Pages

Thursday, February 16, 2012

Jurutera Iran berjaya singkir virus Stuxnet

       
TEHERAN: Jurutera Iran berjaya menyingkir virus komputer dikenali sebagai Stuxnet dari kemudahan nuklear negara itu, kata pegawai Eropah dan Amerika Syarikat serta pakar kepada media.

Virus pemusnah dengan sumber dan asalnya yang tidak diketahui itu, memasuki peralatan yang mengawal pengempar digunakan Iran untuk mengayakan uranium sejak 2009 menyebabkan berlaku halangan sementara terhadap program senjata nuklear Iran. Ramai pakar percaya Israel dengan bantuan Amerika Syarikat bertanggungjawab mewujudkan dan menghantar Stuxnet. Namun, tiada sumber mengesahkan siapa mencipta Stuxnet atau bagaimana ia boleh memasuki peralatan kawalan pengempar Iran.


Pegawai kerajaan AS dan Eropah yang identiti mereka dirahsiakan apabila membincangkan perkara amat sensitif berkata, Iran berjaya menghapuskan Stuxnet dan membawa ia keluar dari kemudahan nuklear mereka. - Reuters

No comments: