![]() Lelaki berumur 32 tahun itu dianugerahkan bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald’s. Bekas pekerja yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald’s mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu. Polisi McDonald’s yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan. McDonald’s dalam keterangan balas mendakwa syarikat itu memberikan pilihan makanan yang seimbang bagi pengambilan harian pekerjanya. |
Saturday, October 30, 2010
McDonald’s diarah bayar pekerja
Pasangan 'hodoh' akan berkahwin
![]() Tom Clifford dan Janine Walker menjadi pasangan pertama yang bertunang selepas cinta mereka berputik apabila menemui satu sama lain melalui laman sesawang temu janji khas bagi orang hodoh di Britain. Pasangan itu berjumpa kurang sebulan lalu di laman temu janji bagi individu yang 'kurang nilai estetika' di www.theuglybugball.com. Selepas empat kali keluar untuk temu janji - dan minat yang sama terhadap makanan ringan dan makan malam di hadapan televisyen - Clifford dan Walker mengikat tali pertunangan, minggu ini dan merancang untuk berkahwin, Disember depan. Jurucakap laman itu berkata, pertunangan pertama itu adalah sesuatu yang mengembirakan dan laman itu akan memberikan pakej percutian kepada pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan. |
kes curi enjin TUDM: Mahkamah tolak permohonan panggil dua pegawai
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan pembe:laan kes curi enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyoal balas dua pegawai berhubung dakwaan menyeksa bekas Sarjan N Tharmendran yang dituduh bersubahat mencuri enjin itu.
Awal Oktober lalu, Thamendran diwakili peguam Latheefa Koya mengemukakan notis usul memohon untuk menyoal balas dua pegawai berpangkat Mejar, Pegawai Staf 1 Siasatan di Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM, Mejar Ismail Omar dan Pegawai Staf 2, Mejar Norazan Md Amin yang didakwa melakukan penyeksaan semasa mahu mendapatkan pengakuan daripadanya.
Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad memutuskan adalah tidak relevan untuk memanggil dua pegawai itu memandangkan kes ini di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tharmendran, 42, dituduh bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April 2008.
Dalam permohonannya membatalkan pertuduhan terhadapnya, Tharmendran memfailkan afidavit terhadap dua pegawai itu atas dakwaan diseksa dan dakwaan itu disokong oleh rakannya, Intan Yusof, 46, yang mendakwa melihat kejadian seorang tahanan diseksa semasa melawatnya di penjara.
Kedua-dua Mejar itu menafikan dakwaan menerusi afidavit masing-masing.
Asmabi menetapkan 25 November ini untuk mendengar permohonan bekas Sarjan itu bagi membatalkan tuduhan terhadapnya.
Pada prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof.
KEBAS dan Tanda-Tandanya
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

'Kami bukan tamakkan duit'
KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.
“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.
“Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.
Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.
Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.
Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.
Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.
“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.
Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.
Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.
Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati.

Tsunami : Mungkin 600 terkorban
PANJANG UMUR...seorang bayi berusia dua bulan yang ditemui terselamat dalam longkang ditempatkan di sebuah
rumah di Sikakap, selepas kawasan itu dilanda tsunami, Isnin lalu.
HILANG ORANG TERSAYANG...penduduk Kampung Munte, Lisna, menangis di depan mayat ibunya yang ditemui anggota mencari dan menyelamat, semalam.
PAGAI UTARA: Indonesia terus menghadapi kesukaran menghantar bantuan kepada mangsa tsunami yang berada di kawasan terpencil ketika angka korban meningkat melebihi 400 orang, semalam.
Anggota penyelamat percaya, jumlah kematian sebenar daripada bencana di Kepulauan Mentawai itu boleh mencapai lebih 600 orang kerana kebanyakan mangsa disedut ke tengah laut ketika tsunami surut.
Hampir 13,000 orang kini berlindung di khemah sementara di kepulauan itu selepas kediaman masing-masing ranap dilanda ombak besar akibat gempa bumi sekuat 7.7 magnitud pada malam Isnin lalu.
Seorang mangsa memberitahu, kira-kira 30 orang dewasa dan 100 kanak-kanak di kampungnya terbunuh dalam bencana berkenaan.
Seorang lagi mangsa mendakwa, belum ada sebarang bantuan dihantar ke situ.
Sementara itu, pegawai bantuan berkata, helikopter mula menggugurkan bantuan ke kawasan terjejas mulai semalam.
Sehingga malam tadi, angka korban rasmi akibat tsunami adalah 408, manakala 303 masih hilang dengan kira-kira 200 daripadanya dijangka tidak terselamat.
Cuaca buruk juga menyukarkan usaha menghantar bekalan seperti khemah, ubat-ubatan, makanan dan air bersih menggunakan bot dari Padang.
Perjalanan dari pelabuhan Padang ke situ biasanya mengambil masa sehingga setengah hari.
Sesetengah penyelamat juga berkata, mereka terkandas beberapa hari di bandar itu kerana menunggu masa menaiki bot ke Mentawai.
Walaupun amaran tsunami dikeluarkan di Jakarta, beberapa mangsa yang terselamat berkata, mereka hanya sedar kedatangan tsunami itu apabila terdengar ‘ngauman’ ombak yang bergerak pantas ke daratan menjelang jam 10 malam.
Seorang pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan amaran itu menyalahkan pihak berkuasa tempatan di Mentawai kerana gagal menyalurkan maklumat mengenai kedatangan tsunami itu.
“Saya tidak fikir ada kesilapan prosedur berlaku,” katanya. - AFP
Bapa haruan
7 tahun dicabul bapa

BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.
KUALA LUMPUR: “Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.
“Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.
“Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan,” katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.
Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.
“Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.
“Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri,” katanya.
Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.
Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.
“Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
“Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.

Penunggang maut, motosikal terbakar
| KEADAAN motosikal Lim (gambar kecil) selepas dirempuh rakan di Jelapang, Ipoh, semalam. |
Kemalangan babit lori bawa jagung, kuih pau
IPOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya terbakar dirempuh rakannya di Kilometer 262 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara ketika berkonvoi menuju ke Betong, Thailand, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Robert Lim Boon Huat, 52, dari Jalan Desa Utama, Taman Desa, Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di beberapa anggota dalaman.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata kemalangan berlaku membabitkan dua penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dengan sebuah lori bermuatan jagung dan kuih pau dari arah sama yang menggunakan laluan tiga lorong.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori terbabit mengubah haluan dari laluan tengah ke lorong laju dan mangsa yang menunggang laju dikatakan cuba memotong lori itu sebelum bergesel serta terlanggar cermin sisi kanan lori sehingga terjatuh.
“Pada masa sama, seorang dari rakan mangsa dikenali sebagai Cheng Ten Siong, 38, dari Puchong yang berada di belakang gagal mengelak menyebabkan motosikalnya merempuh kuat mangsa sehingga kedua-dua kenderaan itu terbakar hangus,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian berikutan kecederaan dalaman serius, manakala Ten Siong dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan Ten Siong hanya dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama. Sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.bharian
Obama cuba pikat umat Islam lagi
2010/10/30
WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan melawat masjid terbesar Indonesia dan membuat ucapan besar-besaran di kawasan terbuka menyasarkan terhadap masyarakat Islam global apabila melawat Indonesia bulan depan, kata Rumah Putih kelmarin. Obama berlepas 5 November depan dalam lawatan 10 hari ke India, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun. Pada 10 November di Jakarta, Obama akan melawat Masjid Istiqlal dan kemudian membuat ucapan dari sebuah lokasi luar lain tempat orang ramai berkumpul.
“Beliau berpeluang bercakap mengenai dasar perkongsian bersama Indonesia, namun akan turut mengulas beberapa isu demokrasi dan kemajuan serta hubungan kami kepada masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata timbalan penasihat keselamatan kebangsaan, Ben Rhodes.“Melawat masjid dan berucap, saya fikir beliau mendapat peluang mengalahkan tema yang dibuatnya dari segi capaian kepada masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata Rhodes dalam sidang media itu.
Wanita pertama Michelle Obama turut mengiringinya ke Jakarta. Presiden Amerika Syarikat itu sepatutnya berkunjung ke Indonesia Mac dan Jun lalu, namun menangguhkan lawatan kerana kebimbangan mengenai suasana politik tempatan, yang mengecewakan dan menaikkan kemarahan sesetengah penduduk Indonesia.
Namun, Obama masih popular di negara penduduk Islam paling ramai kerana menghabiskan empat tahun membesar di sana, walaupun ketika keyakinan terhadapnya di negara Islam lain menurun sejak membuat ucaptama di Kaherah Jun 2009 menuntut permulaan baru dengan dunia Islam.
Obama juga akan mengumumkan satu ‘perkongsian komprehensif’ dengan Indonesia berhubung keselamatan, ekonomi dan isu antara penduduk, kata Jeffrey Bader, penasihat utamanya mengenai hal ehwal Asia.
Obama dijangka melawat tapak keagamaan utama ketika jelajah Asianya, Kuil Emas Sikh di bandar utara India di Amritsar. – Reuters
Bellucci tayang anak kedua
2010/10/30
MUKA depan majalah Vanity Fair yang memaparkan gambar Monica Belluci dan Leonie.
ROME: Aktres terkenal Itali, Monica Bellucci, tidak memakai seurat benang ketika merakam gambar bersama anak keduanya untuk majalah Vanity Fair pada usia 46 tahun.
Ibu dua anak itu mengendong anaknya yang berusia lima bulan, Leonie. Foto itu bertujuan mempromosi buku bertajuk The Passion of the Christ iaitu koleksi gambar beliau sejak 20 tahun lalu.“Ada gambar berkenaan yang menunjukkan saya dalam keadaan sedih pada waktu tertentu. Mungkin saya kelihatan puas tetapi sebenarnya sedih.” Anak pertama Bellucci bernama Deva.
Ditanya mengenai perasaannya bergambar bersama Leonie, Bellucci berkata: “Seperti buah pear yang masak dan matang. Sungguh manis dan sedap.”
Mengulas gambar bogel dalam buku itu, beliau berkata: “Saya yang memilihnya. Saya tidak mahu aksi seperti model semata-mata untuk publisiti. Saya mahu tunjukkan ekspresi badan.”
Hasil jualan buku berkenaan akan disumbangkan kepada dua badan kebajikan yang disokong Bellucci iaitu sebuah pergerakan membantu kanak-kanak yang menghidap barah dan sebuah badan bantuan di Perancis yang membantu wanita bermasalah, lapor akhbar.
“Saya tidak mempunyai bentuk badan seperti model. Saya memang tinggi tetapi tidaklah tinggi sangat. Mungkin badan menggiurkan tetapi saya tidak berdiet.
“Beraksi untuk jurugambar atau berlakon hanya boleh dilakukan dengan baik jika anda tidak takut melakukannya,” katanya.
Bellucci yang berkahwin dengan aktor Perancis, Vincent Cassel, menyifatkan buku bergambar itu suatu ‘idea lama tetapi sesuatu yang sudah lama dicadangkan.’
Ini kali ketiga Bellucci menghiasi muka depan majalah Vanity Fair edisi Itali. Kali kedua awal tahun ini sewaktu kehamilannya dan pertama kali, enam tahun lalu. – Agensi
Bilionair dapat subsidi rumah
2010/10/30
Hartawan China terima RM1,440 sebulan BEIJING: Tokoh internet berpengaruh Ma Huateng dilaporkan berada di nombor sembilan dalam senarai majalah For-bes orang paling kaya di China dengan jumlah kekayaan AS$4.4 bilion.
Bagaimanapun beliau didakwa masih menerima subsidi rasmi perumahan. AS$450 (RM1,440) sebulan.Ma, 39, adalah pengerusi portal Tencent dan disifatkan sebagai ‘bakat tempatan terkemuka’ oleh pihak berkuasa di selatan Shenzhen bersempadan dengan Hong Kong, tempat syarikat beliau beroperasi.
Dengan gelaran itu membolehkan beliau layak menerima 3,100 yuan (AS$450) sebulan dalam bentuk subsidi rumah sepanjang tempoh lima tahun sebagai insentif membeli atau menyewa sebuah flat di bandar raya terbabit, lapor Global Times yang memetik sumber kerajaan.
“Dasar subsidi perumahan bertujuan menarik lebih ramai bakat ke Shenzen dan membuatkan mereka tinggal di sana,” kata seorang pegawai di biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenzhen yang hanya dikenali sebagai Liu.
“Bandar raya ini kehilangan saingan kepada bandar raya lain seperti Beijing dan Shanghai.”
Lebih 2,900 orang dipercayai menyumbang kepada peningkatan bandar raya terbabit mendapat keuntungan dari program awal tahun ini dengan satu pertiga daripada mereka adalah ahli perniagaan, kata laporan terbabit.
Akhbar South China Morning Post menyatakan, kebanyakan pegawai korporat kanan termasuk dalam senarai itu.
Berita berkenaan mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan terutama di kalangan komuniti online ketika meningkat-nya harga hartanah dan kebimbangan mengenai jurang pendapatan semakin lebar di negara itu.
“Orang biasa tidak mampu membeli flat dan tiada dasar yang ditekankan mengenainya tetapi kerajaan membiayai subsidi membeli rumah di kalangan orang kaya. Siapa yang boleh selamatkan China?” tanya seorang pengguna melalui kirimannya ke netease.com.
Dalam satu komentar, Shanghai Evening Post pula melaporkan: “Sebarang dasar pemerintah perlulah tidak bertentangan dengan dasar kesamaan sosial atau menjejaskan perasaan masyarakat umum atau ia boleh disifatkan sebagai satu layanan kepada ‘penduduk super’. – AFP
Pengetua naik basikal kutip dana di China
Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my
2010/10/30
MUHAMAD KHAILANI di satu lokasi di Yunnan, China.
Sekolah perlu RM1.5j bina surau
KUALA LUMPUR: Niat mengumpul dana untuk pembinaan surau baru menguatkan semangat Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Segambut Jaya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, mengayuh basikal sejauh 190 kilometer (km) dalam Program Kayuhan Sejaya dari Lexiaguo ke Kunming, daerah Yunnan, China, baru-baru ini.uhamad Khailani berkata, keadaan berbukit dan cerun tidak menjadi penghalang kerana pemandangan indah kawasan pertanian yang diusahakan secara tradisional itu mampu menghilangkan penat lelah.Katanya, pemandangan sangat menakjubkan seolah-olah satu panorama lukisan luas terbentang dan program kayuhan amal itu berjaya ditamatkan dalam masa empat hari walaupun melalui cuaca sejuk, hujan serta angin kencang sepanjang perjalanan pada hari ketiga dan keempat.
“Saya memulakan kayuhan setiap pagi di lokasi berbeza menuju ke Kunming.
“Sepanjang perjalanan saya sempat singgah di enam masjid untuk menguatkan semangat, solat serta berehat. Setiap pekan ada restoran makanan Islam,” katanya.
Muhamad Khailani berkata, anggaran kos pembinaan surau itu ialah RM1.5 juta dan setakat ini pihaknya baru menerima RM20,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah seterusnya pembinaan surau baru akan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah kewangan.
Katanya, surau sedia ada hanya mampu menempatkan 500 jemaah dan apabila siap, surau itu boleh digunakan untuk solat Jumaat seperti jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Buat masa ini kami menyewa empat bas dari syarikat swasta bagi menghantar 600 pelajar lelaki ke Masjid Manjalara dengan kos RM11,000 sebulan. Setiap bas perlu berulang-alik dua kali untuk tujuan itu.
“Selepas siap pembinaan surau baru ini, banyak kos yang boleh dijimatkan dan usaha saya membuat kayuhan amal ini diharap dapat membantu kutipan dana yang kami perlukan,” katanya.
Siti Balqis mula bengis
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Mohammad Muda
bhnews@bharian.com.my
2010/10/30
Ibu mahu anak jalani pemeriksaan pakar psikiatri JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.“Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah).
“Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri.
Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya.
Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan ‘ghaib’ di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok ‘jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin.
Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu.
“Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi,” katanya.
20,000 penduduk pindah
Laporan dari Yogyakarta, Indonesia oleh Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/10/30
Tiada tanda gunung berapi paling aktif kembali 'tenang' YOGYAKARTA: Lebih 20,000 penduduk sekitar Gunung Merapi termasuk 10,000 yang ditempatkan di tujuh kawasan pemindahan sementara dalam radius 20 kilometer (km) dari gunung berapi yang meletuskan asap dan debu lahar sejak Selasa lalu, akan dipindahkan jika situasi bertambah teruk.
Sehingga petang semalam, tiada tanda gunung berapi paling aktif di dunia berusia 400,000 tahun itu kembali ‘tenang’.Malah sejak pagi semalam, ia meletuskan ‘wedhus gembel’ atau awan panas yang mengarah ke barat dan utara, menyebabkan ribuan penduduk di kawasan itu termasuk 5,000 penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Umbulharjo, kira-kira tujuh kilometer dari Merapi, resah dan bimbang.
Letusan gunung berapi semalam turut disusuli dengan gempa bumi berskala 3.2 skala ritcher.
Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat (SAR) Nasional, Rochmali, 48, berkata status hari keempat masih pada tahap berjaga-jaga dengan angka korban kini mencecah 35 orang, termasuk tiga pencari rumput tempatan yang diklasifikasikan mati ketika letusan pertama berlaku.
“Anggota SAP dalam keadaan berjaga-jaga. Proses pemindahan akan segera diambil selepas menerima arahan dari Pusat Volkanologi di Jogja (Yogyakarta)," kata Rochimali ketika ditemui di pusat pemindahan utama di Pakam, daerah Sleman, terletak kira-kira 20km dari Gunung Merapi.
Katanya, anggota SAR diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga termasuk 18 anggota unit khas, dilengkapi peralatan khas seperti topeng gas, yang akan melakukan pemindahan kecemasan jika gunung itu meletup.
Tinjauan Berita Harian di sekitar Sleman, daerah terbesar di Yogyakarta, mendapati keadaan masih terkawal sekalipun asap tebal dan awan panas menyelubungi puncak gunung berapi itu dapat dilihat sejauh 20km dengan penduduk yang dipindahkan bersesak dalam dewan dan khemah di kawasan pemindahan.
Di Pakam, Ketua Daerah Sleman, Drs Sri Purnomo ketika ditemui berkata, semua jalan ke Merapi ditutup, namun masih ada sebilangan penduduk yang naik ke atas untuk mencari rumput gunung sekalipun keadaan amat berbahaya.
Mengenai bentuk bantuan yang diperlukan bagi membantu mangsa, Purnomo berkata, antara barangan yang amat diperlukan adalah tuala wanita, makanan bayi, susu, tuala, selimut, tilam, ubat gigi, sabun, minyak tanah dan lampu kecemasan.
"Tidak perlu hantar makanan," katanya menegaskan lebih 100 tong beras diperuntukkan badan pengurusan logistik kepada setiap pusat pemindahan.
Ketika penduduk di sekitar Merapi berada dalam ketakutan, di ibu kota Yogyakarta, penduduknya kelihatan lebih aman dan me-neruskan kehidupan seperti biasa kerana percaya kota yang penuh dengan istana tidak akan diancam limpahan lahar atau debu lahar ekoran kedudukannya kira-kira 30km dari gunung itu.
Lahar gunung berapi dikatakan mampu mengalir sehingga 15km saja, namun menurut seorang anggota SAR, Saiful Aziz, 22, keadaan akan menjadi buruk sekiranya hujan menyebabkan lava mengalir lebih jauh.
Pemandu kenderaan, Trihandono, 37, pula berkata kebanyakan penduduk di Jogja percaya kota itu masih selamat dan terkeluar daripada ancaman selepas penduduk termasuk beliau sendiri, melakukan upacara tradisi memasak 15 jenis sayur bagi menolak ancaman gunung berapi itu.
"Jogja masih keramat sebab itu apabila ia meletus (Selasa lalu), hujan debu bisa sampai ke Silacap, Jawa Barat (150km dari Merapi) dan Semarang di utara Jogja (kira-kira 100km dari Merapi) tetapi tidak di Jogja. Kami percaya daulat kraton (istana) di sini masih berpengaruh," katanya.
Malah katanya, penjaga gunung Merapi, Mbah Maridjan, antara mangsa korban Merapi pernah berpesan yang angin debu lahar tidak akan turun ke arah bandar Jogja yang menempatkan kira-kira 500 pelajar Malaysia, selain 34 lagi ditempatkan di Solo, kira-kira 65km dari gunung berapi itu.
'Orang gomen' disaran bercuti untuk cari jodoh
2010/10/30
TAIPEI: Seorang ahli Parlimen Taiwan mencadangkan percutian 'cari jodoh' kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan kadar perkahwinan dan kelahiran di pulau terbabit. Lin Hung-chih menyarankannya kerana ramai kakitangan awam bujang. Dengan cara bercuti dua hari setahun dibiayai kerajaan mereka boleh menyertai aktiviti mencari jodoh, katanya.
Pasangan Taiwan yang berkahwin mencatat rekod paling rendah iaitu 117,099 pada 2009 merosot kepada 24.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.Kadar kelahiran di pulau itu juga antara paling rendah di dunia. Hanya 191,310 bayi dilahirkan tahun lalu. – AFP
Debu gunung berapi boleh sampai ke India
2010/10/30
MUMBAI: Aktiviti seismik di gunung Merapi, Indonesia mungkin mencetuskan letusan dahsyat dan debunya diramal boleh sampai ke India, kata seorang pakar, di sini. Ia boleh mengulangi kejadian seperti di Eropah selepas letusan gunung berapi di Iceland menyaksikan debunya tersebar ke banyak kawasan Eropah.
Pusat Pemantauan Gunung Berapi Merapi meramalkan satu letupan besar yang mungkin menghapuskan apa jua dalam laluannya dan justeru, industri penerbangan perlu memerhati rapat gunung berapi terbabit.Aliran lahar bukan satu kebimbangan utama, namun gunung berapi itu biasanya memuntahkan bertan-tan kepulan asap debu yang boleh sampai ke India, kata Dr D Chandrasekharam, Profesor Jabatan Sains Bumi, IIT-B dan Lembaga Pengarah Persatuan Geoterma Antarabangsa semalam.
“Ledakan amat besar ialah ketika gunung itu secara asasnya meletup. Letusan dahsyat dunia berlaku sebelum ini ialah gunung Vesuvius yang menimbus bandar Pompeii dan Herculaneum; St Helens di Washington; Hekla di Iceland dan gunung berapi Pinatubo, Filipina,” katanya.
Sementara itu, debu panas itu juga dilaporkan mengancam candi Borobudur, antara lokasi pelancongan popular Indonesia.
Sebahagian kawasan kuil itu sudah ditutup kepada awam bagi membolehkan pekerjanya mencuci debu putih daripada lutusan Merapi.
Pakar antikuiti bimbang, bahan asid dalam dbu itu akan merosakkan batu candi berkenaan, kata Marsis Sutopo yang mengetuai pejabat perlindungan Borobudur.
Pelawat masih boleh masuk tetapi boleh hingga ke dalam sehingga minggu depan kerana usaha mencuci itu, kata pegawai. – Agensi
Merapi muntahkan lahar pula
Usaha bantu mangsa tsunami bermasalah, korban bencana cecah 442
MERAPI mula luahkan lahar panas, semalam.
BAYI tiga minggu baru diselamatkan daripada tsunami.
YOGYAKARTA: Gunung berapi Merapi memuntahkan lahar buat kali pertama semalam selain meletus lima kali ketika Indonesia menghadapi kesukaran menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa tsunami di Sumatera Barat.
Seramai 34 orang maut kerana letusan Merapi sejak Selasa lalu manakala angka kematian tsunami meningkat kepada 408 orang dan 303 lagi masih hilang.
Seramai 34 orang maut kerana letusan Merapi sejak Selasa lalu manakala angka kematian tsunami meningkat kepada 408 orang dan 303 lagi masih hilang.
Berpuluh-puluh mangsa terselamat daripada tsunami merana terbaring dalam hospital daif termasuk seorang bayi dua bulan yatim piatu ditemui dalam sebuah parit dipenuhi air.
Mereka yang cedera terbaring di atas tikar atau lantai ketika air hujan bocor di siling dan saluran intravena tergantung dari tali plastik yang diikat pada bumbung.
Bayi itu, paru-parunya dipenuhi cecair dan luka pada mukanya, tidur sambil matanya terkelip-kelip dalam buaian panas.
Pakar gunung berapi tempatan berkata, muntahan terbaru mungkin dapat menstabilkan lagi Merapi.
“Ia memuntahkan asap setinggi 3.5 kilometer di sebelah tenggaranya diikuti hujan debu,” kata pakar itu, Heru Suparwoko.
Beliau berkata, debu panas itu memang mengancam penduduk yang enggan akur kepada arahan supaya berpindah selepas pulang untuk menjaga ternaman dan kediaman masing-masing.
Seramai 50,000 orang lari ke tempat perlindungan sementara tetapi ramai pula yang pulang meskipun ada ancaman terhadap mereka jika Merapi meletus lagi.
“Memang susah meyakinkan orang ramai bahawa ancaman gunung berapi itu serius,” kata Pegawai Pusat Krisis Kementerian Kesihatan, Mudjiharto.
Pihak berkuasa bertanggungjawab dalam bencana percaya bahawa angka kematian akibat ombak besar yang melanda pulau Mentawai di pantai barat Sumatera Isnin lalu boleh melebihi 600 orang dengan kebanyakan mangsa dihanyutkan ke laut.
Hampir 13,000 penduduk tinggal dalam khemah mudah alih di pulau terbabit selepas rumah mereka dihanyutkan ombak besar selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter.
Mentawai yang terkenal sebagai destinasii peluncur asing menyaksikan banyak mayat yang tertimbus di pantai atau tersangkut di atas pokok.
Di Pagai Utara, usaha menghantar bantuan ke pulau pedalaman terus bermasalah disebabkan laut bergelora dan kekurangan bot.
Seorang koordinator bantuan mengakui semalam bahawa bantuan kini tergendala. Suryadi yang mengkoordinasikan maklum balas bantuan dari Sumatera Barat, berkata bertan-tan bantuan tiba di bandar utama pulau terjejas teruk itu menggunakan helikopter, selepas laut ganas menghalang bot tiba selama dua hari.
Bagaimanapun, pekerja penyelamat berkata mereka tidak dapat menghantar bantuan ke perkampungan tepi pantai yang jauh di pedalaman dan hanya boleh sampai jika berjalan kaki atau melalui laut kerana jalan raya terlalu usang atau rosak kerana dilalui trak besar.
“Kami memerlukan lebih banyak bot,” kata Suryadi. – AFP/AP
Kegembiraan rombongan belia bercuti berakhir tragedi
KEADAAN bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands, malam tadi.
KARAK: Tujuh maut, 21 cedera selepas bas persiaran membawa 44 ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam tadi.
Tujuh mangsa meninggal di tempat kejadian iaitu Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17, Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zainal Mohd Sufian, 28, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Semua mangsa meninggal akibat tersepit dan tercampak daripada kenderaan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bas berkenaan menuruni bukit di susur Genting dan dikatakan mengalami kerosakan brek sebelum terbabas dan terbalik.
“Akibat kejadian itu, empat penumpang tercampak keluar dan dua tersepit.
“Seramai 21 penumpang lagi cedera, kebanyakannya tersepit dibawa ke hospital dan seorang daripadanya meninggal dalam perjalanan. Penumpang lain termasuk dua pemandu dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang, Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Bas yang disewa Gerakan Belia 4B dikatakan sampai di pusat peranginan itu kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam) sebelum bertolak pulang ke Kedah jam 5.30 petang.
Sementara itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, yang mengalami kecederaan ringan berkata, ketika kejadian, beliau sedang tidur dan berasa bas dalam keadaan bergoyang sebelum terbalik.
“Kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur kerana masing-masing letih... saya hanya mampu melihat keadaan panik dan masing-masing menjerit.
“Malah, dua penumpang tersepit, manakala empat lagi tercampak keluar daripada bas itu,” katanya.
Mangsa, Mohd Zainol Hafizan, 15, ketika ditemui di HKL berkata, sepanjang perjalanan, beliau tertidur akibat kepenatan sebelum terjaga apabila menyedari bas bergoyang.
“Dalam sekelip mata, bas sudah terbalik. Semua penumpang hanya mampu menjerit kerana terlalu terkejut sebelum keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri,” katanya.
Rakannya, Ahmad Amirul Shahrul, 13, berkata, beliau hanya sedar selepas terdengar bunyi bising dan ketika itu bas sudah terbalik.
“Saya tidak mengalami kecederaan teruk teruk selepas keluar dari tingkap. Rakan-rakan lain juga mengambil langkah sama kecuali mereka yang tersepit,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)