Pages

Thursday, May 31, 2012

Krisis Syria: Pemberontak beri Presiden Bashar 48 jam

Bashar pengecut
$entry.content.caption.value
DAMSYIK - Kumpulan pemberontak, Tentera Syria Bebas (FSA) memberi kerajaan Presiden Bashar al-Assad tempoh 48 jam untuk mematuhi pelan gencatan senjata diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kolonel Qassim Saadeddine berkata, jika tiada respons daripada kepimpinan Bashar menjelang waktu tengah hari esok, FSA akan menganggap pihaknya juga tidak akan tertakluk kepada pelan damai.

Semalam, pasukan pemantau PBB mengesahkan penemuan 13 mangsa yang ditembak mati di bandar  Deir el-Zour.

Minggu lalu, lebih 100 orang termasuk sekitar 32 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun ditemui mati ditembak.

Dipetik laporan BBC, dalam kenyataan dibuat menerusi rakaman video, yang diperoleh dari laman webnya, Kolonel Qassim berkata, kerajaan seharusnya dengan "segera menguatkuasakan gencatan senjata, menarik balik tentera, kereta perisai dari bandar-bandar dan kawasan perkampungan di Syria."

No comments: