(Di Gua Rahsia)
Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...
Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.
(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)
Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.
Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita...
Dan tanah tumpah darah kita ini...
Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga rahsia kita??
(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)
Palingkan muka kamu...
No comments:
Post a Comment