31 Ogos 2012
LONDON - Sekitar 2,600 penuntut London Metropolitan University berhadapan dengan risiko dihantar balik ke negara masing-masing ekoran tindakan pihak berkuasa Britain membatalkan lesen mengajar dan mengambil penuntut dari negara-negara luar Kesatuan Eropah (EU), termasuk dari Malaysia.
Bagaimanapun tidak pasti jumlah pelajar Malaysia yang terlibat dan berhadapan dengan kesan tindakan tersebut.
UK Border Agency (UKBA) memberitahu bahawa kehadiran pelajar di London Metropolitan University tidak dipantau dan kebanyakan tiada hak untuk berada di pusat pengajian tinggi berkenaan, lapos BBC.
Sehubungan itu, universiti berkenaan tidak akan dibenar mendapatkan visa bagi pelajarnya.
Pengurusan pusat pengajian tinggi mahu mencabar tindakan UKBA.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pelajar (NUS) Liam Burns berkata: "Keputusan berat ini tidak masuk munasabah bagi pelajar, tidak munasabah buat institusi dan tidak masuk akal bagi negara."
Data Majlis Bagi Pelajar Antarabangsa UK menunjukkan antara negara bukan EU yang menghantar pelajar masing-masing ke negara Eropah itu ialah China, India, Nigeria, Amerika Syarikat, Malaysia, Hong Kong, Arab Saudi, Pakistan, Thailand dan Kanada.
Menteri Imigresen, Damian Green berkata, universiti itu telah "kehilangan status diamanahkan" memandangkan satu kajian menunjukkan satu per empat penuntut luar negara tidak ada kebenaran untuk berada di UK.
"Kebanyakan penuntut tiada penguasaan standard bahasa Inggeris yang baik," kata Green.
Selain itu katanya, tiada bukti menunjukkan separuh daripada mereka hadir kuliah.
"Pelanggaran itu adalah sesuatu yang serius," kata beliau lagi.
Pelajar-pelajar itu mempunyai tempoh 60 hari untuk mencari penaja baru dan jika tidak akan dihantar pulang.
Green berkata, universiti itu telah dilarang mengambil pelajar sejak bulan lalu.
Laporan portal Times Higher Education memetik Menteri Universiti dan Sains UK, David Willetts berkata, sebuah pasukan petugas khas, yang diketuai oleh Majlis Pembiayaan Pendidikan Tinggi bagi England dan UUK - untuk membant penyeliaan pelajar-pelajar yang terejas dengan keputusan ini, yang pertama kali diambil.
"Adalah penting pelajar-pelajar tulen dibantu," katanya lagi.
Keputusan untuk membatalkan lesen universiti itu diputuskan ekoran laporan audit oleh UKBA.
No comments:
Post a Comment