Pages

Sunday, February 19, 2012

Penduduk Palestin sokong Khader Adnan




Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Khader Adnan (potret) di Araba, dekat bandar Jenin, Tebing Barat sebagai tanda sokongan kepada pemimpin pergerakan Jihad Islam itu, yang melancarkan mogok lapar di penjara Israel, semalam. - AFP


GAZA 18 Feb. - Beribu-ribu penduduk Palestin berhimpun di Genting Gaza dan Tebing Barat, semalam sebagai tanda sokongan kepada seorang tahanan Palestin, Khader Adnan yang melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya oleh tentera Israel.
Hari ini masuk hari ke-62, Khader yang merupakan pemimpin kumpulan Jihad Islam melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya.
“Kami semua adalah Khader Adnan,” laung penunjuk perasaan bersama para aktivis daripada beberapa parti politik utama Palestin.
Khader, 33, menolak untuk makan sejak pertengahan Disember lalu kerana membantah penahanannya di Tebing Barat, tanpa sebarang dakwaan.
Khader ditahan di bawah peraturan yang digelar penahanan pentadbiran, yang membenarkan Isreal menahannya tanpa dibicarakan atau didakwa.
Kumpulan Jihad Islam berkata, keganasan akan menjadi bertambah buruk sekiranya Khader meninggal dunia, berikutan laporan yang menyatakan kesihatannya semakin merosot sejak akhir-akhir ini. - REUTERS

No comments: