Pages

Sunday, September 27, 2015

Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b


Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b
Kos ubahsuai kapal layar bilionair bernilai RM1b ‘Sailing Yatch A’ dibina dengan kos 260 juta pound milik Melnichenko.
26 SEPTEMBER 2015


HAMBURG - JERMAN. Apabila wang bukan masalah, bilionair dari Rusia, Andrey Igorevich Melnichenko, 43, telah menaiktaraf kapal layar mewah miliknya kepada yang lebih mewah dan besar dengan kos melebihi RM1 bilion (260 juta pound).

Kapal layar mewah lapan tingkat yang mempunyai ketinggian 300 kaki dan 468 kaki panjang yang bersamaan dengan panjang 13 buah bas di London itu diberi nama ‘Sailing Yatch A’ kerana mahu ia sentiasa berada paling atas dalam senarai pendaftaran perkapalan.

Memetik laporan portal Mail Online, kapal layar itu paling besar di dunia dan reka bentuk dalamannya disesuaikan untuk 20 orang tetamu dan 54 kru.

Kapal layar yang menggunakan kawalan digital berteknologi tinggi itu beroperasi dengan sentuhan pada kaca gelap di mana kru boleh mengemudi malah menurunkan sauh hanya dengan sentuhan di jari mereka.

Kelajuan pelayaran ‘Sailing Yatch A’ adalah 18mph dan boleh mencapai sehingga 24mph.

Kapal layar milik Melnichenko sebelum ini, ‘Moto Yatch A’ bernilai 190 juta Pound British.

Melnichenko berkahwin dengan bekas model Serbia, Aleksandra 10 tahun lalu.

No comments: