Pages

Thursday, February 16, 2012

Indonesia beli pesawat tentera bernilai RM1b


Pesawat Boeing C-295 milik tentera Mexico yang serupa dengan jenis pesawat yang dibeli Indonesia. - AGENSI


SINGAPURA 15 Feb. - Indonesia hari ini menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat Airbus Military yang bernilai AS$325 juta (RM987.6 juta) untuk membeli sembilan pesawat pengangkutan C-295 yang akan digunakan dalam misi ketenteraan, logistik dan kemanusiaan.
Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro berkata, pesawat pertama akan dihantar pada tahun ini dan bakinya pada 2014.
"Pesawat C-295 berkemampuan memenuhi keperluan tentera Indonesia buat masa ini dan akan datang serta misi kemanusiaan," katanya ketika menghadiri majlis menandatangani kontrak tersebut di Pameran Pertunjukan Udara Singapura.
Pesawat yang bersaiz sederhana itu mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai misi seperti melakukan tinjauan, peperangan anti kapal selam dan operasi mencari dan menyelamat.
Perjanjian tersebut termasuk kerjasama antara firma penerbangan yang dimiliki oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) dan Airbus Military, untuk membuat bahagian pesawat C-295.
Bajet pertahanan Indonesia pada tahun lalu berjumlah AS$6.39 (RM27 juta), kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Singapura. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: