Pages

Thursday, May 31, 2012

Kaki manusia dipos ke ibu pejabat

OTTAWA: Polis Kanada semalam melakukan siasatan selepas kaki manusia yang reput dikirim kepada parti pemerintah Parti Konservatif di ibu pejabatnya di bandar raya ini.
Bungkusan itu sebahagiannya dibuka oleh penyambut tetamu yang menghubungi polis selepas melihat kesan darah dan terhidu bau busuk.

“Unit Hazmat dan Seksyen Operasi Kecemasan dihubungi dan selepas siasatan lanjut terhadap bungkusan itu, didapati mungkin ada kaki manusia dalam kotak itu,” kata polis Ottawa dalam satu kenyataan.
Kotak itu kemudian di X-ray dan diserahkan kepada koroner tempatan yang mengesahkan memang bungkusan itu mengandungi kaki manusia. - AFP

No comments: