Pages

Monday, March 12, 2012

Militan kulit putih ancam Washington

Berita Harian Online | Militan kulit putih ancam Washington:

Foto
ANTARA poster Obama yang diubah mesej di laman Google.
Foto
PENGEBOM Oklahoma, Timothy McVeigh.



Foto
GAMBAR militia Hutaree di laman web anggota kumpulan berkenaan

Obama antara sasaran kerana ketegangan kaum, teori konspirasi, ketidakseimbangan ekonomi AS

CAROLINA UTARA: Bilangan kumpulan antikerajaan dan perkauman terus meningkat di Amerika Syarikat tahun lalu berpunca daripada ketegangan kaum, teori konspirasi dan kemarahan mengenai agihan ekonomi yang tidak sama rata, lapor Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan (SPLC).

Pertumbuhan paling ketara membabitkan pergerakan ‘Patriot’ kerana anggotanya menganggap kerajaan persekutuan sebagai musuh.
Pergerakan itu tiba di kemuncaknya pada 1996, setahun selepas pelampau berhaluan kanan, Timothy McVeigh meletupkan bom trak di luar bangunan persekutuan Oklahoma menyebabkan 168 orang maut. McVeigh dan seorang yang bersubahat didapati bersalah dan McVeigh dihukum mati.

Namun, bilangan kumpulan ‘Patriot’ yang banyak bergerak di kawasan pedalaman dan ada kalanya dipanggil militia meningkat kepada 1,274 pergerakan pada 2011 daripada 824 pada 2010, menurut laporan SPLC.

Bilangan pertubuhan itu meningkat sejak beberapa tahun lalu selepas ekonomi Amerika meleset dan Presiden Barack Obama, pemimpin kulit hitam pertama Amerika dipilih pada 2008, kata SPLC yang memantau kumpulan pelampau sejak tiga dekad lalu.

Penentangan terhadap bantuan kerajaan kepada bank dan industri pemotoran; dakwaan yang tidak benar bahawa Obama tidak dilahirkan di Amerika dan tidak layak menjadi presiden, menjadi punca orang yang percaya menyertai kumpulan seperti itu. 
Retorik hangat ketika kempen pilihan raya presiden tahun dijangka menarik lebih ramai orang menyertai kumpulan itu, kata Felo Kanan SPLC, Mark Potok yang juga pengarang laporan itu.

“Kempen pilihan raya itu umpama perbuatan menambah petrol kepada api,” katanya.
Menambahkan lagi kebimbangan itu, terbaru seorang lelaki Portland, Christopher Lee Carlson ditahan kerana menghantar surat berisi bahan toksik, mengancam anggota Kongres.

“Pengirim mahu menamatkan amalan parti politik mendapat wang sektor korporat dan pelobi selain mahu Perlembagaan baru dirangka,” lapor agensi berita.

Kumpulan berhaluan kanan amat membenci Obama termasuk kemungkinan beliau dipilih semula bagi penggal kedua dalam pengundian November depan.

SPLC melaporkan, ada 1,018 kumpulan perkauman di Amerika tahun lalu, daripada 1,002 pada 2010. Angka itu meningkat sejak 2000 yang ketika itu mencatat 602 kumpulan.

Potok berkata, sukar untuk menyatakan dengan pasti berapa ramai warga Amerika menjadi anggota kumpulan seperti itu tetapi menganggarkan 200,000 hingga 300,000 orang.

Kebanyakan anggota kumpulan itu tidak melakukan jenayah tetapi ada beberapa kejadian terbaru membabitkan tuduhan pihak berkuasa bahawa mereka merancang melakukan keganasan, kata Potok.

Contohnya, pihak berkuasa menuduh empat anggota sebuah kumpulan militia merancang mendapatkan bahan letupan dan menghasilkan racun toksik ‘ricin’ untuk menyerang pegawai kerajaan.

Di Michigan, tujuh anggota kumpulan militia di Midwest bergelar ‘Hutaree’ sedang dibicarakan atas tuduhan merancang membunuh polis bagi mencetuskan kekacauan lebih besar. – Reuters
'via Blog this'

No comments: