Pages

Thursday, February 16, 2012

5 pegawai Yaman ditembak mati

Presiden Ali Abdullah Saleh
SANAA – Beberapa lelaki bersenjata menembak mati lima pegawai di tengah-tengah bandar tenggara Yaman manakala seorang askar terbunuh dalam serangan bom kereta di pusat pemeriksaan tentera, semalam.

Menurut jurucakap tentera, saksi kejadian gagal mengenal pasti penyerang sama ada membabitkan kumpulan militan, kumpulan radikal Islam atau pemisah serantau yang sering terbabit dengan beberapa siri serangan bom sebelum ini.

Katanya, serangan yang berlaku adalah tidak beretika memandangkan ia berlaku kurang dari seminggu sebelum pilihan raya umum untuk mengesahkan pemilihan presiden baru bagi menggantikan pemimpin autokratik, Presiden Ali Abdullah Saleh.

“Isu keselamatan di seluruh Yaman terjejas berikutan pemberontakan berlaku bagi menolak Saleh daripada kuasa. Ali Abdullah kini berada di Amerika Syarikat (AS) bagi rawatan kecederaan yang dialami dalam satu letupan bom pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, di bawah pelan yang disokong oleh AS, timbalannya Abed Rabbo Mansour Hadi dijangka bakal dipilih sebagai pemimpin baru pilihan raya pada 21 Februari ini.

No comments: