazernegger dan Sharon Stone dan soalan Siapa paling anda kenali? Jawapannya Bush, Sharon dan Arnold.
Dua gambar lagi iaitu Rockefeller dan Rotschild langsung tidak dikenali malah hampir tidak pernah dengar.
Inilah realitinya…
Apabila kita kurang membaca dan kurang menyelidik dalam hal-hal politik antarabangsa, maka pemikiran kita hanya akan kaku dan bergerak dalam linkungan maklumat-maklumat dalam akhbar-akhbar tempatan. Sedangkan akhbar-akhbar tempatan yang mengambil secebis berita luar sebagai hiasan bukannya untuk mendidik pemikiran pembaca ke arah lebih kritis.

(Gambar) Pada 1836, paderi Yahudi iaitu Rabbi Kalischer telah menyarankan Rothschild melabur dalam hartanah di Palestin.
Berbalik kepada 6 gambar tadi, bagi penyelidik-penyelidik konspirasi Yahudi, orang yang paling jahat ialah Rotschild dan Rockefeller. Manakala George Bush dan Sharon adalah pengikut kepada Rotschild dan Rockefeller, sementara Arnold pula hanyalah barua Yahudi yang menurut perintah. Pelakon Sharon Stone pula adalah hamba paling rendah dalam status organisasi Yahudi.
Mengapa Rotschild dan Rockefeller paling jahat?
Kedua-dua makhluk ini merupakan benih dari keturunan Yahudi asli yang mana bertanggungjawab di atas masalah-masalah eknomi dunia dan juga peperangan dunia. Kedua-dua mereka memiliki kekayaan yang tiada had, namun kekayaan mereka disembunyikan oleh majalah FORBES dan diletakkan dengan nama yahudi lain iaitu Bill Gates. (Bill Gates juga seorang Yahudi sejati)
Kekayaan Rotschild dan Rockefeller adalah diperoleh secara turun temurun semenjak zaman sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Menurut kebanyakan penyiasat konspirasi, keturunan Rothschild adalah dari nasab salah seorang Bani Israel yang mengikut Nabi Musa a.s. merentas laut Merah kerana dikejar Firaun. Keturunan nenek-moyang Rothschild ini jugalah yang berpaling tadah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun dengan mengikut kata-kata dusta Samiri (Dajjal) agar menyembah patung lembu.
Rothschild dan Rockefeller diyakini sebagai Yahudi dari suku Ashkenazim iaitu sama keturunannya dengan Karl Marx, Hitler dan Albert Pike. Mereka menguasai seluruh ekonomi dunia termasuk Jepun. Persoalannya, bagaimana kedua-dua mereka menguasai dunia? Itu adalah cerita panjang yang mana anda perlu menyelongkar semula sejarah berlakunya Revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan beberapa negara Eropah lain.

(Gambar) Arnold bersama Kurt Waldheim.
Sebenarnya semua gambar-gambar diatas adalah selebiriti terkenal yang berdarah Yahudi Eropah. Misalnya, Arnold Swarzenegger sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula iaitu ahli Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamatan Austria.

(Gambar) Billionaire Amerika Warren Buffett, Gobenor California Arnold Schwarzenegger dan Lord Jacob Rothschild (manusia terjahat) sedang bersiar-siar Rothschild Estate di Scotland.
Pendedahan yang membuktikan Arnold adalah penyokong gerakan Nazi bawah tanah ialah ketika berlangsungnya hari perkahwinannya. Semasa majlis tersebut Arnold telah menjemput Kurt Waldheim iaitu bekas penjenayah perang Austria yang berkecimpung dalam dunia Nazi. Waldheim juga bertanggungjawab dalam mencetuskan Perang Dunia Kedua melalui gerakan bawah tanahnya.
Kesimpulan
Kita boleh membahagikan dunia seperti berikut:
Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Bush, manakala Bush tunduk kepada arahan David Rockefeller dan Jacob Rothschild. Kemudian kedua-duanya menurut arahan siapa?….. sudah tentu Dajjal.
→ 5 CommentsCategories: Uncategorized

Wahabi Tali Barut British Freemason (Bahagian 2)



(sambungan)Hasil kajian dan mesyuarat pihak British Freemason, mereka dapati Syeikh Abdul Wahab adalah instrumen yang sesuai yang boleh digunakan mereka untuk membawa ‘idea’ ini ke dalam masyarakat Islam di Semenanjung Arab. Ini kerana, adalah tidak logik pihak British melalui residen-residennya untuk bercakap soal undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat Islam.

