Pages

Thursday, February 16, 2012

Penumpang Concordia kemuka saman



Kapal pelayaran mewah Costa Concordia masih tersadai selepas melanggar tebing pasir yang menyebabkannya terbalik lebih sebulan lalu di Pulau Giglio, Itali. - Reuters


MIAMI 15 Feb. - Seramai 39 mangsa yang terselamat dalam tragedi kapal persiaran mewah terbalik di luar pantai Itali bulan lalu, menyaman pemilik kapal berkenaan bagi menuntut bayaran ganti rugi bernilai lebih setengah bilion dolar di Mahkamah Florida, semalam.

Tuntutan saman terhadap Carnival Cruise Lines Inc. dan anak syarikatnya, Costa Cruise Line, pemilik Costa Concordia dibuat bagi menuntut ganti rugi sebanyak AS$78 juta (RM241.8 juta) serta AS$450 juta (RM1,395 juta) bagi kerosakan punitif.

Menurut seorang daripada peguam yang mewakili plaintif, Marc Bern, tuntutan yang dibuat menyatakan pihak defendan bertindak cuai dan sengaja menyebabkan keadaan menjadi teruk tanpa menghiraukan keselamatan, nyawa dan kesejahteraan plaintif.

Penganalisis undang-undang bagaimanapun menjelaskan, terdapat kesukaran untuk plaintif memenangi kes tersebut di mahkamah Amerika Syarikat (AS) kerana tiket pelayaran yang dikeluarkan Costa Cruise Line menyatakan segala tindakan undang-undang yang menentang syarikat terbabit perlu dilakukan di Itali.

Namun, hal itu disangkal oleh seorang lagi peguam plaintif, Lewis Shelton yang mengatakan anak guamnya akan memenangi tuntutan saman tersebut kerana Carnival Cruise Lines Inc. dan Costa Cruise Line berpangkalan di AS.

Plaintif seramai 39 orang itu melibatkan penumpang-penumpang dari Itali, AS, Jerman, Kanada, Korea Selatan dan China.

"Tuntutan saman tersebut bertujuan untuk menghentikan kapal persiaran itu daripada menyiarkan iklan tentang percutian idaman dan mengenakan bayaran yang mahal tetapi mengabaikan soal keselamatan penumpang," kata seorang daripada penumpang warga Venezuela, Oscar Aleman yang kehilangan dokumen peribadi dalam tragedi terbabit.

Sejak tragedi 13 Januari lalu, beberapa persatuan pengguna mengumumkan hasrat mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah walaupun syarikat perkapalan itu menawarkan pembayaran pampasan lebih AS$14,000 (RM134,540) kepada setiap penumpang.

Tragedi itu menyebabkan seramai 32 daripada 4,229 penumpang terkorban manakala 15 lagi dilaporkan hilang.

Kapten kapal terbabit, Francesco Schettino yang berdepan dengan dakwaan menyebabkan kematian akibat cuai kini sedang menjalani hukuman tahanan di rumah. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: