Pages

Sunday, February 19, 2012

Pelakon utama Transformers 3 tidak mahu terbabit



Tiga bintang filem Transformers 3, Rosie Huntington-Whiteley (tengah), Shia LaBeouf (kiri) dan Josh Duhamel bergambar bersama semasa konsert Linkin Park Transformers 3: Dark of the Moon di Dataran Merah, Moscow pada 23 Jun tahun lalu. - AGENSI


LOS ANGELES 18 Feb. - Barisan pelakon utama filem Transformers 3Dark of the Moon termasuk Josh Duhamel, Shia LaBeouf dan Rosie Huntington-Whiteley dilaporkan tidak akan membintangi semula filem terbaru itu.
Duhamel berkata, dia tidak fikir semua pelakon terbabit akan kembali membintangi filem tersebut.
''Saya tahu LaBeouf tidak akan melakukannya. Saya tidak rasa Tyrese Gibson atau Huntington-Whiteley akan melakukannya juga.
''Setiap kali filem seumpama ini mendapat sambutan, mereka akan membuatnya sebanyak mungkin,'' katanya kepada rancangan televisyen, E! News.
Dia berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai perkembangan filem Transformersterbaru arahan Michael Bay. - Agensi

No comments: