Terancam hampiri kepupusan
Badak putih
Terancam hampiri kepupusan
Penyu
Terancam hampiri kepupusan
Ikan jerung
Terancam hampiri kepupusan
Beruang kutub
Kewujudan haiwan merupakan sebahagian daripada evolusi alam. Kerakusan manusia menyebabkan sebahagian besar spesies haiwan pupus begitu sahaja. Setiap detik dan saat, jumlah spesies terancam seluruh dunia meningkat disebabkan tindakan manusia memburu haiwan sekali gus menghilangkan habitat semula jadi.

Berikut adalah sebahagian daripada haiwan terancam yang mendapat perhatian di peringkat global;

1- Ikan jerung

Lebih 100 juta spesies jerung dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan sirip bagi sumber makanan penduduk Asia. Persidangan Cites Mac lalu mengisytiharkan spesies jerung seperti tukul, porbeagle, tukul rata, putih dan pari manta digazet sebagai hidupan akuatik terlindung. Satu akta diwujudkan membabitkan eksport terhad dikenakan kepada pedagang.


2- Beruang kutub

Ratusan beruang kutub menjadi buruan manusia setiap tahun untuk dieksport ke Amerika Syarikat (AS). Akan tetapi negara itu kini telah mengenakan sekatan terhadap penggemar daging beruang kutub sekali gus ia diharamkan memasuki pasaran AS. Bagaimanapun, tindakan AS dikritik Britain yang juga satu-satu negara membenarkan perdagangan daging beruang kutub.


3- Badak putih

Sepasukan anti penceroboh ditubuhkan bagi mengawal spesies badak putih utara di pusat pemuliharaan Ol Pejeta, Kenya. Pusat berkenaan merupakan habitat bagi lapan ekor badak putih utara sekali gus menjadi haiwan liar yang paling diancam di dunia. Sekurang-kurangnya 745 badak dicuri seluruh Afrika pada 2012, membabitkan sebanyak 668 ekor di Afrika Selatan. Tanduk-tanduk badak memiliki nilai tertinggi di pasaran gelap di Vietnam. Sementara itu, kerajaan Kenya telah mengharamkan eksport tanduk badak yang dibunuh daripada Afrika Selatan dan Swaziland.


4- Penyu

Laporan menyebut, penyu adalah sejenis haiwan eksotik yang paling digemari penduduk Asia, selain menjadikannya sebagai haiwan peliharaan seluruh dunia. Lapan spesies penyu kulit lembut dan 30 spesies penyu air tawar disekat perdagangannya oleh China dan AS. Perlindungan diperluas melibatkan Indochinese box, Annam leaf, Roti Island snake-necked, dan Blanding’s turtles.


5- Gajah Afrika

Tengkorak dan rangkanya ditemui di dalam hutan luar perkampungan Sounga, daerah Gamba, Gabon. Kira-kira 1.3 juta gajah dilaporkan berhabitat di Afrika dalam 1979 tetapi populasinya merudum kepada 400,000 pada hari ini. Gadingnya digemari penduduk China. Sekurang-kurangnya 25,000 dibunuh pada 2012.


Antara dua spesies haiwan yang mengalami kepupusan adalah;


1- Harimau Tasmania

Haiwan ini dilaporkan pupus dalam 1930 dan foto masih disimpan di Universiti Melbourne.


2- Katak platipus

Katak platipus (Rheobatrachus silus), dikatakan mungkin pupus kerana hanya dilihat kali terakhir pada 1981.