(Gambar) Perkuburan Baqi yang dimusnahkan Ibnu Saud pada 1925.
Syeikh Abdul Wahab berjaya dipilih sebagai jurucakap dan juru pelaksana idea British Freemason tanpa beliau sendiri sedari. Kita boleh simpulkan Syeikh Abdul Wahab adalah kambing hitam Arab yang ditangkap British, kemudian ditutup matanya, kemudian diletakkan bom jangka di badannya dan kemudian dilempar di tengah-tengah masyarakat Islam Arab Saudi.
Tetapi pergerakan Wahabi bergerak terlalu cepat seolah-olah diarah oleh sesuatu dari belakang. Syeikh Abd Wahab berjaya menguasai keseluruhan pemikiran masyarakat Arab Saudi tentang bahaya Bidaah. Bagaimana British Freemason membantu fahaman Wahabi ini berkembang amat menghairankan. Namun matlamatnya semakin jelas apabila tiba era keruntuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniyah.
Khalifah Uthmaniyah sampai ke penghujung apabila tercetusnya pemberontakan pertama golongan Wahabi pada 1818. Penentangan itu didalangi oleh Saudi al-Faisal I. Pergerakan penentangan yang didominasi oleh pengikut Wahabi sekali lagi melakukan pemberontakan pada akhir kurun ke-19.
Selepas Perang Dunia 1, negara-negara kekuasaan Empayar Uthmaniyah telah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Manakala setiap bahagian pecahan itu diletakkan regim-regim Arab boneka untuk mentadbir negara baru mereka. Sebagai pengganti kepada kejatuhan kekuasaan Uthmaniyah ke atas Arab Saudi, British Freemason telah menganugerahkan kekuasaan pentadbiran Arab Saudi kepada Ibnu Saud pada 1932. Satu tahun kemudian, dalam 1933, Saudi memberi konsesi minyak kepada California Arabian Standard Oil Company (Casoc) yang bergabung dengan Standard Oil of California (SOCAL) dan kini dikenali sebagai CHEVRON yang diketuai oleh agen-agen Rothschild dan Rockefeller.
Sejak masa itu, Arab Saudi menjadi salah satu rakan dagangan terpenting pihak Barat di kawasan Timur Tengah. Arab Saudi bukan sahaja rakan minyak terpenting tetapi juga dijadikan anjing salakan yang berlakon menentang Israel di pentas antarabangsa. Sedangkan bunyi salakan itu adalah bunyi yang dirakamkan sendiri oleh Israel.
Perancangan berbelas-belas tahun ini semakin berjaya apabila Britsh Freemason berhasil melahirkan pemikir-pemikir Islam boneka yang cuba mempromosikan fahaman Wahabi. Dalam perancangan mewujudkan masyarakat Islam yang tidak mengamalkan sunnah, kini strategi itu sedikit demi sedikit di ubah ke arah mewujudkan masyarakat Islam yang berstatus pengganas. Kekuatan strategi British Freemason amat bergantung kepada kemantapan fahaman Wahabi dikalangan masyarakat Arab Saudi dan ulama’-ulama’ boneka Wahabi.

Kontraktor-kontraktor boneka mula diberanakkan seperti Laden (bapa Osama) yang mendapat kontrak sepenuhnya membina masjidil Haram dan sebarang pengubahsuaian. Kekayaan Laden ini dijadikan modal awal yang akan membiayai suatu projek mempromosi aktiviti “Bunuh Diri Untuk Agama” di tengah-tengah masyarakat Islam. Matlamat utama ialah orang Islam membunuh orang Islam lain tanpa pengaruh dari luar. Orang yang diarahkan dan dijadikan kambing hitam ialah Osama anak kepada Laden.
Osama yang berfahaman Wahabi ini tahu strategi ini dan sudah pun sedia mendapat skrip lakonannya. Maka tidak hairanlah Osama dengan mudah diterima oleh madrasah di Afghanistan tempat ia mula-mula belajar berjihad sebelum tahun 2000. Kenapa pasukan Mujahidin di Afghanistan senang menerimanya? Mudah saja, Osama mempunyai wang yang banyak. Mujahidin pula memerlukan wang untuk melawan Russia.  Cuma yang menyedihkan adalah pasukan Mujahidin yang berhati mulia di sana tidak tahu bahawa Osama adalah pelakon terhandal keluaran Freemason iaitu Rothschild.
Kuasa kewangan Rothschild semenjak perlantikan Ibn Saud sebagai pemerintah Arab Saudi berjaya menyelinap masuk ke dalam kantung ekonomi keluarga Saud. Keadaan ini mewujudkan suatu situasi kebergantungan Keluarga Saud terhadap aliran wang masuk dari Rothschild. Dalam erti kata lain, Rothschild berjaya memastikan ekonomi Keluarga Saud bergantung sepenuhnya kepada projek-projek syarikat minyak Rothschild. Matlamat tercapai, untuk menguasai sesebuah negara dari seluruh aspek, adalah penting menjaga poket keluarga pemerintah terlebih dahulu.
Situasi kebergantungan ini membuka ruang penuh untuk British Freemason menguasai pentadbiran dan dasar luar Arab Saudi. Bagi memastikan keluarga Saud tunduk patuh, Rothschild memberi sumbangan beratus-ratus juta tanpa henti untuk semua kos-kos pembinaan masjid seluruh Arab Saudi.
  
Dalam 1999, King Fahd telah menghadiri mesyuarat Bilderberg, disyaki oleh kebanyakan pemerhati politik berbincang tentang peranan beliau dalam agenda One World Government sama seperti peranan yang dimainkan oleh Arafat dan Pope. Buktinya, keluarga Saud sekarang ini adalah sebahagian daripada boneka-boneka rangkaian Illuminati.
Keep reading →
→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Wahabi Tali Barut British Freemason (Bahagian 1)


DAJJAL VIDEO COLLECTION
oleh Ibnuyaacob

Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Orde.
Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation). Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama Bin Laden.
 Peter D. Goodgame (Penulis Buku Konspirasi Politik)
Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.
Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.
 Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)
Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri  dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain
Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.
Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.
Untuk menyemai sifat kefanatikan dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.
     
Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, (Kanan) Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaan,
Bagaimana pun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, Brish amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.
bersambung…


1 comment:

Anonymous said...

Hello! Can you tell me how i can register mail at google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com