Pages

Thursday, May 31, 2012

Warga emas gagal ketepi dakwaan rogol isteri

SYDNEY: Seorang lelaki Australia berusia 81 tahun semalam gagal ketepi dakwaan terhadapnya bahawa dia merogol isterinya pada tahun 1960-an, menyatakan memaksa pasangan supaya melakukan seks bukan satu jenayah ketika itu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai PGA meminta mahkamah tinggi negara itu supaya menggugurkan kes yang diketengahkan isterinya, mempertikai bahawa sebelum 1976 wanita Australia tidak boleh menolak hubungan seksual bersama suaminya. Peguamnya berpendapat ketika dakwaan rogol itu berlaku pada 1963, negara berkenaan adalah “sangat jahil dan secara sosial masih ketinggalan dari segi standard kemodenan”.

Mereka berkata, pada masa itu, homoseksual adalah satu jenayah, tiada langsung perkara mengenai gangguan seksual, Orang Asli bukan warganegara sepenuhnya dan diskriminasi bangsa dibenarkan, dengan “polisi kulit putih Australia” dikuat kuasakan. Namun, mahkamah tinggi semalam menggugurkan kesnya, mengarahkan “jika pengecualian pemerkosaan dalam perkahwinan adalah sebahagian daripada undang-undang Australia, ia sudah luput sekurang-kurangnya pada tahun 1935.” - AFP

No comments: