Pages

Wednesday, September 30, 2015

Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.



Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Kita skrg kalau beranak 5 sederet lelaki dah rasa frust. Ni mak saya tabahnya dia sampai 11 lelaki..rilek je. Susah nak jumpa keluarga yg ada adik beradik 1 hingga 11 yg sama jantina. Boleh masuk malaysia book of record ni.

Dan 1 hingga 16 semua masuk universiti.. ni pun boleh masuk rekod rasanya smile emoticon

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sbb hidup cukup2 makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150, mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua kerja Allah..semua rezeki dari Allah

(وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا)

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; KAMILAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA MEREKA (anak2) DAN KEPADA KAMU (ibubapa). Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar
[Surat Al-Isra 31]

Allah bagi rezeki kpd anak2 dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain. Pada tahun 2001,ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api utk masak.. ada parut kena parang pd tahun 2001 di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada rancangan makanan tambahan, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana tidak tertahan menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarganya sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat berjemaah di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, 'tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Skrg bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu2.

-dari facebook

Budak luar biasa


Meluncur secara mengundur di bawah 53 buah kereta

Devisri Prasad melakukan aksi meluncur secara mengundur di bawah
Devisri Prasad melakukan aksi meluncur secara mengundur di bawah kereta dengan harapan dapat memecahkan rekod dunia. AGENSI
NEW DELHI 29 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki India mempamerkan kehebatan melenturkan badannya untuk meluncur secara mengundur di ruang yang sempit di bawah berpuluh-puluh buah kereta dalam tempoh kurang 25 saat.
Kanak-kanak terbabit, Devisri Prasad yang hanya berusia lapan tahun berasal dari Tirupati, tenggara India, melakukan aksi mengagumkan itu sebagai usaha memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori meluncur secara mengundur di bawah kereta sebelum ini iaitu sejauh 30 meter.
Menurut portal Mail Online, Prasad berjaya mengharungi jarak sejauh 100 meter di bawah 53 buah kereta dalam tempoh 22.59 saat dengan ruang ketinggian hanya 17.78 sentimeter dari permukaan tanah dan bahagian bawah kereta.
Malah, Prasad berharap aksinya itu mendapat pengiktirafan empat rekod dunia iaitu meluncur di bawah kereta paling pantas, meluncur di bawah kereta paling jauh, meluncur di bawah kereta secara mengundur, dan meluncur di ruang paling sempit.
Bagi melengkapkan cabaran tersebut, Prasad berlatih selama enam jam sehari iaitu tiga jam pada waktu pagi dan tiga jam lagi pada waktu petang dengan bantuan bapanya, Lokanathan.
“Kebiasaannya saya memulakan latihan seawal pukul 4 pagi dan menyambung semula latihan selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 4 petang.
“Tanpa bantuan ibu dan ayah, saya tidak mampu mencapai tahap ini dan sokongan mereka sangat membantu saya mengatasi sebarang masalah.
Bapanya, Lokanathan yang merupakan pesara jurutera, berkata, dia menggunakan rakaman video untuk memperbe­tulkan kesilapan yang dilakukan oleh anaknya.
“Saya mahu Prasad menjadi peluncur profesional dan mendapat pingat emas untuk India,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-luar-biasa-1.141319#sthash.WPA2bb8y.dpuf

Tuesday, September 29, 2015

NASA: Aliran air ditemui di Planet Marikh


‎NASA: Aliran air ditemui di Planet Marikh

29 SEPTEMBER 2015
‎NASA: Aliran air ditemui di Planet Marikh

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menemui aliran air di Planet Marikh dan menyatakan kemungkinan terdapat hidupan di sana.

Menurut Pengarah Sains Planet NASA, Jim Green, planet Marikh tidak gersang dan kering seperti yang diketahui sebelum ini.

"Dibawah keadaan tertentu, aliran air ditemui di Marikh," katanya

Sebelum ini, ahli sains telah membuat spekulasi bahawa mungkin ada sesuatu yang hidup di planet yang dikenali sebagai Planet Merah ini.

"Kehadiran aliran air membolehkan kehidupan wujud di sana," kata Nasa.

Memetik AFP, kehadiran air juga akan  memudahkan penghantaran misi manusia ke Marikh yang dijangkakan akan dilakukan oleh NASA pada tahun 2030.

Para saintis telah lama percaya bahawa air pernah mengalir di seluruh planet itu dan membentuk lembah-lembah dan ngarai, tetapi perubahan iklim utama kira-kira tiga bilion tahun dahulu berubah keadaan itu.

"Hari ini kita semula merevolusikan pemahaman kita tentang planet ini," kata Jim

Sebelum ini, Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh

"Tanah di planet itu adalah lebih lembap daripada yang dijangkakan," ujarnya.

Sejak empat tahun lalu, Nasa memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh, bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka merumuskan jalur-jalur itu adalah air.

Jemaah haji mula pulang



AGENSI - SEBUAH pesawat milik Saudi Arabian Airlines.


JEDDAH – Syarikat pe­nerbangan Saudi Arabian Airlines bersiap sedia menerbangkan jemaah haji pulang ke merata destinasi di seluruh dunia mulai kelmarin selepas musim haji tahun ini berakhir.
Pembantu pengurus besar perhubungan awam dan jurucakap rasminya, Abdul Rahman Al-Fahd berkata, semua sektor operasi termasuk di udara dan darat, penyelenggaraan dan pasukan simpanan di Mekah bekerja dengan kapasiti penuh bagi memberi perkhidmatan kepada jemaah haji.
“Kami menganggarkan penerbangan domestik dan antarabangsa ketika cuti Aidiladha akan menjadi sa­ngat sibuk sehingga hujung minggu ini” katanya.
Menurutnya, operasi ha­rian Saudi Arabian Airlines melibatkan laluan domestik dan antarabangsa merangkumi 667 pesawat.
Beliau berkata, hampir 609 penerbangan beroperasi semalam.
Operasi penghantaran pulang jemaah haji akan berterusan mengikut pe­rancangan mulai 27 hingga 30 September ini. Operasi berkenaan merangkumi le­bih 2,442 penerbangan sama ada domestik atau antarabangsa.
Saudi Arabian Airlines mengangkut sejumlah 355,454 jemaah haji melibatkan 1,466 penerbangan antarabangsa.
Seramai 242,818 jemaah berkenaan yang menaiki 1,162 penerbangan, tiba di Arab Saudi melalui Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3n4cxvRdF 
Hakcipta terpelihara 

Kutip sampah jumpa syiling emas

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kutip-sampah-jumpa-syiling-emas-1.140940#sthash.DcRSfwle.dpufWELLINGTON 28 Sept. – Sekumpulan penyelam di New Zealand yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tapak pelupusan sampah di sebuah pelabuhan di sini, terkejut apabila menemukan sejumlah harta karun termasuk 868 keping syiling emas.
Portal berita Daily Mail melaporkan, seramai lima anggota dari 99 Crew Dive Team yang melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap di Wellington Harbour, New Zealand, tidak menyangka mereka akan menjumpai barangan berharga itu di kawasan operasi yang mereka jalankan.
Stuff.co.nz melaporkan, ketika kejadian, anggota penyelam menjalankan operasi mengutip sampah di sekitar dermaga tersebut, namun tidak pula memberi nilai sebenar syiling emas ber­kenaan.
Seorang anggo­ta kumpulan penyelam itu menjelaskan, apa sahaja benda bernilai yang dijumpai akan dijual, dan hasilnya akan digunakan untuk menampung kerja-kerja pembersihan tersebut yang pada awalnya menggunakan duit poket para penyelam sendiri.
Beberapa imej rakaman yang di­muat naik di Internet memaparkan pasukan penyelam itu menunjukkan kesungguhan mereka menarik naik sejumlah barangan dari dalam laut ke darat.
Kumpulan penyelam itu merupakan yang kedua melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh dua minggu.
Pasukan penye­lam tersebut menganjurkan kerja pembersihan laut secara berkala bagi membantu membersihkan kawasan pelabuhan
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kutip-sampah-jumpa-syiling-emas-1.140940#sthash.DcRSfwle.dpuf

Monday, September 28, 2015

Kapal layar paling lasak di dunia



KAPAL ini dikatakan sesuai belayar di kawasan ais seperti di Lautan Artik dan Antartika.


AMSTERDAM – Sebuah kapal layar mewah setinggi 100 meter di sini dipercayai merupakan paling lasak di dunia kerana mampu memecahkan ais selain belayar pada jarak yang jauh.
Kapal layar itu yang dikenali sebagai SeaXplorer dipamerkan pada Pameran Kapal Pesiaran Monaco minggu lalu. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan perkapalan terbesar di Belanda, Kumpulan Damen.
Kapal layar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, gimnasium, selain penumpang berpeluang menyelam melihat hidupan laut dan banyak lagi.

KAPAL layar ini turut dilengkapi dengan kemudahan termasuk bilik tidur yang mewah. - AGENSI


Kapal yang mampu menampung seramai 30 penumpang dan 50 anak kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelayaran selama 40 hari.
"Syarikat itu berjaya membina sebuah kapal layar yang bukan sahaja mampu belayar pada jarak yang jauh, malah ia dilihat berupaya merempuh kiub ais di kawasan berais kerana direka dengan menggunakan revolusi pembinaan terbaharu.
"Apa yang lebih menarik, kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka Lautan Artik dan Antartika yang mana kebanyakan kapal pesiaran tidak mampu menuju ke kawasan-kawasan ini," kata seorang wakil perunding daripada syarikat penjualan kapal pelayaran, Benjamin Maltby. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3n1YDHDGw 
Hakcipta terpelihara 

Bulan ‘berdarah’

Oleh Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’ iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan dijangka berlaku pada hari ini.


Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena itu bagaimanapun hanya dapat di lihat di benua Eropah, Amerika, Afrika serta sebahagian barat dan selatan Asia saja.

Katanya, fenomena terbabit ialah gabungan tiga kejadian perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.

Beliau berkata, gabungan bulan penuh dan Perigee atau ‘Super Moon’ (bulan dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang) serta gerhana (Blood Moon) berlaku pada tarikh itu.

“Fenomena Super Moon berlaku kerana bulan berada di kedudukan orbit paling hampir dengan bumi dikenali sebagai Perigee. Semasa bulan di kedudukan Perigee, ia dalam fasa penuh menyebabkan kelihatan lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa.

“Fenomena gerhana bulan pula menyebabkan ia kelihatan berwarna merah disebabkan bayang-bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

“Kita juga akan dapat lihat bulan bersaiz lebih besar iaitu 14 peratus lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata, semasa fenomena Super Blood Moon, bulan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerahan semasa gerhana.

Zamri berkata, fenomena ini mudah dilihat orang ramai di kawasan ia berlaku.

Katanya, orang ramai boleh melihat fenomena itu tanpa memerlukan kepada sebarang peralatan bantuan penglihatan serta mudah dikenali.

Menurutnya, di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh dapat disaksikan dengan mata kasar pada April lalu.

“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana bulan penuh dapat dilihat pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.

“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, namun tidak akan menyebabkan sebarang bencana alam. Hal ini kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:14 AM

FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80667#sthash.FIYXw60K.dpuf

Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak

27 SEPTEMBER 2015
Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak Burung The Great Tit

GENIT, menawan, ditambah pula dengan bulunya yang berwarna-warni, namun awas! Jangan terpedaya dengan penampilan itu kerana ia sangat  ganas  dan bahaya.

Ia yang dimaksudkan ialah burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai burung zombie tit adalah antara burung yang merbahaya di dunia.

Memetik laporan Oddity Central, melaporkan bahawa burung ini sejenis burung daripada kumpulan omnivor (yang memakan tumbuhan dan juga daging).

Walaupun burung ini memakan tumbuhan dan serangga, namun adakalanya burung ini bertindak ganas dengan membunuh burung lain dan kelawar.

Burung ini dikatakan berasal dari sub-kumpulan Paridae. Ia boleh ditemui di sepanjang Eropah, Timur Tengah, di tengah-tengah antara benua Eropah dan Asia, Utara Asia serta Afrika Utara.

Menurut penduduk tempatan burung ini dinamakan zombie tit kerana caranya membunuh mangsanya.

Dilaporkan bahawa burung ini menyerang mangsa secara serangan hendap sama ada ketika burung-burung berada dalam sarang atau ketika kelawar sedang berhibernasi pada waktu siang.

Pada waktu itu zombie tit akan menerkam kepala mangsa, lalu mematuk tengkorak hingga pecah sebelum menjamah otak segar.

Ada ketikanya zombie tit ini bertindak lebih rakus dengan melakukan serangan ke atas spesies burung yang sama jenis semata-mata untuk mencuri makanan yang disimpan oleh burung tersebut.
Yang mana satu lagi tabiat lain pemakanan burung dan kelawar ini ialah suka menjamah bangkai.

Meskipun ia hanya bersaiz 12.5 sentimeter hingga 14 sentimeter, namun ia dianugerahkan paruh yang sangat kuat hingga  mampu memecahkan kacang hazel serta biji-bijian.
Maka tidaklah menghairankan apabila burung ini mampu memecahkan tengkorak burung lain dan kelawar.

Dalam pada itu, burung ini juga dikatakan menyerang haiwan berbisa lain seperti kala jengking dan juga labah-labah.

Burung ganas ini diketahui tidak suka berpindah randah, sebaliknya hanya berpindah sekiranya cuaca terlalu sejuk di musim salji. Ia membuat sarang di dalam batang-batang pokok.

Walaupun ia kecil namun burung ini mampu bertelur sehingga 12 biji telur dalam satu-satu masa.
Meskipun begitu hanya dua ekor sahaja yang biasanya kekal hidup.

Selain itu, burung ini juga mempunyai suara yang merdu, intonasi suaranya sangat nyaring dan sedap didengar malah boleh menghasilkan sehingga 40 siulan daripada intonasi suara tersebut.

Namun , siapa sangka, malah mangsa sekalipun tidak kenal akan pemangsa ini, yang kelihatan begitu indah namun sebaliknya.

Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan


27 SEPTEMBER 2015Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan
Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan Gambaran menunjukkan bahagian wajah yang akan disentuh oleh si peraba wajah.

RAMAI tidak tahu bahawa wujud pekerjaan sebagai ‘peraba wajah' atau sensory scientist. Di negara barat jawatan ini telah lama wujud.

Untuk sesiapa yang berminat bagi bekerja di lapangan ini seseorang itu perlulah mempunyai daya tahan yang tinggi, berdisiplin dan semestinya memiliki jari tangan yang sensitif dan mereka perlulah berumur antara 20 tahun sehingga 35 tahun.

Sementara dari sudut gaji pula seseorang peraba wajah dibayar sehingga RM106 sejam, lumayan bukan!

Memetik laporan majalah kesihatan Eropah, menjelaskan bahawa jawatan peraba wajah adalah sangat penting dalam industri penjagaan peribadi seperti pencuci muka, losyen, sabun, pisau cukur dan sebagainya yang melibatkan produk dan kulit. Tugas mereka adalah merasa wajah dengan jari yang sensitif keadaan wajah penguji selepas menggunakan produk baharu sesebuah syarikat sebelum dipasarkan.

Untuk makluman, seandainya wajah penguji kasar selepas mencuba produk tersebut, bermakna produk itu masih perlu dikaji sehinggalah ia benar-benar 'ok' dan menepati piawaian yang dikehendaki oleh syarikat tersebut, dan di sinilah kemahiran dituntut kepada peraba wajah untuk memastikan muka si penguji wajah terus menerus lembut, bagi 'mengiayakan' sesuatu produk.

Menurut peraba wajah profesional Pusat Analisis Deria, Universiti State Kansas, Anice Robel, untuk menguji keberkesanan sesuatu produk itu, dia akan menyentuh diseluruh kawasan wajah termasuk bibir, hidung, pipi dan leher dan seterusnya dia akan menilai sentuhan itu dan langkah seterusnya ialah memberi markah kepada berkesan atau kasar.

Selain itu, Robel turut 'merasai' sesuatu selain wajah manusia, Robel turut merasai kusyen kereta, bulu berus gigi dan barang-barang lain sebelum sesuatu produk itu dipasarkan.

Menurut kajian, syarikat produk antarabangsa akan memastikan beberapa orang peraba wajah profesional diambil untuk bekerja dengan pihak mereka dan oleh itu tidak hairanlah produk antarabangsa selalu menjadi pilihan masyarakat dunia, dek kerana keberkesanan si peraba wajah dalam memastikan sesuatu produk antarabangsa itu lulus untuk digunakan atau tidak.

Kajian: 10 negara menarik untuk didiami

Kajian: 10 negara menarik untuk didiami

27 SEPTEMBER 2015
Kajian: 10 negara menarik untuk didiami Malta adalah sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan diduduki. – Foto: Valery Bareta / Shutterstock

SEPULUH negara telah dinamakan oleh InterNations.org sebagai negara yang menarik untuk dihuni.

Melalui sebuah penyelidikan, pendapat dari 14,000 peserta dari 195 negara telah diambil kira melalui beberapa siri soalan mengenai pengalaman mereka di luar negara.

Keputusan berdasarkan faktor peluang pekerjaan, tawaran gaji, hidup yang berkualiti dan keselamatan.

Excuador, Mexico dan Malta telah dinamakan sebagai tiga negara terbaik untuk diduduki.

Ecuador mendapat tempat pertama kerana kos hidup di negara berkenaan yang rendah dan menyesuaikan diri di Mexico adalah sangat mudah menyebabkan ia mendapat tempat kedua.

Malta pula memberikan pengalaman pekerjaan yang memuaskan hati dan kehidupan yang seimbang dengan pekerjaan.

10 negara terbaik tersebut adalah:

1. Ecuador
2. Mexico
3. Malta
4. Singapura
5. Luxemborg
6. New Zealand
7. Thailand
8. Panama
9. Canada
10. Australia

Bayi ‘ajaib’ tanpa 
otak sempurna


FLORIDA 27 Sept. - Seorang bayi yang dilahirkan tanpa otak yang sempurna dan ketiadaan tulang tempurung kepala mencipta keajaiban apabila menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya bulan lepas, walaupun pada awalnya doktor menyatakan dia tidak akan dapat hidup lama.
Jaxon Emmet Buell yang dilahirkan tanpa otak sempurna dan ketiadaan tulang tempurung kepala mencipta keajaiban apabila selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya bulan lepas walaupun doktor menyatakan dia tidak akan hidup lama. AGENSI
Portal Daily Mail melaporkan, ibu bapa Jaxon Emmet Buell, Brandon dan Brittany dimaklumkan bahawa anak mereka itu ketika dalam kandungan mengalami kerosakan otak dan tidak akan hidup lama.
Jaxon dikesan menghidap sejenis penyakit kerosakan saraf ketika dilahirkan, Anencephaly yang menyaksikan seseorang bayi akan lahir tanpa otak dan tempurung kepala lengkap.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit berkata, hanya 1 daripada 4,859 bayi di Amerika Syarikat (AS) lahir menghidap Anencephaly, dan biasanya mereka meninggal dunia selepas dilahirkan.
Brandon, 30, berkata, selepas menjalani ujian kedua ultrabunyi ke atas kandungannya pada minggu ke-17, dia dan suaminya berasa timbul masalah apabila juruteknik tersebut tiba-tiba terdiam apabila melihat keadaan kepala bayinya.
“Kami dimaklumkan mengenai masalah tersebut dan menemui beberapa orang doktor yang kemudian meminta kami menggugurkan sahaja kandungan itu.
“Kami menentang pengguguran bayi. Kami melakukan apa sahaja untuk membolehkan Jaxon selamat,” katanya.
Jaxon selamat dilahirkan me­lalui pembedahan pada 27 Ogos 2014 dengan berat 1.81 kilogram dan dalam tempoh tiga minggu pertama selepas dilahirkan Jaxon ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal di Winnie Palmer Hospital, Florida ketika pakar otak cuba memahami keadaannya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-8216-ajaib-8217-tanpa-8232-otak-sempurna-1.140614#sthash.ozD4Byvn.dpuf

Jemaah haji mula meninggalkan Mina


KENDERAAN termasuk bas, van dan pacuan empat roda membawa jemaah haji ke Mekah memenuhi jalan raya di Mina menuju ke Mekah, semalam. - AGENSI
MINA 27 Sept. - Jemaah haji berpusu-pusu keluar dari Mina selepas mereka selesai melakukan ibadah melontar jamrah pada hari terakhir ibadah haji, hari ini.
Portal berita arabnews.com me­laporkan, walaupun dalam keadaan panas terik dan suhu mencecah 45 darjah Celsius, jemaah masih terus melakukan ibadah melontar pada hari terakhir, sebelum kembali ke Mekah untuk menunaikan tawaf dan saie.
Kebanyakan jemaah didapati memakai payung untuk berlindung daripada cuaca panas terik matahari.
Sebahagian jemaah lagi telahpun kembali ke Mekah semalam.
“Alhamdulillah, saya telah selesai menunaikan kesemua rukun. Saya tiada sebarang bantahan kerana ibu-bapa dan sanak-saudara telah membantu saya bersiap sedia menghadapi ibadah yang mencabar ini,” kata seorang jemaah haji, Sultan Al-Shehri dari Riyadh, yang pertama kali menunaikan haji.
Seorang jemaah haji dari Ikandariah, Mesir, Rauf Abdul Hameed, pula menitiskan air mata selepas berjaya menyelesaikan ibadah hajinya.
“Menunaikan haji bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan emosi,” katanya.
Kesemua jalan keluar dari Mina menuju ke Mekah penuh sesak dengan kenderaan.
Jemaah dari seluruh dunia kini menuju ke Mekah dan menetap di hotel selama beberapa hari selepas melengkapkan ibadah haji mereka, sebelum menunaikan tawaf widaa’ dan berlepas pulang ke tanah air masing-masing. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jemaah-haji-mula-meninggalkan-mina-1.140593#sthash.vtkCbE9I.dpuf

Sunday, September 27, 2015

‘Umbrella dad’ lambang kasih sejati seorang bapa


 ‘Umbrella dad’ lambang kasih sejati seorang bapa
 ‘Umbrella dad’ lambang kasih sejati seorang bapa Gambar menunjukkan Liu Qiao membiarkan dia basah terkena hujan ketika memayung anaknya.
26 SEPTEMBER 2015


SEKEPING foto yang menunjukkan seorang bapa yang basah kuyup, memayungi anaknya ditengah hujan lebat yang pulang dari sekolah, berjaya menyentuh hati jutaan netizen selepas gambar tersebut dikongsi di laman sosial.

Memetik laporan The Independent, gambar tersebut di ambil di sebuah jalan di Queens, New York.

Foto yang menjadi lambang pengorbanan seorang bapa mengundang rasa terharu di kalangan netizen malah ia dikongsi oleh beberapa lama web terkenal seperti Imgur, Reddit dan 9Gag.

Lelaki yang digelar ‘umbrella dad’ oleh netizen ialah seorang warga China yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Liu Qiao, seorang pengurus di JPMorgan Chase berkata, dia tidak menyangka, fotonya itu akan menjadi perhatian dan mendapat pujian daripada orang ramai.

"Pada hari itu, saya mengambil anak lelaki yang berusia 4 tahun dari tadika selepas pulang dari tempat kerja.

"Hujan semakin lebat selepas dia berjalan keluar dari sekolah dan memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah, saya tidak berhenti dimana-mana tempat untuk berteduh.

"Saya masih muda dan tidak mahu dia kesejukkan," katanya.

Tambah Liu, dia dan isterinya sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak lelakinya itu.

"Walaupun, gambar itu menjadi viral, namun ia tidak mengubah apa-apa dan saya akan terus memberi yang terbaik kepada anak saya" katanya lagi.

Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b


Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b
Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b ‘Sailing Yatch A’ dibina dengan kos 260 juta pound milik Melnichenko.
26 SEPTEMBER 2015


HAMBURG - JERMAN. Apabila wang bukan masalah, bilionair dari Rusia, Andrey Igorevich Melnichenko, 43, telah menaiktaraf kapal layar mewah miliknya kepada yang lebih mewah dan besar dengan kos melebihi RM1 bilion (260 juta pound).

Kapal layar mewah lapan tingkat yang mempunyai ketinggian 300 kaki dan 468 kaki panjang yang bersamaan dengan panjang 13 buah bas di London itu diberi nama ‘Sailing Yatch A’ kerana mahu ia sentiasa berada paling atas dalam senarai pendaftaran perkapalan.

Memetik laporan portal Mail Online, kapal layar itu paling besar di dunia dan reka bentuk dalamannya disesuaikan untuk 20 orang tetamu dan 54 kru.

Kapal layar yang menggunakan kawalan digital berteknologi tinggi itu beroperasi dengan sentuhan pada kaca gelap di mana kru boleh mengemudi malah menurunkan sauh hanya dengan sentuhan di jari mereka.

Kelajuan pelayaran ‘Sailing Yatch A’ adalah 18mph dan boleh mencapai sehingga 24mph.

Kapal layar milik Melnichenko sebelum ini, ‘Moto Yatch A’ bernilai 190 juta Pound British.

Melnichenko berkahwin dengan bekas model Serbia, Aleksandra 10 tahun lalu.

Hotel terbesar di dunia dibina di Makkah


Hotel terbesar di dunia dibina di Makkah
Hotel terbesar di dunia dibina di Makkah Abraj Kudai mengikut ilustrasi grafik



MAKKAH - ARAB SAUDI . Sebuah hotel yang akan mempunyai 12 menara, 10,000 bilik, 70 restoran, helipad dan pusat konvensyen sedang dibina di Makkah dan dijangka dibuka pada 2017.

Menurut CNN, hotel tersebut, Abraj Kudai direka oleh firma Dar Al-Handasah, sedang dibina di kawasan seluas 1.4 juta meter persegi dan dijangka menjadi hotel terbesar di dunia.

Kedudukan hotel tersebut yang hanya dua kilometer dari Masjidil Haram dijangka akan menjadi tumpuan jemaah haji.

Pada ketika ini, gelaran hotel terbesar disandang oleh MGM Grand Hotel id Las Vegas.

Berikut merupakan lima hotel terbaik dunia berdasarkan jumlah bilik:



1. MGM Grand Hotel, Las Vegas: 6,198 bilik

2. First World Hotel, Malaysia: 6,118 bilik

3. Luxor Hotel, Las Vegas: 4,400 bilik

4. Mandalay Bay Resort, Las Vegas: 4,332 bilik

5. The Venetian, Las Vegas: 4,049 bilik
-sinarharian

India mahu lakukan penerbangan tanpa henti paling jauh


PETA laluan penerbangan pesawat Air India sejauh 14,000km dari Bengaluru, India ke San Francisco, AS.- AGENSI


BENGALURU, India – Syarikat penerbangan India bercadang mahu melakukan perjalanan penerbangan komersial tanpa henti paling jauh di dunia dari Bengaluru ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Syarikat Air India yang akan melakukan pe­­­ne­r­­­­­­­­­­­­­­­­­bangan sejauh 14,000 kilometer (km) itu dilaporkan bakal memakan masa antara 17 hingga 18 jam sebelum tiba ke destinasi.
Pada masa ini, penerbangan paling jauh di dunia dilakukan oleh syarikat penerbangan Qantas dengan jarak perjalanan 13,730km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Forth Worth di AS ke Sydney, Australia.
“Kami merancang untuk melakukan perjalanan tanpa henti sama ada dari Delhi atau Bengaluru ke San Francisco menggunakan pesawat Boeing 777-200,” kata seorang jurucakap Air India dalam satu kenyataan kepada Times of India.
Syarikat tersebut juga merangka untuk melakukan penerbangan terus dari bandar Ahmedabad ke London berikutan permintaan tinggi pelancongan antara dua bandar terbabit. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3mtIPOJdj 
Hakcipta terpelihara 

Jemaah haji teruskan ibadah melontar

Jemaah haji melakukan ibadat melontar di Kompleks Jamarat di Mina,

Jemaah haji melakukan ibadat melontar di Kompleks Jamarat di Mina, semalam. AGENSI
MEKAH 26 Sept. - Jemaah haji meneruskan ibadah haji dengan melakukan ibadah melontar di Mina, hari ini ketika pihak berkuasa Arab Saudi menempatkan lebih ramai anggota pasukan khas keselamatan bagi memastikan keselamatan jemaah.
Berpuluh-puluh anggota pasukan keselamatan khas kelihatan berkawal di Jambatan Jamarat, bangunan lima tingkat di Mina di mana jemaah melakukan ibadah melontar jamrah.
Lebih ramai anggota ditempatkan berkawal di jalan-jalan raya menuju ke kompleks itu yang menempatkan tempat letak kereta.
Kawalan ketat keselamatan itu dilaksanakan berikutan insiden rempuhan di Mina, kelmarin yang menyaksikan 717 jemaah terkorban dan 863 yang lain cedera.
Jemaah melakukan ibadah me-lontar dalam cuaca panas sekitar 45 darjah Celsius.
Esok adalah hari terakhir ibadah melontar sebelum jemaah haji kembali ke Mekah untuk menunaikan tawaf dan saie.
Selain tragedi rempuhan, jemaah haji tahun ini menghadapi dugaan hebat dengan tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lalu yang mengorbankan lebih 100 termasuk lima jemaah Malaysia dan lebih 200 jemaah lagi cedera. 
– AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jemaah-haji-teruskan-ibadah-melontar-1.140161#sthash.Cko6257T.dpuf

Saturday, September 26, 2015

KHILAFAH UTHMANIYAH CUBA MEMBANTU MELAKA

Cindai Arjuna

Pada tahun 1471 lagi, Sultan Mahmud ke II (Khilafah Uthmaniyah) telah mengikat perjanjian dengan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka. Malah Hikayat Hang Tuah memaktubkan perjalanan Hang Tuah ke Turki dan Mesir pada abad ke 15.

Pada tahun bersejarah 1511, Portugis berjaya jajah Melaka selepas bertahun lamanya perancangan rapi dibuat. Namun pada 1519, Portugis di Melaka cemas dengar ura-ura tentang kiriman armada Khilafah Uhtmaniyah bantu Muslim di Melaka sehinggakan Portugis terpaksa menghancurkan kapal Turki di pantai di Yemen yang disyaki akan ke Melaka.

Pada tahun 1537, Sultan Sulaimen 1 yang terkenal dengan polisi armada laut hebat baginda telah mengarahkan Gabenor Uthmaniyah di Mesir untuk menyediakan armada laut yang kuat demi menghapuskan aktviti Portugis di Lautan Hindi. Sultan hebat ini dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang Al Qanuni.

Pada 1538, Sultan Al-Qahhar (Acheh) berjaya mendapat bantuan Khilafah Uthmaniyah melalui Hadim Sulaiman Pasha Gabenor Mesir ketika itu. Seramai 160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk menolong orang Islam Nusantara.

Pada 1564 pula, Khilafah Uthmaniyah memberi Acheh 500 pucuk meriam moden teknologi Eropah ketika itu. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia.

Walaupun gagal membantu di saat Melaka berada dihujung tanduk pada 1511, Sultan Turki dan Gabenor Mesir masih tetap membantu menghapuskan Portugis melalui negara sekutu mereka kerajaan Islam Acheh. Pada 1537, Acheh membawa 100,000 anak kapal bersama 70 buah kapal bersama 500 orang tentera Mesir yang berpengalaman namun gagal menembusi A Famosa yang terkenal itu.

Pengepungan Melaka juga berlaku pada tahun 1568, apabila Sultan Aceh Alauddin menyerang kota Melaka yang diduduki oleh Portugis ekoran pakatan Islam yang diatur oleh Empayar Uthmaniyah yang cuba mengusir Portugis keluar dari Melaka dan pantai-pantai di India.

Pihak Uthmaniyah telah menghantar jurumeriam ke Aceh tetapi dalam jumlah yang sedikit di sebabkan serangan yang sedang berlangsung pada masa yang sama ke atas Cyprus dan rusuhan yang meletus di Aden. Tentera Sultan Aceh terdiri daripada sebuah armada besar kapal dayung panjang jenis ghali, 15,000 tentera dan askar upahan Uthmaniyyah.

Di Lautan Hindi, Sulaiman I telah mengetuai beberapa angkatan laut untuk mengusir orang Portugis dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India. Kerajaan Uthmaniyah telah menakluki Aden di Yaman pada tahun 1538 untuk dijadikan pangkalan laut untuk menghapuskan pengaruh Portugis di semenanjung barat India.

Tentera laut Uthmaniyah gagal menewaskan Portugis di dalam Perang Diu pada bulan September 1538, tetapi mereka kembali ke Aden di mana mereka mempertahankan bandar itu dengan 100 buah meriam.

Dari pangkalan ini, Sultan Suleiman I membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa'na. Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniyah dan mempelawa Portugis supaya Portugis dapat mentadbir bandar ini sehingga ianya dirampas Piri Reis di dalam Penaklukan Aden (1548). Pengkhianatan sebegini biasa berlaku termasuk di kalangan bangsawan Islam Nusantara ketika itu.

Lihatlah tanggungjawab Turki ketika itu walaupun sibuk menghadapi serangan Barat, Sultan atau Khalifah masih tetap berusaha membantu kerajaan kecil Islam di Nusantara.

Eratnya Acheh dengan Turki sehingga disiar dalam Akhbar The New York Times, 5 Julai 1873 mencatat Belanda telah mendesak Acheh memutuskan semua hubungan Acheh dengan Khilafah Uthmaniyah yang amat digeruni Barat.

Sultan Muizuddin pemerintah Sulu, Filipina (abad ke 18) juga pernah hubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan Armada Laut untuk memerangi Sepanyol. Sembahyang dan khutbah diadakan di Zamboanga untuk mendoakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul.

Sumber : laman-munawwarah.blogspot.com

Rusia Akan Wajibkan Pria Memiliki Dua Istri atau Lebih dan Diberi Tunjangan

http://www.antiliberalnews.com/2015/09/21/rusia-akan-wajibkan-pria-memiliki-dua-istri-atau-lebih-dan-diberi-tunjangan/

Pasukam Wanita RusiaAntiLiberalNews – Ketidak seimbangan populasi manusia antara lelaki dan perempuan yang terjadi di negara Rusia belakangan ini memuncul wacana untuk melegalkan pernikahan poligami atau memiliki dua pasangan wanita atau istri di Rusia.
Dilansir PikiranMerdeka, Anggota parlemen Rusia, Vladimir Zhirinovsky merupakan orang yang pertama kali mengusulkan adanya Poligami di legalkan di Rusia. Untuk menghadapi ketidak seimbangan yang terjadi, bahkan gagasan ini telah dikemukakan juga oleh perdana mentri Rusia, Dmitry Medvedev.
Menurut Vladimir yang juga ketua Partai Demokrasi Liberal Rusia, wacana mengenai poligami sendiri memiliki tujuan untuk meningkatkan angka kelahiran. Lantaran saat ini Rusia tengah menghadapi minimnya hitungan kelahiran bayi, karena biaya hidup yang sangat tinggi maka masyarakatnya lebih memilih memiliki satu anak saja.
Bahkan untuk memberikan apresiasi Vladimir Zhirinovsky menyarankan kepada pemerintah Rusia untuk memberikan hadiah kepada keluarga yang mau melahirkan dua anak atau mau memiliki dua anak yang aman. Ketika melahirkan anak pertama akan mendapatkan hadiah 100.000 Rubel atau setara dengan 30 juta Rupiah dan untuk menghadiahi kelahiran anak kedua Vladimir mengharapkan pemerintah bisa memberikan hadiah sebesar 300.000 Rubel atau setara dengan 90 Juta Rupiah.
Namun rupanya wacana Poligami yang digagas oleh Vladimir Zhirinovsky hingga saat ini belum juga teralisasi saat ini Rusia masih memberlakukan pernikahan Monogami (satu suami dan satu istri ) dan entah apakah Rusia akan benar – benar memperlakukan Poligami sebagai aturan atau tidak.
Namun kabarnya banyak para warga Rusia yang saat ini tengah diam – diam memiliki dua istri atau menjalankan Poligami, karena takut diketahui Pemeritah banyak warga yang diam – diam dan berharap kebijakan Poligami benar – benar dilegalkan oleh Pemerintah.
Akibat dari tidak dilegalkannya Poligami di Rusia ini kini banyak wanita Rusia yang tidak memiliki suami dan bahkan kini banyak wanita Rusia yang justru mencari pria dari negara lain seperti Zhainan, Thailand dan juga Warna negara Taiwan, dll.

Kubur Mona Lisa ditemui?

Monalisa

Monalisa
FLORENCE, Itali 25 Sept. – Sekumpulan pakar sejarah tempatan mendakwa mereka berjaya merungkai misteri penemuan kubur seorang wanita yang menjadi model lukisan Mona Lisa, karya pelukis terkenal, Leonardo da Vinci, baru-baru ini.
Kubur tersebut ditemui di bawah simen di biara Sant’Orsola, Florence yang turut menemui tiga kubur wanita, dengan salah satu daripadanya adalah kubur Mona Lisa.
Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai merupakan isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.
Portal Daily Mail melaporkan, kerja-kerja mencari rangka Gherardini diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut beberapa tahun lalu.
Menurut Vinceti, pihaknya mula menggali kubur tersebut selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.
“Pihak kami sangat yakin kubur dan tulang itu adalah milik Mona Lisa, kajian akeologi dan antropologi telah dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.
“Bagaimanapun, kami tidak menemui tengkorak, jika tidak, mungkin lebih senang untuk kami membina semula wajah asalnya. Kita juga akan melakukan kaedah baharu untuk mengenal pasti penemuan ini,” katanya.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.
Lukisan itu yang dihasilkan antara 1503 dan 1506 kini dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kubur-mona-lisa-ditemui-1.139978#sthash.jHWG8len.dpuf

Friday, September 25, 2015

Bergerak ke Mina melontar


Makkah: Selepas berwukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia kini berada di Mina bagi melaksanakan ibadat melontar.

Jemaah haji yang menyelesaikan ibadat wukuf di Arafah bermabit di Muzdalifah dan pergi melaksanakan ibadat melontar Jamrah Kubra di Mina pada 10 Zulhijjah iaitu semalam.


Mabit di Muzdalifah ialah berada di Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi atau berada di Muzdalifah seketika selepas tengah malam.

Pada masa sama, umat Islam di sini menyambut Aidiladha dengan ribuan jemaah memenuhi Masjidilharam bagi menunaikan solat sunat Aidiladha pada jam 6.40 pagi waktu Arab Saudi.

Bagi melancarkan pelaksanaan ibadat melontar bagi musim haji tahun ini, Tabung Haji (TH) memperkenalkan garis panduan baru membabitkan wakil melontar.

Pengarah Operasi (Bimbingan) TH Tengku Abdul Aziz Raja Abdullah berkata, garis panduan itu dinilai dari segi hukum syarak, kesihatan dan undang-undang pemerintah.

Menurutnya, sebelum ini jemaah haji yang tidak mampu melaksanakan ibadat berkenaan mewakilkan kepada orang tidak dikenali.

“Apabila tidak dikenali, jemaah haji tidak tahu yang orang diwakilkan melontar atau tidak.

“Jika jemaah haji tidak yakin wakil itu melontar atau tidak, akan menyebabkan jemaah haji was-was sama ada betul atau tidak amalannya,” katanya ketika ditemui.

Tengku Abdul Aziz berkata, bagi mengatasi masalah itu, pada tahun ini wakil dan jemaah haji yang sakit perlu mengisi borang.

Katanya, ia juga perlu mendapat kelulusan pembimbing ibadat haji TH dan pegawai perubatan TH.

“Doktor sahkan sama ada jemaah haji berkenaan berkemampuan atau tidak melontar atau sakit berterusan.

“Jemaah haji itu perlu berjumpa pembimbing ibadat kita yang akan mengambil beberapa kriteria sama ada dia layak atau tidak diwakilkan melontar,” katanya.

Menurutnya, jika saringan gagal jemaah haji berkenaan perlu melaksanakannya sendiri.

“Ada kalangan jemaah haji kita ketika hendak pergi melontar memberi alasan tidak sihat, pada hal dari segi kesihatan menyatakan dia sihat.

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya dari segi hukum meringankannya sedangkan dia mampu melontar,” katanya.

Sekiranya wakil menepati kriteria katanya, jemaah yang sakit perlu dihubungi segera apabila ibadat berkenaan sudah disempurnakan.

Beliau berkata, makluman itu penting kerana ada kaitan dengan tahlul.

“Jika tidak melontar atau lewat melontar bererti jemaah haji itu tidak boleh tanggalkan kain ihram, jadi apabila wakil maklumkan sudah melontar barulah jemaah haji berkenaan boleh tanggalkan kain ihram.

“Sebab itu, kami perlu satu garis panduan khusus memastikan wakil benar-benar laksanakan ibadat itu untuk pesakit tadi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 6:31 AM

JEMAAH haji bersedia untuk melontar di Jamrah Kubra selepas bermabit di Muzdalifah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80070#sthash.anhQ1i6C.dpuf

11 kereta mewah ‘tambat’ kekasih


Beijing: Kaedah unik seorang lelaki menggunakan kereta mewah yang disusun dalam bentuk hati ketika melamar teman wanitanya nyata berjaya.

Lelaki berkenaan yang berhenti belajar di sebuah universiti, namun cukup kaya selepas menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat sehingga mampu menyewa 11 kereta mewah itu semata-mata untuk melamar kekasihnya.

Pasangan itu bercinta sejak di sekolah menengah dan gadis terbabit kini pelajar di Universiti Guangzhou. Mereka jatuh cinta ketika menjalani latihan ketenteraan.

Ketika melamar teman wanitanya, si lelaki meletakkan kereta mewah berkenaan supaya membentuk lambang hati sebelum membunyikan hon dan muzik dengan kuat untuk menarik perhatian kekasihnya supaya keluar ke balkoni biliknya.

Gadis berkenaan turun menemuinya sebaik melihat usaha kekasihnya itu dan terus bersetuju selepas lelaki itu melutut dan melamarnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:18 AM

KERETA mewah disusun dalam bentuk hati.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79863#sthash.Au5inbiI.dpuf

Mohon monyet diberi hak cipta gambar selfie


San Francisco (Amerika Syarikat): Sebuah pertubuhan hak asasi haiwan memfailkan saman di sebuah mahkamah di sini bagi mengisytiharkan seekor monyet diberikan hak milik gambar selfie yang dirakamnya sendiri.

Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) memohon supaya monyet itu diberikan hak terhadap gambar selfie yang dirakamnya di Indonesia pada 2011.

Monyet yang dikenali sebagai Naruto itu merakam gambar selfienya menggunakan sebuah kamera yang dipasang jurugambar Britain, David J Slater.

PETA menuntut mahkamah mengisytiharkan Naruto adalah jurugambar dan pemilik yang sah gambar berkenaan.



Pertikaian hak milik gambar itu tercetus pada tahun lalu selepas sebuah laman sesawang, Wikimedia Commons menyiarkan semula gambar selfie itu dengan label milik umum.

Slater kemudian meminta Wikimedia memadamkan gambar itu kerana mendakwa imej berkenaan adalah miliknya.

“Saya yang memasang kamera dan monyet itu hanya menekan butangnya,” kata Slater.

Bagaimanapun, Wikimedia enggan memadamkan gambar itu dengan alasan ia bukan milik Slater kerana dia tidak merakamkan imej berkenaan sendiri.

PETA dalam satu kenyataan menegaskan bahawa, undang-undang di Amerika Syarikat tidak menghalang haiwan memegang hak cipta.

“Naruto sendiri yang merakamkan gambar, oleh itu haiwan berkenaan memegang hak terhadap imej berkenaan sama seperti manusia,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 5:37 AM

GAMBAR selfie Naruto yang dirakamkan sendiri haiwan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80021#sthash.BVpCa73d.dpuf

Muka hilang dimakan virus misteri


Ho Chi Minh: Seorang lelaki di sini dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang.

Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.


Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah.

Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.



Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk.

“Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya.

“Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.

Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi.

Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 5:39 AM

KEADAAN Van Dat selepas mukanya dimakan sejenis virus misteri.

Tiga juta jemaah haji wukuf di padang Arafah


AFP - JEMAAH haji tiba di padang Arafah dengan menaiki bas, dekat kota suci Mekah kelmarin.


Mekah – Lebih tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia termasuk kira-kira 22,000 dari Malaysia berhimpun di padang Arafah semalam untuk mengerjakan wukuf yang merupakan rukun utama ibadat haji.
Tempoh wukuf bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah (semalam) sehingga terbit fajar keesokan harinya.
Umat Islam berbilang bangsa dan keturunan tanpa mengira pangkat serta darjat memakai ihram semasa melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Sebahagian besar jemaah bergerak ke Arafah dengan menaiki bas, manakala ramai antara mereka berjalan kaki dari kota suci Mekah sejauh 15 kilometer (km) menuju ke kawasan berkenaan.
Sementara itu, polis Arab Saudi mengadakan sekatan jalan raya untuk memastikan jemaah Haji memiliki permit menunaikan haji. Kebanyakan mereka keletihan dan kehausan berbanding jemaah yang tiba lebih awal dari Mekah.
“Sistem pengangkutan, penempatan dan makanan sangat teruk walaupun kami telah membayar kira-kira AS$4,000 (RM17,256).
“Kami keletihan namun, ia bukan masalah besar kerana ibadah kami untuk Allah,” kata jemaah haji Tunisia, Abu Salim.
Kebanyakan umat Islam singgah di Mina yang merupakan sebuah bandar khemah sebelum menuju ke Arafah di mana Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir lebih 14 abad lalu.
Pada tahun ini, kira-kira 100,000 anggota polis dan tentera dikerahkan untuk menjaga keselamatan jemaah haji berikutan meningkatnya serangan kumpulan militan Islamic State (IS) di Arab Saudi.
“Pasukan keselamatan telah mengambil langkah-langkah untuk menghalang IS daripada melakukan tindakan sabotaj pada musim haji,” kata jurucakap menteri dalam negeri, Mansur al-Turki.
Selain itu, pihak berkuasa Arab Saudi turut berhadapan risiko wabak Sindrom Pernafasan Virus Korono Asia Barat (MERS-Cov).
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3mhHI3jrF 
Hakcipta terpelihara