18 Mac 2013
Sindiket jenayah keganasan haiwan liar dilindungi kini berada di landasan kritikal.
Aktiviti manusia membunuh haiwan liar demi keuntungan meningkat saban tahun sekali gus memaksa pihak penguatkuasaan perlindungan haiwan liar mengambil tindakan serius.
Setiausaha Agung Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites), John Scanlon, mengumumkan perlaksanaan operasi rahsia dan hukuman penalti dikenakan terhadap pelakunya.
Baru-baru ini, sebanyak 177 negara berhimpun di Bangkok, Thailand bagi membincangkan isu ini terutama beruang kutub, pemburuan badak dan penyeludupan gading gajah.
Menurut Scanlon, aktiviti perdagangan sirip ikan yu dan penyu juga tergolong dalam kategori serangan terhadap spesies terancam.
"Indonesia adalah pengeksport terbesar kaki katak, harimau kumbang dan kulit ular sawa.
"Perdagangan haram hidupan liar kini mencecah skala berisiko tinggi kepada kelangsungan hidup haiwan termasuk manusia.
"Ia melibatkan peningkatan sindiket jenayah terancang. Jika ia masih berterusan dalam beberapa tahun akan datang, kestabilan ekonomi sesebuah negara akan terjejas," kata Scanlon.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, mendedahkan adanya aktiviti penyeludupan gading gajah ke Republik Demokratik Congo oleh kumpulan berhaluan kiri.
Manakala kumpulan rangkaian Al-Qaeda, Al-Shabab turut menjalankan aktiviti perdagangan haram gading gajah di Somalia.
Laluan bebas dagangan haiwan eksotik
China adalah negara utama memasarkan perhiasan diperbuat daripada gading gajah.
Vietman berhadapan dengan kepupusan badak berikutan ia digunakan sebagai ubat tradisional.
Di Thailand, terdapat kira-kira 2,500 gajah liar. Satu sekatan perdagangan hanya akan dilaksanakan bagi mengharamkan aktiviti penyeludupan gading gajah tempatan yang dicuri oleh penyeludup gading Afrika.
Thailand, penyeludupan anak harimau bintang, ular sawa, ungka-ungka, anak beruang dan burung kakak tua dilakukan melalui laluan udara.
Britain, mengimport kira-kira 500 bahagian anggota beruang kutub sejak berdekad lalu.
Jatuhi hukuman berat
"Hukuman terhadap pelakunya perlu keras sehingga dapat menimbulkan rasa takut jika mereka berkeinginan untuk mengulanginya," kata Scanlon.
Haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang berada di pasaran gelap global di jual sebagai makanan, ubat-ubatan tradisional dan haiwan peliharaan eksotik telah mencapai nilai berbilion melibatkan kira-kira 350 juta spesies didagangkan setiap tahun.
Sedarkah kita, si pelaku yang bebas berurus niaga secara haram ini mampu mencapai keuntungan besar setiap tahun tetapi denda yang dikenakan tidak menjejaskan perniagaan haram itu.
"Mengapa pihak berkuasa tidak mengenakan hukuman sama seperti penyeludup dadah iaitu ke tali gantung. Ini melibatkan jenayah nyawa walaupun membabitkan haiwan," tegas beliau.
Menteri Hidupan Liar Britain, Richard Benyon berkata, kesalahan ini adalah jenayah pembunuhan.
"Tanduk badak yang diseludupkan memiliki nilai lebih tinggi berbanding emas atau dadah.
"Jika menggunakan penguatkuasaan berbentuk ketenteraan mungkin dapat membantu kita mencapai sifar penyeludupan haiwan terancam ini. Kini kerajaan Britain sedang berusaha ke arah itu," kata Benyon.

No comments:
Post a Comment