Pages

Tuesday, September 29, 2015

Jemaah haji mula pulang



AGENSI - SEBUAH pesawat milik Saudi Arabian Airlines.


JEDDAH – Syarikat pe­nerbangan Saudi Arabian Airlines bersiap sedia menerbangkan jemaah haji pulang ke merata destinasi di seluruh dunia mulai kelmarin selepas musim haji tahun ini berakhir.
Pembantu pengurus besar perhubungan awam dan jurucakap rasminya, Abdul Rahman Al-Fahd berkata, semua sektor operasi termasuk di udara dan darat, penyelenggaraan dan pasukan simpanan di Mekah bekerja dengan kapasiti penuh bagi memberi perkhidmatan kepada jemaah haji.
“Kami menganggarkan penerbangan domestik dan antarabangsa ketika cuti Aidiladha akan menjadi sa­ngat sibuk sehingga hujung minggu ini” katanya.
Menurutnya, operasi ha­rian Saudi Arabian Airlines melibatkan laluan domestik dan antarabangsa merangkumi 667 pesawat.
Beliau berkata, hampir 609 penerbangan beroperasi semalam.
Operasi penghantaran pulang jemaah haji akan berterusan mengikut pe­rancangan mulai 27 hingga 30 September ini. Operasi berkenaan merangkumi le­bih 2,442 penerbangan sama ada domestik atau antarabangsa.
Saudi Arabian Airlines mengangkut sejumlah 355,454 jemaah haji melibatkan 1,466 penerbangan antarabangsa.
Seramai 242,818 jemaah berkenaan yang menaiki 1,162 penerbangan, tiba di Arab Saudi melalui Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0929&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3n4cxvRdF 
Hakcipta terpelihara 

No comments: