Pages

Thursday, May 31, 2012

Aktres Ziyi nafi skandal seks dengan pemimpin China

Aktres popular China Zhang Ziyi
Aktres popular China Zhang Ziyi ini dilaporkan berhadapan dengan siri kontroversi
sejak dua tahun lalu.
BEIJING - Aktres popular China, Zhang Ziyi menafikan laporan media bahawa dia terlibat dalam skandal pelacuran membabitkan Bo Xilai, bekas pemimpin Parti Komunis China bagi bandar  Chongqing City.

Xilai, antara pemimpin yang meningkat naik, dipecat baru-baru ini.

Menerusi mikroblognya, Ziyi, yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka.

Media-media China melihat kenyataan beliau itu sebagai satu penafian dakwaan dia terlibat dalam skandal seks untuk mendapatkan wang.

Dia antara berlakon dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, dan Memoirs of a Geisha.

Laporan portal Boxun, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple Daily yang diterbitkan di Hong Kong dan Taiwan, dan beberapa media China yang lain melaporkan bahawa aktres berusia 33 tahun itu tidur dengan pemimpin itu sebanyak 10 kali antara 2007 dan 2011.

Pelakon itu juga kini diletakkan dalam siasatan polis dan didakwa dilarang meninggalkan China.

Apple Daily dan beberapa media lain melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu diperkenalkan oleh pembantu Bo, Xu Ming, 41, pengasas dan pengerusi Dalian Shide Group.

Sumber-sumber berkata Ming telah mengaku membayar Ziyi enam juta yuan untuk mengadakan hubungan seks buat kali pertama.

Dia kemudian berunding untuk bayaran sebanyak 10 juta yuan.

Media China juga melaporkan bahawa transkasi seks Ziyi dengan individu-individu kaya dan berpengaruh mencecah 700 juta yuan sepanjang 10 tahun lalu.

Ini termasuk wang tunai 180 juta yuan daripada Ming.

Ming juga didakwa memperkenalkan aktres itu kepada dua lagi pegawai berkedudukan tinggi.

Spekulasi media juga berkata siasatan kes ini kemungkinan sebab Ziyi tidak menghadiri festival filem Cannes baru-baru ini.

Filemnnya, Dangerous Liaisons telah dipertontonkan pada festival itu.

Ziyi mendakwa dia sibuk dengan penggambaran filem The Grandmasters dan pernah dikaitkan dengan skandal-skandal lain sebelum ini.

Pada 2010, dia didakwa memperbesar-besarkan kutipan dana untuk mangsa gempa bumi Sichuan. Dia hanya mampu mengutip AS$400,000 tetapi mendakwa telah berjaya mengumpulkan AS$1 juta.

Setahun sebelum itu, Ziyi dituduh menipu seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin tetapi ketika itu dilaporkan telah bertunang dengan jutawan Israel, Vivi Nevo.

Nevo dan Ziyi berpisah pada 2010.

No comments: