Pages

Sunday, February 19, 2012

Bapa dakwa anak dicabul jurulatih



PETALING JAYA 18 Feb. - Seorang bapa membuat laporan polis berhubung kejadian cabul yang menimpa anak perempuannya kira-kira enam bulan lalu, di Balai Polis Bandar Sri Damansara di sini hari ini.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Liong, berusia lingkungan 40-an membuat laporan polis setelah dimaklumkan anaknya pernah diraba oleh seorang jurulatih pengakap.
Difahamkan, kejadian malang yang menimpa anak perempuan berusia 14 tahun itu berlaku di sekolah ketika mangsa dan beberapa pelajar lain sedang menjalani latihan.
Suspek turut dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral itu ke atas lebih 10 pelajar sekolah berkenaan yang mengikuti latihan pengakap.
Tambah Liong, pada mulanya dia mempercayai kejadian itu adalah kejadian yang tidak disengajakan, namun berasa ragu-ragu apabila insiden itu dilakukan berkali-kali.
"Jika ia berlaku sekali ia boleh dianggap satu yang tidak disengajakan tetapi menurut dakwaan anak saya, suspek melakukannya beberapa kali.
"Saya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas ke atas suspek," katanya kepada pemberita di luar pekarangan balai polis itu hari ini.

No comments: