Pages

Tuesday, July 17, 2012

Pertempuran Damsyik paling sengit di Syria

Pertempuran Damsyik paling sengit di Syria
Beberapa penduduk melihat bangunan di kawasan kejiranan di Damsyik yang musnah akibat dibedil tentera Assad
DAMSYIK - Pertempuran diDamsyik, kelmarin adalah yang paling sengit dalam tempoh 16 bulan pergolakan di Syria selepas pasukan keselamatan Presiden Bashar al-Assad membedil kubu kuat pemberontak.

Serangan yang dilancarkan tidak lama selepas Kementerian Luar menafikan askar kerajaan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Kampung Treimsa didakwa bertujuan untuk mengusir Tentera Bebas Syria (FSA) keluar dari ibu negara.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, tentera kerajaan membedil di seluruh kawasan kejiranan di Tadamon, Kfar Sousa, Nahr Aisha dan Sidi Qadad.

"Ia adalah pertempuran paling ganas. Askar rejim Assad cuba untuk menawan semula Damsyik, tetapi gagal," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan keganasan itu telah meragut nyawa lebih 105 orang termasuk 48 orang awam.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memaklumkan Syria kini telah terjerumus ke dalam kancah perang
saudara.

"Ia bukan satu perkembangan baru kerana konflik bersenjata ini telah tercetus sejak April lalu. Di bawah Konvensyen Geneva, orang awam perlu mendapat perlindungan semasa sesebuah negara itu bergolak, tetapi keadaan di Syria semakin meruncing dan ribuan nyawa tidak berdosa termasuk
kanak-kanak telah menjadi korban keganasan Assad," jelas jurucakap ICRC, Alexis Heeb.

Pencabulan hak orang awam itu membolehkan tentera Assad didakwa di bawah jenayah perang

No comments: