31 Ogos 2012
TEL AVIV - Israel mengeluarkan amaran bakal mengumpul ribuan pendatang Sudan yang tidak sah, kemudian menyumbat mereka ke dalam pusat tahanan jika, mereka gagal meninggalkan negara rejim secara sukarela.
Menurut Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai tindakan penahanan akan bermula pada pertengahan Oktober depan.
Israel berhadapan dengan kebanjiran lebih 60,000 pendatang Afrika yang berhijrah ke negaranya termasuk 15,000 pendatang daripada Sudan dengan alasan mencari kehidupan lebih sempurna selain terus menetap di negara tersebut.
Yishai berkata, kerajaannya gagal mengeluarkan pendatang itu dari tanah air mereka kerana telah menandatangani satu perjanjian pelarian antarabangsa yang melarang negara terlibat memaksa pendatang pulang ke negara asal.

1 comment:
hahhaaa..pdn muka ko israel!!
Post a Comment