Pages

Saturday, February 6, 2010

abi Daud kuasai Kaum Bani Israel

Nabi Daud kuasai Kaum Bani Israel




BANI Israel menerima seorang lagi nabi dan rasul di kalangan mereka, iaitu Daud bin Yisya, keturunan ke-12 Nabi Ibrahim. Ahli Taurat dan Injil sepakat mengatakan, Daud keturunan Yahuda bin Yaakub, yang diberi nama Israil (as).

BANI Israel menerima seorang lagi nabi dan rasul di kalangan mereka, iaitu Daud bin Yisya, keturunan ke-12 Nabi Ibrahim. Ahli Taurat dan Injil sepakat mengatakan, Daud keturunan Yahuda bin Yaakub, yang diberi nama Israil (as).

Al-Quran menghuraikan nama Daud dalam 16 tempat seperti dalam surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah, al-An’am, al-Isra, al-Anbiya, an-Naml, Saba dan Shaad.

Baginda seorang nabi dan raja seperti anaknya Sulaiman (as). Allah mengumpulkan padanya kenabian dan kerajaan, malah memberikannya kebaikan dunia dan akhirat.

Nabi Daud diberikan kitab Zabur, yang mengandungi puisi dan lagu berkaitan penyucian dan pujian kepada Allah, kisah umat terdahulu dan berita kalangan nabi akan datang, termasuk mengenai Muhammad (s.a.w).

“Dan Sesungguhnya Kami lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain) dan Kami berikan Zabur kepada Daud.” (al-Isra: 55)

Sejak kanak-kanak hingga remaja, baginda tinggal bersama bapanya di Baitullaham, kota kelahiran Nabi Isa.

Allah menundukkan gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud setiap pagi dan petang. Burung turut bertasbih mengikut Nabi Daud berulang kali, malah baginda sendiri diberi kelebihan dapat mengerti maksud suara burung.

Kekuatan Nabi Daud amat luar biasa kerana mampu melembutkan besi sehingga dapat membuat baju besi dengan tangan, tanpa dimasukkan ke dalam api terlebih dulu, malah turut dikurniakan suara merdu, sehingga orang sakit mendengarnya sembuh.

Keberanian Nabi Daud terserlah, ketika zaman mudanya baginda bersama Thalut, pemimpin Bani Israel berperang dengan bangsa Palestin yang menyembah patung.

Dalam pertempuran itu ketua bangsa Palestin, Jalut bertemu Daud, lalu memperlekehkannya sambil berkata: “Kembalilah, sesungguhnya aku tidak suka membunuhmu.” Tetapi Daud berkata kepada Jalut: “Sesungguhnya aku senang membunuhmu.”

Kedua-duanya berlawan di tempat pentempuran dan kesudahannya Daud dapat membunuh Jalut, seterusnya menewaskan tentera musuh. Kemenangan Daud dijelaskan dalam ayat 251, surah al-Baqarah.

Daud diberikan ganjaran dan berkahwin dengan Mikyal, seorang puteri Thalut. Sejak itu, Daud terkenal di kalangan kaum Bani Israel.

Apabila usianya 40 tahun, Allah memberikan kepada Daud kenabian, di samping kerajaan. Dengan kebesaran dan kerajaan yang diperoleh, membuatkannya bertambah tekun beribadat kepada Allah.

Baginda selalu mendirikan solat malam dan berpuasa pada siang hari. Baginda juga membahagikan waktu, sehari sebagai hakim, sehari pemberi nasihat dan sehari untuk jiwanya.

Pada satu hari yang digunakan untuk kepentingan peribadi, tiba-tiba dua lelaki melompat pagar dan masuk ke mihrabnya. Daud terkejut dan menyangka mereka mahu melakukan kejahatan.

“Jangan takut, kami hanyalah dua orang yang berselisih faham. Kami datang kepadamu untuk meminta keputusan. Maka berilah kami keputusan yang benar, jangan zalim dan bimbinglah kami pada jalan lurus dan jelas.”

Kisah dua lelaki itu berkaitan perselisihan untuk memiliki kambing. Seorang daripadanya berkata, dia mempunyai seekor kambing, tetapi saudaranya itu yang memiliki 99 ekor kambing, masih mahu memiliki seekor kambing terbabit.

Perkara itu diceritakan dalam ayat 21 hingga 28 surah Shaad. Selepas mendengar pengaduan itu, Nabi Daud menyalahkan pemilik 99 ekor kambing kerana mahu mengambil satu-satunya kambing milik saudaranya itu.

Nabi Daud semakin berpengaruh dalam masyarakat, sehingga Thalut berasa iri hati, lalu memerintahkan tentera membunuhnya. Berkali-kali rancangan jahat membunuh Daud dilakukan, tetapi gagal.

Kemudian berlaku perang Jalbu’ membabitkan tentera Bani Israel dipimpin Thalut dan orang Palestin. Dalam perang itu, tiga anak Thalut terbunuh, manakala Thalut sendiri dihujani panah orang Palestin.

Dalam perang itu, Thalut sendiri mengambil pedangnya dan menjatuhkan dirinya pada pedang terbabit, menyebabkannya meninggal dunia. Dia berbuat demikian supaya tidak mati dibunuh musuh.

Selepas itu, Daud pula ke Gibran, seterusnya diangkat sebagai raja di negara Yahudi. Tetapi sesetengah Bani Israel masih menyokong Eshbushat, seorang putera Thalut, sehingga berlaku perang dengan orang Nabi Daud.

Kesudahannya Eshbushat meninggal dunia. Selepas itu, Daud memiliki kuasa mutlak selaku raja kepada Bani Israel keseluruhannya. Kekuasaannya berlangsung selama 40 tahun. Di Gibran, baginda menguasai Yahudi sembilan tahun enam bulan dan menguasai seluruh Israel dan Yahudi di Baitulmaqdis selama 33 tahun.

Ahli kitab mengatakan, Daud hidup selama 77 tahun. Tetapi Ibnu Jarir menyangkal kenyataan itu, malah mengatakan Daud hidup selama 100 tahun. Ini kerana ada hadis menyatakan demikian.

“Sesungguhnya ketika Adam (as) berharap keluar anak cucunya dari belakangnya (selepasnya), dia mengetahui beberapa nabi dan dia mengetahui seorang lelaki berwajah cemerlang.

Maka dia berkata; wahai Tuhanku, siapakah dia itu? Dia (Allah) berfirman; itu anakmu Daud. Dia (Adam) berkata; wahai Tuhanku, berapakah usianya? Dia (Allah) berfirman; 60 tahun.

Dia (Adam) berkata; wahai Tuhanku, tambahlah usianya. Dia (Allah) berfirman; tidak, kecuali Aku menambah dari umurmu. Umur Adam adalah 1,000 tahun, maka Dia (Tuhan) menambahkannya 40 tahun.

Maka apabila selesai umur Adam, datanglah malaikat maut kepadanya. Lalu dia berkata; sisa dari umurku 40 tahun. Adam lupa apa yang sudah diberikan kepada anaknya Daud.

Maka Allah menyempurnakan kepada Adam 1,000 tahun dan kepada Daud 100 t

No comments: